Thursday, December 30, 2010

AnDai HaRi EsOk

adoyai.
esok.
oh tidak.
ya! bukan tidak.
akan berangkat ke terengganu.
tiket pukul 9.30a.m

si dia akan pulang ke pangkuan keluarga 4hb Jan.
itu pun kalau tak ada aral melintang atau terlentang.
semoga b selamat balik ye.
hmm.
kan bagus.
andai esok aku ke shah alam.
study di sana.
dan menanti si dia pulang di sana.

tapi itu semua tak kan terjadi.
sebab aku di jodoh kan untuk belajar di terengganu.
hmm. lemah longgai betol.
rasa tak kuasa aku nak ke sana.
tapi nak buat macam mana kan?
rasa nak pindah. tapi. lagi payah.

ah. sudah la. berserah je lah.
ada jodoh tak kemana kan?
aku pon tak nak jugak dok melekat je dengan dia.
tak pe lah.
kuat kan hati.
tabah kan diri.
kau mampu melakukan nya.

i'm deadly miss you my dear :'(
tunggu waktu yang sesuai untuk berjumpa.

Tuesday, December 28, 2010

!N! BlOg AkU

PERHATIAN!!
ini blog aku.
tempat aku nak meluah kan segala-galanya.
senang cerita.
ini kawasan aku.
my territory.
paham??
jadi kepada si anonymous or what the hell ever your named is.
stay away from my blog.
blog aku ni bukan untuk orang macam kau.
blog aku ni untuk aku.
aku sokong kawan aku.
fatin. dia xsuka & marah dengan org tuh.
and so do i!
ni hak aku nak tulis ape.
as long aku x kutuk RAJA or TUHAN!
dalam erti kata lain
selagi tulisan aku xsalah di sisi undang-undang!
ada paham!
ok!!
jangan beri komen lagi kepada kau yg di luar sana!

KOMEN KAU XMEMBANTU LANGSUNG!
ye. aku tak suka diganggu.
ini saje tempat aku meluah kan isi hati.
kenapa kau perlu sibuk?
aku pantang privasy aku diganggu.
oleh sesiapa pun.
aku tetap tak suka.

ADA PAHAM??!!

Monday, December 27, 2010

cerita malam isnin

ayah keluar mkn mlm.
dengan en.zali.
ckigu driving school aku.
jam 8.45p.m

jam 10p.m
ayah pulang.
"dik nah lisen P adik"
yezzz! ok. tu je aku nk cite.
prrfft.

b, nak gambo b cepat!!
ok. nah.


comel x?
no. bukan my b.
mende putih kat dpn tuh.
cantik sangat..haha.
bread display for new year.
campuran tepung bersama air gula.
caution: can't eat this. or you might have broken teeth.
ok. done.

9.30pm. layan cerita fav. aku di 8tv.
NCIS L.A


best. new one.
dulu yang ni.


yang ni pon best.
memang aku giler cite macam ni.

then 10.30pm.
cerita Criminal Minds.
musim ke berapa. tak pasti.
yang pasti. dah bermusim-musim.


cerita ni pon aku suka gilerzz
ape yang aku pasti.
cerita ni banyak mengenal pasti
ape yg penjenayah tu lakukan,
dan akan lakukan.
very the best la bro.
you should try to watch this.

ok. tu je aktiviti aku di rumah.
menonton cerita-cerita yang penuh debaran.
aksi hebat. dan juga beberapa ayat.
ayat semangat, kawan-kawan.
macam-macam aku boleh dapat
hanya dari satu cerita saja.
buat aku berfikir.
well, nak tahu rasanya.
cubalah tonton.
^_^
bye.


Sunday, December 26, 2010

QuOtEs 4 mE

A deadline is negative inspiration. Still, it's better than no inspiration at all.

Be true to yourself, express your own opinion without hesitation and never give up on your
    dreams.

Don't make people in your life as a priority if they only make you as an option....

To catch me, you gotta be fast. To find me, you gotta be smart. To be me?? You gotta be
    kidding!

 "Life must be lived as play."

 Decisions are the hardest move to make. Especially when its a choice between where you
    should be and where you want to be. 

 Everyone makes mistakes. But at the end of the day, none of that matters. What matters is
   how you learned from it.



Friday, December 24, 2010

pening.semak.keliru.celaru.

ok.
agak tension di sini.
di sini? di mana?
di sini tu di dalam pale hotak aku.

sebab nye?
aku ni jenis dengar nasihat orang.
untuk aku lakukan nya,
akan ku nilai kemampuan dulu.
sila la bagi nasihat.
dengan lapang dada aku terima.
tak kisah dari sesiapa pun.
walau nasihat tu dari orang ternoda.

namun setiap manusia akan membuat silap.
walaupun si pembuat silap menasihati si keliru lagi celaru.
akan aku terima.
kerana kita semua insan biasa.
aku hanya akan fikir rasional atau tidak nasihat tu.
aku tak fikir mengenai,
"ko pk ko bgs sgt? cermin la diri tu dulu baru nk nasihat org"
bla bla bla
drama drama drama.
ya. aku elak dari berkata begitu.
if aku tercakap.
nampak lah aku tengah marah.

sekarang dalam proses menapis nasihat.
nasihat yang mana adalah yang terbaik.
begitu lah diri ku.
cuba untuk menjadi yang terbaik.
dan cuba untuk memilih yang terbaik.
aku ikhlas atau tidak.
itu belakang cerita.
yang penting aku tahu.
itu adalah yang terbaik.

bila aku buat yang terbaik.
aku yakin Allah akan buka pintu hati aku.
akan ku teruskan mencari.
janji Mu masih segar dalam ingatan ku.
namun aku hanya minta satu.
permudah kan jalan untuk ku.
kerana sesungguhnya, memudah kan hal yang sukar.
adalah mudah bagi Mu.
doa nabi kita.
akan aku amal kan dalam setiap sujud ku.

bye. :)

TO ADI

thanks ye.
dengar lagu Yang Terindah.
teringat plak kat adi.

di mukabuku yg lama awak tag this video kat saya.
saya suka sangat.
tapi awak da buat mukabuku yang baru.
jadi saya tidak ada video ni lagi.
kenapa tak tag sekali lagi pada saya!!

cis.
tapi xpe.
saya suka. :)
terima kasih.

adi yang pakai baju warna putih.
main key board.
ah. bile saya boleh belajar main gitar ye dgn kamu??
:)

Yang Terindah
tak dapat nk download this video.
link kan aje lah. :)

oh ya. terima kasih.
itu untuk masa mula-mula kita kenal.
kamu selalu nyanyikan sebuah lagu utk saya.
tiap-tiap malam.
eh. bukan sebuah . berbuah-buah.
sampai saya tidur.
haha. thanks.

