Sunday, December 25, 2011

pada siapa?

ingin aku luahkan,
tapi entah pada siapa
entah di mana tempat nya
siapa yang akan memahami?
siapa pula yang akan dipersalahkan?
yang benar tidak dipandang wajahnya
malah tidak didengar suaranya,rintihannya.

ku pandang engkau sorang yang disanjung tinggi
namun ianya palsu belaka
aku silap menilai mu.
harap maaf jika aku hilang rasa hormat pada mu
maaf jika aku berkasar
maaf jika aku biadap
tapi aku di tempat yang benar
dan aku tidak gentar pada mu

huh!
untuk si mak tiri dan kakak tiru yg anak dara tua!
bye

Saturday, December 3, 2011

touched

hello peeps. i write this post special dedicated to my friend. this guy.
thank you for being by my side even though we're apart.
thank you for making me smile when i was so sad.
thank you for drawing my face.haha. it look funny but it is nice.
thanks bro. and thank you. for making me a poem. 
it touched me actually.

Atiqah Kamarudin you mistery,you come alone with your destiny
this is your life a battlefield telling you who you are,
Atiqah Kamarudin you bury your loneliness deep in your eyes,sadness lies in your smile,
but victory shines in your eyes you still alive

actually, when i read this
suddenly tears in my eyes.
but i'm not crying
i'm smiling. i'm touched by your sweet little poem.
and of course by the pic. haha
very nice of you. thank for being by my side.
again. thank you so much.
=') bye  

Thursday, November 10, 2011

KiKi in SinGaPorE

Grrr

MeooWWW

Kembangkan Ekor Ku?

Man i LoVe TiZ ShoEs!

HoW SeKsI i Am..

EmpuK nyE =P

bEsT LanDinG Kat siNi

PosE Baik.

amacam? cantik kan kucing aku ni. eh, kucing nenek aku. da tua-tua baru nak bela kucing. haha
sekarang makcik aku da bising.
sebab malas nak daftar kucing ni untuk dibela dan ambil lesen.
say what????
yup. again. lesen ok! undang-undang baru di Singapore. sape nak bela binatang, sila ambil lesen dan haruslah didaftar kan. baiklahhhhh.
aku masih tak nampak kewarasan undang-undang ni. nanti lah aku fikirkan.
tapi yang pasti, kucing-kucing yang berkeliaran kat singapore bersih.sebab??
sebab diorang tangkap da mandulkan semuanya, then lepas kan semula. 
tanda-tanda kucing tu da di mandulkan, senang je. tengok pada telinga kucing tu. if nmpk kesan kena potong sikit kat hujung telinga tu, haa.tu la dia kucing yang dah di mandulkan...
ok lah. bye
hehehe~  

Monday, November 7, 2011

rambut raya..ke??

dari belakang

dari depan

dari depan tepi sikit ;p
haha. akhirnya aku berjaya memotong rambut pendek. bukan apa. kat dungun tu nak potong rambut mahal sangat lah. lagipun, tak yakin dengan kemahiran diaorang tuh. so da ada peluang balik di bumi jb ni, apa lagi kan?? potong la yang mana patut. haha.
yang tak berapa bestnya....aku da tak boleh nak ikat rambut bila nak pakai tudung. OMG! say hello to new hair and goodbye to toncet dibelakang!! agak seddih sebenarnya. sebab bile pakai tudung, leper je kat belakang tu. but nevermaind, rambut aku boleh tumbuh panjang balik kan?^^
ok. bye!

::meme aku saje nak letak gambo besau-besau. =P

Wednesday, November 2, 2011

cuti yang pendek

lama kan tak update blog??
bukan setakat tak ada masa.
dah malas juga sebenarnya.
ahahahaa~
busy sangat-sangat lah.
cuti raya haji nanti pun serupa juga macam tak cuti.
adoi...
tak ada idea pon untuk di coret kan.
ok lah dear.
bye =)

Monday, October 24, 2011

manusia yang binatang

ramai kan manusia yang kejam?
kita boleh nampak di mana-mana sekarang ni.
hiris and toreh anak la.
budak mati kene langgar dan dibiarkan la.

but entry kali ini aku focus dekat mak aku.
no no no.
don't get me wrong.
bukan nak kata mak aku zalim.nop!
mak aku baru je tgk video ni.
video kcg yang kaki dia kene potong tu..
nasib ada hamba Allah yang baik hati, bela dia.
mak aku menangis bila tgk video tu.
memang video ni da lama sgt dah.
tapi entah kenapa baru keluar dalam mastika bulan ini.

