Friday, November 30, 2012

APA GUNANYA..


Apa lagi..remove saja..hahahaaaa. Remove dari hidup kamu jika kamu mendapat kawan yang sebegini. Tiada salahnya untuk kamu merasa aman dan tenteram. Tiada salahnya untuk kamu merasa bahagia. Dan tiada salahnya untuk kamu menghindari mereka.

Saturday, November 10, 2012

LuPa

ada seorang teman mengatakan padaku. akan perkara yang aku juga telah lupa. lupa hal apa, bahkan lupa orangnya juga. haha. 'B' bukan nama sebenar. ahaks. padahal tak ada name pun aku letak kan??lalalala...

B: aku tengok dia orang tu berkomen-komen selamba badak je..macam tak ada pape pun berlaku. tak fikir ke dia orang pasal kau? hmm (mengeluh)

Aku: Eh, dia orang tu siapa? haha.. biar lah B. Allah tu Maha Adil. Aku pun dah tak fikir pasal dia orang tu. Nak buat apa fikir pasal orang yang tak menguntungkan aku kan?? Aku pun tak heran dah. Mereka fikir mereka betul. Teruskan je. There's nothing to do with me, with my life. Aku lagi suka buat hal aku.

End of conversation. Mungkin jawapan aku sudah cukup bagi kawan aku si B tu. Aku suka dia. Biarpun baru kenal, namun kenapa dia lebih memahami aku? Mungkin, fikiran dia lebih matang. Eh tidak. Memang dia berfikiran matang. Aku nampak itu sejak dari mula aku kenal. By the way, thanks concern pasal aku. And aku rasa tak perlu lagi kita naik kan isu dan nama-nama yang aku tak nak dengar tu. Aku rasa lebih lapang sekarang. ^____^

Monday, November 5, 2012

SeBeNarNya

kali ini pendek saja aku nak coretkan.
ok janji. pendek sangat.
sebenarnya aku malas, annoyed giler tengok kau.
tapi sebab orang asyik dok tanya je.
so far ni je lah yang aku boleh buat.
yang lain?? perlu ke aku pulak terhegeh-hegeh pada kau??
bak kata orang,
masa dah time.....

kbye.

ee...malas lah nak layan.

Thursday, November 1, 2012

Hati+Kosong?

Sebahagian hati yang kosong. Kekosongan inni terserah pada kita untuk mengisinya dengan rasa benci, marah, kasih sayang, dendam, sangsi dan sebagainya. Ianya terpulang pada diri kita untuk memenuhi ruang hati kita.

Namun untuk diri ku. Aku ingin mengisi kekosongan ini dengan semua rasa. Rasa pahit dan manis nya kehidupan di bumi Allah ini. rasa masam dan masin nya kehidupan ini. Tapi...macam mana pula rasa masam dan masin nya kehidupan ini? ahaks. Terpulang pada anda untuk menafsirkan rasa dan perasaan anda sendiri. Anda yang rasa. Dan orang lain tidak boleh rasa apa yang sebenar-benarnya anda rasa. Begitu juga pada diri aku. Betul kan? *muka innocent

Dengan pelbagai perasaan yang memenuhi kekosongan tersebut, dapat mematangkan lagi kita. Insyaallah. Macam masakan. cukup rasanya. Amat sedap di lidah kita, penuh la perut kita, maka suka dan bahagia lah kita. Bukan ke orang kata kenyang perut suka hati..?? Pada aku bila cukup semua rasa ini, tidak lah boring sangat kehidupan ini. Sebab semua rasa kita telah 'miliki'. 

Cuma bila ruang kosong itu terus kosong. Itu lah orang kata, jiwa kosong. Ya, betul. Dengan berzikir, Insyaallah kita tidak akan rasa kekosongan itu. Kerana dengan zikir, kita rasa betapa indahnya zikir, betapa dekatnya Allah dengan hambaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa dekat dengan hambaNya. Cuma kita saja tidak mengendahkan Pencipta kita, sama ada secara tidak sengaja mahupun sengaja. 

Dan jika kekosongan hati ini aku isi hanya dengan rasa benci dan marah. Bodohlah aku. Bukan niat aku untuk menyakiti diri sendiri apatah lagi orang lain. Dan aku tidak juga membiarkan rasa ini menguasai diri aku. Cuma pada aku, aku lebih selesa dengan cara aku. Cara yang sebegini. Yang mereka diluar sana tidak akan faham. Susah bagi mereka untuk faham. Mungkin kerana ada dinding atau tembok. tembok yang makin hari makin meninggi. Tembok Keegoan. Aku bukanlah seego itu. Aku cuma masih menyimpan rasa kecewa. Dan aku semakin selesa dengan kekecewaan ini. Tindakan aku akan selalu bersahaja. Di hati? Tuhan yang tahu dek nonnnnn.

Ruang kekosongan ini telah ku isikan dengan sebaiknya. Anda pula bagaimana? Jangan biarkan ianya terus kosong. Apa yang penting, cintakan dan sayangilah Pencipta kita. Jatuh bangun kita, memang atas usaha kita. Namun semua itu dengan izin dariNya. Baru-baru ini terlihat satu rancangan. Denyutan nadi kita pun terukir kalimah Alif Lam Lam Kha..ALLAH. Subhanallah...Betapa kita ini milik Allah.

Oh ya, entry ini aku terilham pula selepas mendengar lagu Kosong by Najwa Latiff. Bukan aku tidak pernah dengar. Selalu dengar. Namun hari ini je, tetiba terdatang idea untuk menaip di blog aku yang tak seberapa dan entah apa-apa ini. *yawn....muke sememeh

Sumber ilham yang kedua ialah movie Cinta Vlog. Aku tengok kat u-tube je. Sebab ada Maria Elena. Ahaks *gediksss

Ok lah. Salam MC dari aku hari ini.
(sakit-sakit tak datang kerja tapi boleh tulis blog,tgk movie???WTF???!!)

Byeeeeeeee (sambil lari-lari anak)