bye :)

oh tidak. kazen lagi.

ok. sorang lagi muncul.
lelaki. dok ganu ok.
sidi nama diberi.
adoi.
mcm mana aku nk buat ni?
tak kan la aku tak nak terima pulak.
nanti kata ape pulak.
ah. click je button confirm ni.

ni semua gara-gara ko sis.
ape aku nk buat ni.
aku ni da la gila-gila kat belakang dorg.
kat depan, pendiam gitu.
cis.
masalah problem.
bye.

ok. bile kazen da jumpa mukabuku saya..

di mukabuku semalam.
imah isma.
atau nama sebenarnya azimah ismail.
kazen aku.
perempuan. dan sebaya.
untuk di kampung ku, Jasin, Melaka.
mungkin hanya dia satu-satu nya yang seusia dengan aku.
haha. aku pun tak berapa ingat lah.

susah betul hati aku.
sejak sis da buat mukabuku.
jadi dgn mukataktahumalu dia add aku.
sekali lagi dgn mukataktahumalu buka mukabuku aku.
confirm kan dy sebagai kwn aku.
tahu tak apa itu shit!??!
aku tak suka betul lah org mcm ni.

dy da add kazen2 aku semua.
nasib kazen2 yg len tak add aku kecuali azimah.
ye la. nk tunjuk kuasa veto seniority la katakan.
yg muda kene add yg tua.
mati kau! aku tak kan add.
aku terima je si azimah.
yang lain. stay away.

habis la pic aku dgn si dia kantoi bodoh.
ya. kantoi bodoh mcm tu je.
sebab sis suka suki buka mukabuku aku.
shit! lagi.
da la aku letak je password as remember my password tuh.
haish. very rude.

ok. utk imah.
mmg ko cantik.
setiausaha yg cantik.
tapi segala pic yg aku ade.
buat don't know je k.
bye.

JaDi...JaNgAn PuTuS AsA!^_^

malam tadi tertengok tv9.
not so sure pulak dalam segment apa.
if i not mistake, 'TANYALAH USTAZ'
tajuk 'PUTUS ASA'

si ustaz berkata,
rahmat Allah seluas-luasnya dan sebesar-besarnya untuk kita berusaha mencarinya.
best dengar dia bercerita.
pendek kata, jangan putus asa.
dalam apa-apa hal pun, jangan putus asa.
apa yang nak di buat pun, jangan putus asa.

jadi TIQ.
jangan putus asa.
terus kan mencari.
walau pun ada insan yang sudah kalah.
ramai insan yang sudah kalah.
kamu jangan turut kalah.
jangan putus asa.
bak kata ustaz tu jugak.
kita yang kena mencari.
betul sangat la tuh.

agaknya kalau aku nak menunggu cahaya itu.
sampai mati pun tak dapat.
nauzubillah.
tak nak lah macam tuh.
dalam menunggu lebih afdal kita yang mengejar dan mencari.
^_^
sekian.
bye
Photobucket

Thursday, December 23, 2010

I dA PaSS!!

haha.
ok. aku pass!
yezzahhh!
terima kasih la abg jpj.
even you bnyk celoteh, smpi hilang focus aku.
nsb bek ko bg aku lulus.
kalo x. aku salah kan ko!!
hahah~

before tunggu turn tuh ade si cikgu pesan kpd ank muridnya.
"ko bwk tuh tgk tol2, pk dulu..ape patot buat..jangka kan keadaan..jgn ikut suke hati ko je bwk kete tuh. ingat! org tua2 habaq ikut hati MATI! ko nk mati ke x?"
haha~care dy ckp penuh dgn semangat dan lawak.
sume org kat situ ketawa gile-gile.
cikgu tu dikenali dgn panggilan wak.


"betol3...ikut hati mati wak.." budak2 ni ckp.
aku tolong gelak je ye.
"bukan wak yg mati. ko yg mati. ade ke mati wak. ceh!"
haha. nampak ye di situ.
ayat putar belit.

dan hampir semua org la aku mesej.
minta doakan aku.

alhamdulillah...
da lega hati aku ni.
tadi aku ade buat sesuatu.
hehehe. apa dia?
aku xnk bg tau.
urusan aku dgn Allah.
semoga Dia terima dan rahmati atas ape yg telah aku lakukan.
kan aku da ckp kat blog yg lepas.
aku nk cari ape. hehe.
sekarang ni.
Asyraf Muslim is my idol la.
i love u la bro!
hehehehe.
miang miang miawwww

haha. untuk nanie.
yelah. aku paham.
ko da mcm upin & ipin
lalala. wuek!
nampak nye dia da tayang boot baru nya di entry terbaru!!
hahahaha.
insyaallah ade duit lebih aku bg ko boot koboi for birthday present!
>_< syg ko!

ok. bye!
nanti! cepat la lesen P dtg.
satu minggu je lagi.
cepat-cepat!
saya nak bawak ke dungun dan shah alam.
kereta si dia menanti tangan ku yg halus ini
>_< *sigh
ok dah.
bye!

Wednesday, December 22, 2010

AkU mEnCaRi SeSuaTu

da lama xbuka muka buku & blog ni.
lame ke?? tah la. da x fikir lg pasal on9 ni.
bile sume da settle, dan hampir settle, br ade mood for surfing internet.

yez. dpt lepas rindu kat kengkawan.
tp xdpt tgk wayang.
gara-gara si nanie yg nk sgt pegi pasar mlm beli aym goreng.
huh. apakah alasan?
ok. whatever.
janji happy.
thanks y'all.
hurm. back to the nature.
aku mencari jawapan kepada persoalan dlm kepala.
ikhlas dan hidayah.
adakah ia nya seiring?
tapi apa yg pasti. aku suka melihat Asyraf Muslim.
sebab utama, dy handsome. :)
he. x lah. sebab perubahan yg dia alami.
dia tidak tunggu hidayah dtg kepada nya, yg diberi oleh Allah.
tapi dia berusaha mencari hidayah itu.
dgn melakukan ape yg wajib, apa yg sunat, dan apa yg dituntut.
mmg payah utk berusaha.
tp dgn usaha kita boleh melihat bahawa betapa dia mengharap kan hidayah dari Nya.
aku ingin jadi begitu.
usaha aku, aku masih mencari ilmu dan mendalami nya.
dan aku juga melawan nafsu. walaupon ade kwn menghasut, atau tidak menyokong.
jadi, ikhlas dan hidayah tu tidak seiring kan?