i just love my mom.
bak kata Tok No aku, "mak ko ni ade sifat kebinatangan"
but don't put it in a bad way.
maksud nye mak aku ni sangat belas kasihan pada kucing.
sayang kucing tu lebih dari anak taw.
aku penah jugak complain.
then mak aku kata, "ko tu Allah da kurniakan otak utk fikir.ade akal. baik aku tlg kucing ni yang tak mampu nak buat ape-ape..."
yezzzah.
she's got the point there.

i love u mom
i miss u so much =')
muahhhh.
bye =)

Sunday, October 16, 2011

i love u

hehehe~
i love u Maher Zain.
i love u Sami Yussuff.
merdu nya suara kau orang...
ngeeee =)

Thursday, October 13, 2011

DuYunG

al kisah.
taibbbbb. tersebut lah kisah sang duyung yang terdampar di pasiran pantai.
pantai yang diberi nama pantai duyung.
si duyung yang terdampar di pantai duyung diberi gelaran tersendiri.
ada ke enam-enam diantara semuanya yang menjadi perhatian ramai. *sigh
------------intermission--------------------------------
sudah lah!
aku nak cerita yang sekarang aku & the geng sudah berada di......
Kolej Duyung!!!!!!
yezzzahhh. kolej paling cantik dan paling baru antara yang lain-lain.
kolej ini majoriti budak-budak sekiteriat dan komander.
sounds good isn't it??
hell good babeh!
and i like it much! tak payah serabut kan pale hotak tengkorak aku ni dengan hal ehwal rumah sewa (HERS)
tak payah dah.tak payah dah! (ok.toksah nk ulang bnyk sgt lah Tiq!)

it is a relieves when i moved in here.
rasa lapang dada. walaupun sesak dada angkut barang turun naik semalam.
nasib tingkat 1. dulu tingkat 2. eh, tak apa lah. aku kan kuat. like duhh
ok tu je nak cite.
bye! =)

Sunday, October 9, 2011

SaMpAi

pagi ni tidur lena sangat kot.
sampai tak dengar jam menjerit kat sebelah.
sampai Tubi aku kat bawah katil.
sampai sakit kepala dek bangun dengan drastiknye. (eliz la yg kejutkan.terima kasih awak)
sampai mandi pun tergesa-gesa.
sampai dah siap pakai tudung.
sampai sang classmate text "class postpone"
sampai hati lec tu buat saya begini.
ooppssss!
tak. bukan sampai hati.
tapi mucho gracias miamor!!!
sampai buka baju boleh amik mood nak tidur semula.
maka tidur lah dengan senyuman.
ohh.da pukul 8.36 a.m
gud nite!
bye =)

Saturday, October 8, 2011

musim terkezutt sedunia kot!

aku nak mintak rayuan duduk kolej.
jap lagi disuruh dan di seru untuk menjadi sekiteriat HEP.
ok. terkezut!
Timbalan Rektor yg suruh ok!
bye!

owner rumah mesej
"salam. 12hb ni awak kuar rumah"
ok. terkezut!!!
sungguh peramah text tersebut.
oo...so touching...like hell!!!!
bye!

owner rumah lame nak bagi kat dak lain.
yang mampu bagi deposit RM500 untuk api & air.
fine!
then ni dgr cite sewa umah tu naik RM900!
just because da ade pagar!
haha!bodoh la budak yang sanggup bayar tu.
da la diploma lagi.
aku yang degree ni pun sibuk nak duduk kolej.
terkezut!!!!!
ok bye!!

oh!heart attack!
x___x

now kene bagi komitmen untuk jadi seki kepada TR ku.
deehhhhh.
bye!

Thursday, September 8, 2011

tak sabar!

tak sabar untuk ke dungun! hah??!!
tak sangka kan aku boleh cakap macam tuh??
hahahaha~
tak sabar nak ke dungun untuk ke shah alam nanti!
peace ^______^
bye.

Wednesday, September 7, 2011

boleh tak?

boleh tak?
untuk sem ni nak simpan duit dalam ASB sikit je.
ye. sikit je.means berkurang dari jumlah yg dulu.
means nak belanje lebih sikit.
means nak makan sume benda tanpa perlu fikir "berapa??"
"mahal tak nak lah.jimat"
boleh tak?
boleh la..saya nak makan puas-puas..
sepuas saya dusuk di rumah dan duduk di shah alam dulu.
saya nak enjoy makanan dan wayang.
sebab entah kenapa kawan-kawan di JB 'sepi'
susah nak ajak tengok wayang.
ajak raya cepat pulak dia.*sigh
saya nak g shah alam untuk enjoy habis-habisan.
dan pulang ke Dungun dengan azam baru.
saya akan study habis-habisan.
sebagaimana saya enjoy habis-habisan di Shah Alam.
bye =)

hurm

sometimes, you can't just tell anybody how you really feel.
not because you don't know why.
not because you don't know your purpose.
not because you don't trust them.
but because you can't find the right words to make them UNDERSTAND.

tak paham

ye. aku tak paham betul.
benda baik pon nak sorok-sorok.
patotnye sorak-sorak la kan??
hadoi.
tunang tak gi taw lak.
dah aku tanye nak berdolak dalih pulak.
gedik betul.
ko kawin jemput aku nanti aku tak nak datang leh tak.
aku pon nk jugak berdolak-dalih.
hadoi...
tak paham aku.
dah putus asa da.
nasib sedara aku jugak.
kalo tak. malas aku nak layan ko dah.
bek ko tak payah tukar status kat fb engaged kalo ko tak nak org tau.
bek ko x payah letak gambo tunang ko tuh.
asal tanye je bukan.
tanye bnyk kali tak reti nak jawab.
org happy utk ko.
ko layan mcm ni..
nanti aku tunang pon nak buat la cm ni.
trend baru kot! *sigh
tunang??aku nak kawen terus boleh?
gatal ^_-

Thursday, August 25, 2011

berat hati ini....

Ya Allah, Kau beri kan lah aku kekuatan.
kerana sesungguhnya Engkau Maha Gagah.
Ya Allah, Kau berikan lah aku ketabahan.
berat hati aku untuk kembali ke Dungun.
sebelum ni, aku sudah hampir bersemangat untuk kembali ke Dungun.
entah kenapa tiba-tiba.
aku benci orang yang suka berfikir bahawa dia adalah yang terbaik.
walaupun tanpa disedari nye atau dalam keadaan sedar.
kenapa mereka masih suka menilai luaran orang lain dan menyatakan dia juga insan biasa?
apakah motifnya??
dia umpama tidak ada pendirian pada ku.

sedangkan ustaz sendiri berfikiran baik kepada mereka
yang tidak menepati tuntutan agama Islam itu sendiri.
namun kenapa kita yang belum cukup ilmu di dada sewenang-wenangnye berfikir yang tidak-tidak,
dan bersyak wasangka??
ustaz itu juga masih menimba ilmu selagi mampu.
namun tidak berprasangka sama sekali.

namun aku juga tidak mampu untuk menutup mulut orang kan?
aku boleh sedap kan hati aku.
namun sampai bila aku mampu bertahan?
kenapa orang-orang disana kebanyakan nya macam ni ya??
sebab itulah aku tertekan.
Ya Allah..
tolong lah aku..
aku letih nak berhadap dengan orang-orang mcm ni.
kau tolong la jauh kan aku dari manusia yang sebegini.
mereka hipokrit di mata aku.
sume nya tidak betul.
dia saja yang betul.
sedih nye...
rasa nak benti je belajar!!
tapi tak boleh! aku yang rugi nanti.
kuatkan semangat TIQ!
bantu aku untuk mengabaikan orang sebegini Ya Allah.
amin..
bye =(

Wednesday, August 24, 2011

alahai manusia~

kenapa lah manusia suka sangat menilai org dari luaran??
tak pernah ke terfkikir mungkin dia buat itu bersebab.
asyik nak bersangka buruk je.
negative sungguh fikiran kamu.
zaman sudah maju, patut nye kite pun haruslah maju kehadapan.
namun sayang mentality kita masih mundur.
kalau kita rasa kita hebat, sehebat manakah kita?
sedar lah, kita semua insan biasa.
manusia boleh berubah.
namun bukan mudah untuk berubah.
lebih-lebih lagi berubah untuk kebaikan.
kita hanya hamba Allah bergelar manusia.
bukan Malaikat apatah lagi Nabi.
namun kita sentiasa cuba untuk berbuat lebih baik dari semalam.
kepada orang di luar sana.
yang suka menilai dari luaran,tak kisah la bertudung atau tidak.
sudah-sudah la tu.
kamu pun patot berubah.
ubah mentality kamu.
bye

Saturday, August 20, 2011

suping~suping~

aaarrrhhhh
rindu nye nak g bersuping-suping...
waaa =(
bila la dpt lagi peluang ni.
da lame tak jalan-jalan di suping complex
untuk membeli dan membelah.
bye.