namun bile timbul kepayahan dlm usaha kita.
kita pun mula tercengang bangang je gitu kan?
haha. aku pon pernah lalui.
tapi sebab da nekad. dan kita tahu apa yg kite buat tu, akn dpt blsn baik dari Allah.
kerana itu janji Nya. jadi aku yakin aku mampu melakukan nya.
mula kan dgn yg kecik2 je dulu. br kite akan melalui perubahan besar pula.
walaupon kita rase kite buat tu xikhlas.
kite je rase xikhlas. sebab ikut sgt hasutan.
betol x?? betol ke tidak,,,jwb laaaa
hehe :)

tapi ni pandangan aku je.
aku pon masih tercari-cari.
dan aku juga berusaha utk mendapat kan hadiah dari Nya.
semoga aku kuat dan berjaya.
amin...amin...

ok.habis sudah meluahkan isi hati.
tata. :)

Friday, December 17, 2010

UnTuK KaMu NuN Di kLanG

entry kali ini khas untuk aizad yg tersayang, kak eryn dan juga ipa.
hmm. aku rindu la dgn dorg.
bila da dapat surat tawaran tu.
secara on9 ya.TQ
aku terfikir2 nk tukar atau tidak.

namun pilihan dan keadaan lebih kepada TIDAK
ya. tidak. bukan tidak kuasa.
da juga bukan tidak ambil peduli.
tetapi terpaksa memilih untuk tidak menukar campus.
sedih terpaksa jauh dgn kamu semua.
dulu berangan if dpt s.a le lepak2 dgn dorg bila bosan.
hmm. nmpk nya terpaksa dilupakan utk seketika.

untuk hari ini,
aku baru berani kan diri utk follow blog kak eryn.
haha. bkn ape.
blog aku ni kan kasar je.
blog kak eryn tu pula lembut mcm org nya jugak.
dan blog kak eryn sgt chomel dan cantik!
lagi2 bile nk buat right click, ade kua jgn mencuri!!
haha. comel la kak, ajar la tiqa ye nti :)

buat akak, if akak ade bace2 blog tiqa ni.
mohon ampun awal2 ya.
takut ade entry2 atau ayt2 yg buat akak terasa atau terkilan.
sebab blog ni tempat tiqa meluah kan perasaan.
peace no war ye kak! :)


sekian untuk hari ini.
lots of love,
a.k.a TIQ

Photobucket
Photobucket

Thursday, December 16, 2010

sedih bertambah kusut bertolak gembira

 si dia x mesej2 aku. tau2 je hp dpt topup rm10.
dia diam aku pon diam. mungkin masing2 rasa terkilan.
bukan aku sengaja mengungkit, tapi utk buat dia sedar.
tu pon salah ke? kau kate kau da faham sgt2.
tapi aku xnmpk ape yg kau faham.
bahagia semakin jauh rasanya.
jadi aku pon diam. mcm kau diam.
ok. DIAM!!

 aku masih keliru. apa yg kau nk bukan aku xnak.
aku tgh usaha kan. tapi aku pon fikir diri aku juga.
degree utk belajar bukan bercinta. dan juga bukan belajar bercinta.

 family mcm redho je aku ke dungun.
aku sedih. kau orang x sedih ke??
cukup si dia buat aku kusut.
aku dingin juga dgn fmly.
bercakap bila perlu saja.
nmpk mcm kurang ajar. namun itu yg terbaik.
dari aku bercakap takut tertinggi suara.
diam adalah jln yg paling baik.
seperti mana aku dan dia diam seketika.

 aku masih mengharap sesuatu yg terbaik.
untuk setiap tindak tanduk yg bakal aku lakukan.
semoga KAU bagi aku petunjuk Ya Allah.

 mati aku.
ya. tu la yg aku rasa sekarang.
mcm2 di benak fikiran aku ni.
aku da xtau nk buat mcm mana.
diam itu menyakitkan.
tapi aku yakin aku betul.
kenapa kau tak faham-faham?!

family, si dia, smbg degree.
arh! semua ni betul-betul bagi aku stress!
kalau aku tau aku kerja je terus!
aku da jadi kan nya mudah utk kita semua.
tapi kenapa kau tetap diam mcm ni!
apa yg kau faham!
aku benci betul manusia mcm ni.
da rasa give up sekarang ni!
rasa nk ke dungun for good!
xjumpa dgn fmly.
dan xjumpa dgn kau juga!
rasakan korg semua!
buat aku stress je keje!

p/s: sedih tau x??! i need somebody to hug. but i have no one right now. org yg tersayang tiada beri dorongan. terima kasih banyak2. akan aku kenang sampai kiamat!

BuAt MaSa SeKaRaNg..

redha. akan ke dungun.
sampai sane aku akn decide.
tadi satu family bincang.
"ayh rase ayh pegi dgn adik je la dungun. jimat duit."
see?? nk ke dungun hantar aku beramai2 pon payah nk korek duit!
sbb tu aku nk shah alam!! paham x!!!!
confirm mak aku xsetuju.
mak aku mesti nk hantar aku jugak.
"ala ayh xnk bawak kete ke? kaki wani sakit la naik bus je. wani xpyh pegi la."
mesti ko nk buat mak pon xnk pegi kan. tp sorry r sis. dlm hal ni aku ade lebih priority dari kau.
"ko xnk ikut da tggl rumah je. mak suh ayh li 3 tiket."
see??aku da agak. confirm2 mak aku nk hantar ank kesayangan dia ni.
last2 ko pon nk ikut jgk kan sis. haha. mati kau!

ok. buat masa sekarang mmg aku akn ke dungun.
tapi nk tukar atau tak, belom pasti.
bnyk pakai duit if nk tukar dari dungun.
coz perjalanan aku akn jadi mcm ni.
jb ke dungun. dungun ke s.a.
bek dari jb trs ke s.a je.
save budget. but what to do??
redho je la. ya mmg aku xsuka ke dungun.
tp nk buat mcm mane. xde org dlm utk mintak tukar.
aku marah, sedih dan tertekan.
dan yg paling pasti. sangat terkilan.
si dia seperti biasa x tunjuk sebarang effort utk perihal lepaskan rindu.
family aku pon da mcm punah randah.
tanpa pegangan. same la mcm aku.

semua gara2 dapat sambung degree.
semua huru hara. nape dgn korg ni.
mati aku mcm ni.
buat mase sekarang.
aku akn ke dungun. aku da pk dah.
xnk lik jb! xnk g kl jumpa si dia yg bingai!
biar korg rase kehilangan aku 2tahun!!
huh! puas hati aku!
tapi aku tahan ke 2 thn kat dungun yg xde pape pada aku tuh??

ah. dulik la. aku tgk fmly pon suke je aku ke dungun.
ok fine. gua pon xde hal.
tapi gua buat hal la kat sane.
gua xbalik jb.
gua lepak kl je la dgn si dia yg bingai n kwn2.
hurm. tah la.
gua blur la dgn situasi ni.
tawakal je la nti.
hmm.
bye +_+

Wednesday, December 15, 2010

AkU KeLiRu

susah hati aku.
sampai je kastam johor, tgk hp ada 2 mesej.
sume tanya pasal degree.
ah sudah. nerves. lebih2 lagi dpt tahu dari sue.
apex dpt dungun.
mati aku.
terus dapat agak aku akan tercampak ke 'laut'.
otw balik rumah dalam kereta.
"tiq..ko da tgk lom?"
"aku lom cek lg apex..br balik ni dr s'pore"
"ala nape x cek lg..aku ckp dgn awie, skrg ni kite tggu Tiq je.. instinct aku rase ko pon same jgk dgn ktorg"
"haha. siot ko taw."
"if ko redho kite bertiga la dok uma sewa nti..haha..aku redho je la"
aduh. xtaw nk redho ke x.
aku kecewa sangat.
apa yg aku nk xdapat.
2 perkara plak tuh.
shit!
smpi je, buka laptop. betol kate apex.
sedih :'(
tu je yg mampu aku luahkan.
nk nangis. aku tahan. sbb family ade.
call farah. dy blom tgk lg.
ah. dy yg ajo aku nk tukar cm ne.
aku xdapat nk berfikir da ni.
nick kaco2. aduh. aku tgh tension ni.
nick ni. nsb aku bersabar.hmm.
call my b. terus menangis aku.
nasib aku kat bilik. sorang2.
tak dpt tahan lg air mata. laju betul mengalir.
senyap je panggilan yg di buat.
"ayg..ni utk blaja..xpe k..xde rezeki..kita jauh pon still dpt je jumpa kan?"
"k la b. i nk mandi."
bukan tu yg aku nk dengar. hmm
mandi sambil menangis. plus, terbersin. sejuk barangkali.
nk tukar cmpus ke xnk?
ganu ade apex n awie. shah alam ade b n fmly, tp xde kwn.
alah. kwn kan boleh dicari.hmm
ganu bosan. xde pape. s.a aku boleh kemana2 smpi ke kl. hari2 pon le. bersama b.
aku nk blaja dekat dgn dy. n lagi satu kat bandar.
bosan la tmpt2 mcm ni. segamat pon sudah cukup bosan.
arrghhh! tension! pening! migraine!
tak pon, g je dungun. nanti senang2 g la kl.
5jam je bak kata tiqah rahman.
if ke jb mau 8 jam.
huh. baik sggh uma b tumpang tdo 1 mlm, baru balik jb.
at least dpt jugak jmp b.
if da keje t. mane ade mase nk jumpe2 cm ni.
nak2 org tua tu suh keje jb je.
tp aku xyakin bus ekspress ganu tuh.
kan selalu accident. sbb perjalanan jauh.
hmm.tawakal je la.
KAU yg bg aku ke sana kan?
aku akn ikut je.
tapi aku akan buat dgn cara aku. moga KAU boleh lindungi aku.
AMIN.
bnyk benda bermain di fikiran.
susah untuk di rungkaikan satu persatu.
tiap kali apex mesej bg cadangan, aku ye kan je lah.
redha..
KU CARI REDHAMU.
aku keliru. nk tukar atau tidak.
ayh da mula cari 'kaki' utk tukar.
tapi aku masih dlm dilema.
bloody hell.
bye. :'(

dapat tau, wanie perak & mc'D juga akan ke dungun.
makin meriah pula di dungun. perlu ke aku menurut saja tawaran tuh?
masih keliru.
bye :'(

DeGrEE

ok. aku da cek.
dapat dungun.
sedih sangat!
ok!. AKU SANGAT SEDIH!
PAHAM X???!!!!
ok bye!!

Monday, December 13, 2010

a WorDs To RemEmbEr


Photobucket

There comes a time in a life
when you have to let go of
all the pointless drama
and the people who create it
and surround yourself with
people who make you laugh
so hard that you forget
the bad and focus solely
on the good.
After all, life is too short
to be anything but
HAPPY

Photobucket


MuKa BuKu Ku TeRaNcAm!!

ah sudah.
just sebab sis aku dan kengkawan dy
berjumpa di majlis perkahwinan kwn dia yg lain,
semua suruh sis buat mukabuku.
tak memasal.
tetibe nk tgk foto2 aku.
kantoi la nanti yg aku jumpa dgn ijat.
plus, jumpa dgn family ijat.
hang out together dibuktikan dgn foto2 kami.
ah sudah.
aku ckp xpyh la. adik xbnyk gambar pon.
kwn2 je rajin menge'tag'
yez. dia diam.
bagus. ko focus ko punye je.
aku nk jd kwn ko di mukabuku.
tggu aku da dpt dgree kat shah alam baru boleh kot.
tu pon sebab aku da ada alasan kenapa selalu jumpa pon.
nampak nye setan memang da bersarang je kat pale hotak aku nih.
berusaha untuk menipu dan berdolak dalik!
belum masanya lagi utk family aku tahu hal kami.
dia orang tak supporting.
sebab terlampau risau 'sokmo' la aku suka buat hal aku sendiri.
aku elak kan dari menipu.
jadi aku jumpa senyap2 tanpa bagi tahu sesiapa.
so sekarang ni. aku bukan menipu.
cuma tak bagi tahu je.
same ke dgn menipu?
tak kot.
apa-apa pun. gua tak nak kwn dgn lu la sis di mukabuku.
serius shit tak nak!!

Sunday, December 12, 2010

ReAkSi AkU kEpAdA bLoG KaWaN-kAwAn

even aku ni kurang sihat, aku still bace blog kwn2 aku.
dgn mate aku yg tak berapa nk betul ni.
tgh fikir2 nk taip ape, ayh aku suh makan.
'dik! makan, makan. da kul bape ni.'
'ye jap lagi...'
adui, bg la aku abis cerita dulu, baru aku mkn k.
lagi pon aku xbape stabil ni, xde selera nk mkn.

back to the point, ade la dlm 2 org kwn aku cerita pasal teman atau rakan atau sahabat.
pada aku, perkataan tu sume mmg la bwk maksud yg sama.
semua org tahu kan.
tp apa yg berbeza di mata aku adalah categories of friends.
ya. bagi aku, kwn ni ade category2 tertentu.
ada kawan just kenal2 gitu je.
kawan baik, kawan jahat, kawan rapat, kawan satu kepala, kawan dunia akhirat.
ade lagi ke aku tertinggal?
xpe lah. kawan apa2 je la yg sewaktu dgn nya.
pada aku, aku mentafsirkan teman yg sikap nya mcm ni.
pandai x korg bezakan antara kwn yg ambil tahu tntg kite, dgn kwn yg ambil berat tntg kite.
ambil tahu dgn ambil berat ni pada aku jauh sgt beza nya.
bagai langit dgn bumi. jauh sekali bezanya.

ramai kwn2 aku yg ambil tahu pasal aku, tapi hanya segelintir sahaja yg ambil berat psl aku.
aku rasa korg da dpt bayangan ape beza yg aku cube sampai kan.
dan pada pandangan aku juga, beza maknanye antara kawan baik, kawan rapat, dan kawan setia.
kawan baik, xsemestinya rapat dan setia dgn kita. mereka cuma berperangai baik saja dgn kite.
mungkin mereka ni termasuk golongan kwn yg ambil tahu psl kita.
kwn rapat pula, xsemestinya setia. rapat cuma ade 'makna'.
walau pon xde 'makna' sekali pun, belom tentu mereka faham isi hati kita. sebab ape xfhm?sebab xsetia.
rapat bermakna yg dekat dgn kita. namun bila da jauh, masih 'rapat' kah kita wahai teman??
namun aku paling suka kwn yg setia. setia bagi aku tiada jarak, harta, pengaruh atau apa saja bersifat duniawi sebagai pengukur. bak kata org, kawan dunia akhirat la pendek kate.
kwn yg setia, ambil berat pasal kita, walau pon mungkin berjumpa setahun sekali, tapi ape yg berlaku,
mereka boleh tahu, mereka dpt merasa bahawa kwn kite tu ade mslh. bak kate org tu, ade instinct la.

bila hati kite terdetik namanya, dlm jangka msa yg pendek kita dpt khabar buruk dari teman kita.
begitu chemistry nya kwn yg setia itu. da dpt rase kwn tu dlm kesusahan, kesedihan.
mcm aku dulu, tiap kali aku terfikir psl teman tu, esoknya dpt khabar yg menyedihkan dari dia.
ya, smpi mcm tu sekali aku boleh rase kan?
itu tanda nya betapa aku syg n cinta kan kwn2 aku.
namun balasan dari kwn2 xpernah aku harap kan.
sebab aku ikhlas berkawan dan menghulurkan tgn jika ada yg perlukan.
aku da jumpa kwn2 yg setia. terima kasih kpd mereka.
walaupon ssh utk kite berjumpa, namun bile da berjumpa xrasa kekok pon.
di situ pula masuk nya kwn setia yg juga satu kepala dan satu hati.
mungkin ssh utk korg faham ape mksd aku. satu hari nti korg akn faham juga.
sebab aku ni, da mcm2 kwn juga aku jumpa. korg pon same kan?
namun jika sesuatu tmpt tu xde kwn yg setia, cukup la sekadar berjumpa kwn yg baik.
tu pon da alhamdulillah.

kerana kwn bukan lah patung, atau malaikat.
mereka manusia biasa mcm aku.
dan manusia boleh berubah2. namun bile berlaku perubahan, mereka masih ada di sisi.
itu lah teman setia. terima segala perubahan. menegur yg mana tidak betul, bukan membiarkan.
dan bukan sekadar mengambil tahu. bahkan mengambil berat tentang diri kita.
terima kasih kpd mereka. mungkin juga kerana kita da berkawan dari sekolah rendah & menengah.
jadi kita membesar bersama. mungkin faktor itu yg buat kita setia berhubung.
sayang utk di tggl kn tnpa sebab yg kukuh.

bagi aku pula, 3 tahun xcukup utk aku kenal teman2 semasa belajar.
mungkin kenal2 mcm tu, tapi itu lah kelemahan aku.
lambat utk mengenali dgn lebih mendalam.
dan pada aku juga, 3 tahun juga tidak cukup utk mereka katakan yg mereka da 'masak' dgn aku.
tp mereka mungkin da kenal aku. 'kenal' dgn 'masak' pon ade beza pada aku. :)
pendek kate, aku xkenal korg seadanya, korg pon xknl aku seadanya.
tapi ade sesetengah org yg mmg jenis cepat mengenali org melalui tingkah laku.
itu satu kelebihan buat mereka.

jadi itu lah pendapat aku, ade kaitan dgn soul bila kite berkawan.
namun aku xmemilih. lagi2 bile mcm2 da jadi dekat aku.
aku terima je kwn tu. aku buat je hal aku.
berkawan biar berpada-pada.
takut terkena kawan makan kawan.
kite semua manusia, jadi jika kwn buat salah, fikir balik.
kita pon ade buat salah kat kwn2 kite.
jadi, give & take lah.

terima kasih kepada yg sudi berkawan dgn aku.
aku tetap sayang kamu, aku akan tolong ape yg termampu.
kerana aku juga insan biasa seperti kamu.
jika kita kata kau xikhlas tika berkawan, tepuk dada.
dan tanya lah, kenapa org buat aku mcm ni?
mungkin aku juga pernah buat org mcm tu, cuma aku je xsedar.
selalu la fikir mcm tu, baru boleh lahir bertolak ansur itu.
kerana org yg sombong dan bongkak, ssh utk bertolak ansur.
org putih kate, give & take.

sekian pandangan dari aku.
lots of love,
a.k.a TIQ

Photobucket
Photobucket

TaKdE tAjUk Yg sEsUai

haish.
mcm2 la penyakit aku ni.
dtg satu, satu plak buat hal.
masuk ari ni da 16 ari aku dpt ABC.
so, mandi wajib je la.
da lebih 15 ari ni.
hurm. dulu paling lama pon 11, 12 ari.
nape makin menjadi2 lak nih.
haish. tension tol.
tapi solat je lah.
turun ckit darah ke kepala aku ni.
mesti lega.
coz lately ni kepala pening2.
xcukup oksigen agaknye, coz darah xjalan lancar ke pale hotak aku nih.
ya. sujud lame2. kalo boleh buat je solat hajat terus.
hehe. adoi. skrg ni still lagi mcm semalam.
mata xnmpk tym berdiri.
nasib dlm 1min jew.
adoi, low blood punye pasal.
low blood, tapi period bukan main lame.
apakah?? cis!
hmm. takdir.
terima saja.
ok bye.

Saturday, December 11, 2010

AkU SaKiT Ke??

hari ini, bgn pagi dlm pukul 10, terus cari mkn.
lapar la perut. tersangat2. nasi goreng ade atas meja.
cepat2 capai pinggan dan sudu. hah! timun! yezz. amik bnyk2 TIQ!
ok da kenyang. on9 mukabuku .
xde pape, cume ade org add aq.
then kongsi ilmu di blog.
tibe2 aku bersin2. aduh. flu ke?
hurm. rase sakit kat hidung dan dahi.
ah. resdung dtg kembali ke?
capai pule ubat Clarinase 
hah. diam pon. xbersin2. tibe2 rase seram sejuk.
da tgh hari bute pon aku sejuk?? maybe disebabkan flu kot.
ya.aku pasti. jam da pukul 12 lebih. mandi pon x lagi. sejuk lah. xnk mandi!
tibe2 aku bersin lagi. ya. bersin bersin dan bersin.
ah sudah. dtg lg. haish. betul2 buat aku jadi lemah.
rase mcm br lepas kena serang semput.
tutup laptop, tido. dgn x mandi nya, aku smbg je tdo lagi.
wah. hebat. xpernah aku buat mcm ni.
namun apekan daya kudrat aku yg lemah ni. ya. flu bt aku lemah sgt.
tambahan pula aku ade resdung. skt kepala aku.hmm.


pukul 5 bangun. itu pon aizad yg kejut.
thanks sayang, took care of me. dy suh bgn mandi.
persetankan sejuk itu. ya x ya, aku lupa aku xmkn pape pon.
cume breakfirst je td. tp perot xrase lapar.
ya. flu juga buat aku hilang selera mkn. sebab tu aku anti flu ni.
if sakit lain, at least aku mengidam jugak nk mkn apa.
tapi kalo flu, hadoi. xngidam lgsg. nafsu makan mmg terkubur secara automatic.


sudah mandi, bdn masih lemah. nk mkn xde selera.
nasib sis beli limau di pasar malam. aku mkn limau je.
tgk di kaca tv3, rancangan Fuhhh! pengacaranya Awal Ashaari.
tgk jam, 6.55 petang. ke dapur sebab Kuning mengiau je. bukan main kuat lg. lapar la tuh.
aku pon bangun pergi ke dapur. smpi je dkt Kuning, makin lame mata aku makin xnmpk.
ah sudah. sakit lama dtg balik. ya. aku xnmpk apa2, sedangkan aku dlm keadaan sedar.
kelopak mata masih terbuka tp aku xdpt melihat. ini sudah biasa bagi aku.
sebab aku ni low blood pressure. ni la akibat xmkn.


tapi ape yg luar biasa adalah, bdn aku. di bahagian jantung dan mungkin dada.
tiba2 tersentap2 beberapa kali, dlm masa yg sama aku masih xnmpk pape.
yg aku sedar, kaki aku ter band ckit, bdn di bhgn chest tersentap2. maybe kekejangan.
aku pon xpasti, susah aku nk tafsirkan apa yg berlaku.
kepala pula rasa panas. sekejap je. mungkin.
bila aku da nmpk, cpt aku tgk jam. 7petang.
aku alami 'serangan' tu selama 5 min lebih kurang.
kenapa dgn aku?? kalau xnmpk tu, dari sekolah menegah aku da alaminya.
tapi yg jantung n chest aku mcm kejang or tersentap maybe.ah.xtau la aku nk kategori kan sebagai ape.


yg penting, aku takut. xpenah aku jadi mcm tu.
terus aku capai nasi aym yg tgh hari td sis aku belikan.
aku fikir maybe aku xmkn sejak tgh hari tadi.
smpi skrg, kepala masih pening2 lalat. nasi aym tadi xhabis dimakan.
tak luak pon sebenarnya. aku jadi loya.
nk alas kn perut yg masih xrasa lapar ni, aku mkn kuih2 je.
kenapa dgn aku??sawan ke??if sawan, bukan mcm tu, patotnye terus aku xsedar.
tapi ape?sebab x mkn? so jantung aku ssh nk pam darah? sebab darah xsampai??
aduh. mcm2 aku fikir.
aku menaip ni pon, mata mcm ssh nk focus, kepala rasa pening2 lalat.
bile nk bangun dari duduk, mata masih nampak x nampak jew. aduh.
Ya Allah..jgn la aku sakit yg bukan2.
hmm. smpi skrg aku xrase lapar. tapi aku kena jugak mkn.
semoga cepat sembuh TIQ.
ni semua gara2 flu sahaja.
bye.


mood : sakit :( 



PeSaN NeNeK

menarik pula bila aku baca ruangan 'pesan nenek'
di buku Solusi ni.
sebab apa yg dipesan, langsung aku xberkenan.
bukan xberkenan sebab xsuka, tp apa yg dipesan,
itu lah yg aku suka bt.
jadi mcm mana ye?
y'all pon cuba la, tepuk dada tanya selara atau iman?
haha..

Tajuk pesan nenek : Nasib Anak Perempuan


Lately ni, keselamatan n maruah ank2 remaja perempuan sering tergugat.
Ada yg diculik, dirogol atau tidak pulang2 ke rumah.
Dimanakah silapnya, n apakah puncanya mereka dpt nsb yg begini sedih?
Nenek masih ingat lg pada zaman nenek dulu.
Sekolah jauh, transport pon tiada. Nak beli basikal pon xmampu.
Jadi nenek n kwn2 terpaksa b'jalan kaki lebih kurang 30min ke skolah.
Alhamdulillah, walaupon kiri kanan semak samun, n t'paksa redah ladang getah,
kami msh boleh pulang dgn selamat. Petang pula pergi keluar lg mengaji.
Mak n ayah pula tidak menghantar, percaya sepenuhnya kpd kami.
Berbeza betul dgn zaman sekarang, pantang emak ayah terleka, ank2 da hilang.
Bermain di tmn permainan dpn rumah pon sudah tidak selamat.


Marilah kita renung kan bersama, apa yg Allah telah bekalkan utk kita semua
demi keselamatan di dunia dan akhirat.
Nenek suka mengingat kan, terutama remaja perempuan, jagalah keselamatan diri n maruah family.
Bagaimana?

  • Hiasilah diri dgn sifat malu
Malu membuat perkara2 yg dilarang oleh Allah. Misalnya melepak di tepi jln raya, ketawa terkekeh-kekeh dan sebagainya.
pada aku pula, ya mmg x dinafikan aku suka melepak, tp bkn kat tepi jln. yg ketawa2 tu pula, aduh. mcm ne nk hilangkan ketawa kuat2. aku bkn jenis ketawa kuar angin kat mulut je. haish. xpe, maybe ade cara lain, aku akn fikirkan.haha.
  • Lebih suka menetap di rumah
Ini bermakna cucu habiskan banyak masa di rumah selepas masa disekolah. bukan nya berkeliaran dgn kwn2 di CC, di tmn, atau shoping complex.
Aduh. kena lg aku. kalau da suka melepak, mane la reti dok uma. tapi aku cuti ni, mmg dok uma. haha. cuti ni je. cuti2 akn dtg, xtaw lg. hurm, xkn la ni pon xbole? bukan ke asal kan kita pndi jg diri, jauhi org xkenal, dan jgn bersikap terlebih peramah dgn outsider. dan juga jangka kan keadaan ketika itu. amacam?setuju x kwn2? bukan aku nk protes, tp memikirkan keselamatan bg kaum2 mcm aku yg jenis outdoor person. 
  • Menutup aurat
Sekiranya kuar rumah ketika ada urusan atau hendak bermain, pakailah pakaian yg menutup aurat.
Ya, yg ini aku sentiasa usaha utk praktik kan nya. Insyaallah konsisten. aku yakin, bile kite dedah kan nya, kite juga dedah kan bahaya kpd diri sendiri. pendek kata, mengundang bahaya.
  • Bersahabat dgn kawan2 perempuan yg baik
Maksudnya kwn2 yg suka mengajak cucu berbuat kebaikan, dan takut melakukan dosa. Mereka juga org yg boleh dipercayai dan tiada kepentingan diri.
Lemah btl bab2 kwn ni. hmm. pada aku, aku xmemilih kwn, baik atau jahat, sape lah aku utk menghukum dan melabelkan org. aku sendiri xbetul sgt. tapi, ape yg buruk dr teman tu, aku hindarkan, dan yg baik, aku jadi ikutan. zmn sekarang ni, xsemestinya org jahat itu xde kebaikan dlm diri mereka. betol x? 
  • Menjaga pergaulan
Perkara ini plg hendak dijaga. tidak bergaul bebas dgn mana2 lelaki. kita dibenarkan berhubung dgn mereka jika ada urusan penting shj. tu pon kena di temani rakan2 perempuan yg baik td.
ah sudah. aku dgn kwn2 laki aku sempoi jew. kadang tu 3 laki aku sorg je gurl. lepak2, mkn2, men boling. tu la zmn aku dulu. tp kwn2 aku sume parent aku kenal. bek laki atau gurl, sume penah dtg n masuk ke umah aku. sbb tu parent kenal. rapat plak tuh. jadi mcm mane tuh? hurm. 
  • Ditemani muhrim
Jika pulang dr kelas mlm, lebih baik ditemani ayh atau sedara lelaki. kejahatan sering berlaku di waktu mlm. amalkan sifat suka berjalan dgn fmly, keselamatan lebih terjamin.
Ah. ni lg satu. sekarang ni sering berlaku, harap kn pagar, pagar mkn padi. jadi senang kate, dok rumah pon xselamat! n tidak boleh percaya 100% even abg or bapak sendiri! Masyaallah..ni la dunia kita skrg kan? pasal berjalan dgn fmly, bapak aku xsuka berjalan, so dy xkn bwk mak, sis n aku bejalan. so sume dok uma kecuali aku yg kua dgn kwn2 je. jadi mcm mane? bapa borik anak xrintik. so? what to do ? 
  • Jauhi sikap menunjuk-nunjuk
Jauhi sikap ini di hadapan org. sama ada melalui pakaian, perbuatan dan sebagainya. sikap ini menimbulkan rasa jelik pada mata2 yg memandang. Anak siapa ni eh?
hah, ni mmg btl. bukan takat kua 'ank siapa ni?' bah kan 'blah la lu nk tunjuk2 konon' n mcm2 lg. aku? ape la yg aku nk tunjuk? org puji pon aku kate 'xde la, bese ja'. org plak kate xsopan. patonye kalo org puji ckp la terima kasih. entah la. bukan care aku. tp xpe, akn aku usahakan. "TERIMA KASIH" :) 
  • Jgn berlama-lama di rumah kwn
Malang tidak berbau, silap haribulan, cucu terkorban menjadi mangsa rogol kwn2 lelaki, abg atau ayah kpd kwn cucu.
Ya. aku setuju. mcm aku ckp td. harap kan pagar, pagar mkn padi. jadi mcm ne ni? luar n dlm rumah xselamat. maka, blaja la seni mempertahankan diri? jangkakan malang yg xberbau? fizikal n mental perlu peka n tahu utk bertindak? semua ni perlu kan kwn??betol x?? 
  • Jauhi tempat mencurigakan
Iaitu tempat sunyi dan jauh dari penglihatan org lain. Mana tahu bahaya menunggu.
Ya. aku setuju juga. namun skrg ni, tgh2 bandar pon bahaya. betol kan. nmpk sgt la, zmn kite ni semua nya berani. xkire la bt ape pon. maksiat?curi?rompak?ragut?rogol? dimana2, sume nya berani. namun sedar x, kebanyakan dari usia baya2 kite ni, penakut  utk tegak kn sesuatu yg benar, malu utk melakukan sesuatu yg betol.

    Friday, December 10, 2010

    TAKDIR mengatasi TADBIR

    Nota Kepala : sebelum aku mencoret di entry ni,aku nak konsi ape yg aku buat cuti2 di rumah.
    selain aku sibuk dan lotih blaja keto, aku juga menambah kan ilmu agama
    dgn membaca buku2 ilmiah.
    bnyk yg aku dpt, aku kenang kembali semua salah silap, dan dugaan2 yg menimpa diri
    pabila aku membaca buku Solusi edisi ulangan cetak.
    tgk, da ulg cetak br aku nk bace.
    ah. xpe, msh blm terlambat rasanya.
    menuntut ilmu sejak dari buaian hinggalah tamat pabila kita sudah masuk di liang lahad.
    jadi, bacalah! 

    Takdir sentiasa mengatasi tadbir.
    Takdir drp Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba Nya.
    Kekadang takdir & tadbir selari, maka terjadilah apa yg kita inginkan.
    Namun, acapkali takdir & tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yg kita tidak inginkan.

    Aku inginkan 4flat, namun aku cuma dpt 3.84.
    Aku inginkan kejayaan melalui 4flat, namun kegagalan utk dpt kan nya pula menimpa.
    Maka hati aku terus bertanya, apa lagi yg tidak kena?
    Semuanya telah ku tadbir kan, tetapi kenapa gagal jua?
    Maka timbul lah bunga2 pemberontakan dlm diri aku sebagai hamba yg kerdil berdepan dgn
    Tuhan yang perkasa. sama ada aku sedar atau pun tidak.

    Namun, aku percaya takdir drp Allah mengandungi bnyk hikmah.
    Ilmu semata-mata tanpa iman yg kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai
    Dlm ujian hidup tanpa pedoman yg tepat.
    Jesteru dgn akal semata-mata aku tidak tidak akn dpt meringankan perasaan
    pada perkara2 yg tidak sejalan dgn diri & kehendak aku.
    Mengapa jadi begini?
    Sedangkan aku telah berusaha?
    Untuk mengelak kan hal ini menghantui diri aku.
    Maka aku mesti berusaha mencari2 hikmah2 yg terkandung dlm ketentuan takdir Allah.
    Ya, aku percaya, bahawa hanya manusia yg sempurna akal dgn ilmu, dan hati dgn iman shj
    yg dpt menjangkau hikmah yg terkandung di dlm cubaan dan bala yg menimpa diri kita.
    Kata org, hanya jauhari mengenal manikam.
    Dan aku juga yakin dgn kata-kata ini
    "kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan"

    Nota Kaki : setiap sesuatu yg berlaku mesti ada hikmah nya. ini adalah utk mengingatkan diri aku sendiri, dan juga kwn2 yg baca blog ni. bukan ape, bile kite rase kita sudah cukup kuat, jgn sekali kite alpa @ leka, jika tidak, bile ujian berat dtg menimpa, kite akn rase kosong & terkapai2. dan teman yg paling afdal waktu itu adalah iman, dan senjata yg paling tajam di kala itu adalah doa. yg buruk dtg dari aku, dan yg baik hanya dari Nya yg Maha Perkasa & Maha Besar

    luvly,
    TIQ

    Photobucket
    Photobucket

    AkU dA GrAd!!

    yay!
    alhamdulillah.
    bersyukur. aku cuma berharap pointer x turun je.
    tp alhamdulillah gpa n cgpa aku naik.
    gpa aku 3.84
    cgpa nek 3.39
    even cgpa xdean, xpe lah.
    tu je rezeki utk aku.
    namun aku bersyukur.
    bapak aku pon kate bgs2.
    tp dy ckp kalo boleh cgpa tu yg kene 3.8
    dalam hati aku kate, tadi kate bgs.
    ni len plak. da la bapak.
    aku malas nk layan ko.
    mmg rase aku ni kurang ajo.
    tapi sape yg ade kat tempat aku, pasti akan ckp benda yg sama
    xpe la. yg penting aku tahu diri aku.
    terima kasih ya Allah..
    bersyukur sangat2 pada Mu..

    lots of love,
    a.k.a TIQ
    Photobucket

    Thursday, December 9, 2010

    JiWa TeRsEnTuH PaBiLa MeNdEnGaRnYa

    mmg la org kate, dgr je ayt2 quran,
    yg merdu, sayu je hati kita.
    mmg aku tak nafikan.

    namun selain dari ayat suci, ade juga lagu2 yg bt aku tersentuh:
    1. musical song of love story meets viva la vida by Coldplay
    2. timeless by Kelly Clarkson &; Justin Guarini
    3. for the rest of my life by Maher Zain
    yez.aku suka sgt lagu2 ni.
    menyentuh kalbu.
    maybe sebab music nya yg merdu.
    tiga2 lagu ni aku letak di blog.
    sila la layan sambil2 bace entry yg terbaru.
    :) salam syg dari TIQ
    jumpa di lain lembaran ya ^_^


    Photobucket
    Photobucket

    SaYa MinTa MaAf yE

    Photobucket
    "zuma, sorry yew, xdpt ikut la esok mkn steamboat"
    "hah?nape lak?"
    "ala..aku xde wit la..ade pon budget2 utk blaja je yunx.."
    "ala..minta la bpk ko wit ckit..hehe.."
    "hurm..xnk la..dy da la xkeje..wit yg ade simpan utk blajne uma n byr segala bill"
    "yela..xpe la.. :( "
    "ala..aq mintak maaf taw, len kali k? :( "
    "ok.."

    nk ikut g mkn2..
    tp wit xde..
    ish. sorry zuma n rakan2..
    i wish i could go too.
    maybe some other time..

    lots of love,
    a.k.a TIQ
    Photobucket

    ImPiAn AkU

    untuk masa yang terdekat ni:

    • nk camera nikon dslr
    • kumpul bnyk2 gambar bersama yg tersayang
    • belajar dekat dgn si dia
    • kek yg banyak utk aku sorg je mkn
    • menjadi student yg berjaya
    untuk masa depan:

    • sebuah family yg bahagia
    • kereta impian
    • rumah idaman
    • kesihatan yg lebih memberangsangkan dr sudut menjadi seorang wanita yg sempurna
    semoga berjaya TIQ!
    INSYAALLAH..
    AMIN...

    lots of love,
    a.k.a TiQ
    Photobucket

    AnoThEr PetS

    My Kitol
    ni kura-kura jantan aku..
    ssh tol nk tangkap pic dy lah
    dukung ckit nk berjalan jew
    haish.
    cube dok diam2 kat akak..
    hehe.

    spoil jew

    haish. niat nk buke mukabuku dan blog
    tp buku mukabuku dulu. terus spoil
    result da kua??
    haish.kate besok.
    pantas jari jemari ku yg halus ni menekan laman web uitm
    tunggu punye tunggu, xdpt tgk pon
    spoil la.
    tau buka je blog dulu.
    smpi da lupa apa sebenarnya yg aku nk taip ni.
    hadoi.
    mmg spoil

    Wednesday, December 8, 2010

    Perasaan Bercampur Baur

    hurm. mcm2 jenis perasaan aku rasa hari ni.
    marah, sedih, malu, kekok, semuanya ada
    bangun pagi kene g pasar.
    sume nya ade.
    rindu rase. da lame xkua dgn family yg lengkap,
    di mana semua ahli ada.
    even just shopping barang basah.
    penat la jgk.
    frust nye xdpt nk withdraw duit bank islam
    makin hangin aku dgn kad bank islam ni
    cek baki pon xbole??
    sungguh melampau.
    kad ni nk jgk msk kat main dy
    huh. kad yg xmesra alam.
    name je meps. hampeh
    blk rumah, mase utk mengemas.
    sudah tu, on9 la ape lg.
    nervous pula bila ade yg menegur
    "hi preety"
    aduh, dia ke??
    i owe him something actually
    sudah tu, ptg pegi pasar malam
    sis kene mrh dgn ayh
    merah muka menahan tangis
    kesian. ayh aku ni mmg la.
    mende kecik je padahal.
    sumpah, aku xnk laki aku mcm bapak aku.
    dulu ramai kate, nk cari laki mcm ayh sendiri.
    tp aku lain, bila aku ada family aku nti, insyallah la
    aku xnk ade yg sama mcm fmly aku ni.
    aku nk sesuatu yg jauh berbeza.
    aku nk kongsi segalanya dgn ank aku.
    aku la mak, dan aku jg la rkn kpd ank ku.
    aku juga xnk sorang lelaki yg betol2 anak mak.
    sikit2 mak. hmm.
    smoga impian aku jd kenyataan.
    amin.

    yg pasal reunion.
    aduh, br aku teringat sesorg.
    bia la xjd.
    aku xnk jumpa dy.
    minta maaf kat aku pon x.
    huh. mati kau!
    tp if jadi pon
    terpakse la aku,,buat muke toya.
    xkn la xdtg reunion semata2 sbb kau.
    huh. really make me feel uneasy
    bye.