Ujrah

semalam aku dah beli setem hasil.
yang sangat ber'hasil' tuh..
2 kena beli babe. 1 bernilai ringgit malaysia sepuluh. jadi 2? berpuluh-puluh la.
haahahahaha. bye.

hari ni baru dapat print segala document yang kau nak wahai sang PTPTN.
rigid betul lah ko ni.
tapi tak apa.
untuk pengetahuan korg sume (aku baru tahu ni sebab baru baca betul & teliti apa itu ujrah)
ujrah tu pembayaran balik kaedah upah.
upah yang di tetapkan adalah RM1.5k
diploma dulu aku pinjam dgn 'ini  bukan along, ini cuma mau tolong' sebanyak RM15k.
jadi dengan lulusnya ujrah ini, aku hanya membayar sebanyak RM16.5k sahaja.
kalau tak, bayar lah kau RM21k.
say what??!!!
21k la mangkok!
ok bye.

baik kan PTPTN ni?? =))
dapat email diluluskan, tapi dengan bersyarat.
if document yang aku hantar ni sume 'pass'
maka pass la aku untuk membayar RM16.5k =)
moga dipermudah kan urusan.
bnyk hutang aku ni.
itu pun belum masuk degree lagi.
mintak-mintak degree pun ada ujrah ni nanti =)
ringan sikit beban.

jadi kawan-kawan.
rajin-rajin kan lah diri tu
kalau nak bayar hutang sikit je =)
renung-renungkan & selamat beramal
bye.

Thursday, August 18, 2011

oh tidak

adoi.
lately ni kerap sangat kene selsema.
arhhggg!
tak suka tak suka.
sakit hidung dan kepala.
adoiiyaii.

oh ya.
gamat aku ade sudaa.
hahaha.
naik dungun kena buat bekalan bnyk2 ni.
bye

Akhirnya..

kita hampir ke 10 malam terakhir ramadhan.
memang saat yang aku nanti-nanti kan.
seingat aku, sepanjang aku berpuasa tatkala sudah baligh.
aku tak pernah dapat malam 10 terakhir ini.
sedih kan?
memang. dan tahun ni, alhamdulliah.
insyaallah aku dapat mencari nya.
malam Lailatulqadar.
memang satu rahmat yang sangat besar pada aku.
walaupun kitaran haid aku masih 'pening-pening lalat'.
dan, walaupun selepas 15 hari, dia ada lagi sikit2.
tapi da kire darah kotor bukan?
so aku sudah boleh mengejar apa yang aku idam kan dari dulu lg.
dulu setiap 10 malam terakhir Ramadhan, aku tak mampu buat apa-apa.
melainkan berzikir saja dalam hati, dgn harapan.
harapan ape?
adalah.haha. sukanya dapat saat-saat ini.
moga Allah perdengarkan apa yg aku hajati.
mohon sangat-sangat.
hmm..

bersyukur sangat dapat menikmati saat ini.
tak sabar rasanya menanti 10 malam terakhir.
thank you Allah =)

bye =)

Tuesday, August 9, 2011

6! again

bersin tak habis-habis.
aku rasa resdung ni datang balik la.
hurm..nanti kat Dungun kena cari jugak menda ni.
GAMAT HEALIN : IMUNOL
terbaik dari ladang.
sebab dah bertahun-tahun tak makan ni.
resdung pun macam nak datang balik.
makcik aku kat Singapore tu suh operate.
tak nak aku.
resdung je kot.
tak kan sampai operate.
takut aku! haha.
tak kira. naik sem ni nak li jgk Imunol ni.
sang jerawat pun da naik ni.
haish. tak suka tak sukaaaa!
ini boleh mendatang kan parut di muka i...
oh tidakkkkk (gedix)
ok. bye.

Monday, August 8, 2011

6!

my nose is running
and of course sore throat as well.
but not very well huh.
aaaarrrgghhhh!
i really hate this!

Saturday, August 6, 2011

mengantuk

ok. tajuk aku hari ini adalah seperti diatas.
bulan-bulan puasa ni tak elok tidur kan?
tapi nak buat macam mana? mata macam kena gam.
lebih-lebih lagi bila bulan merah datang =)
tika 1st day puasa, aku poyo-poyo bangun sahur.
semangat lah katakan.
tengah hari je...teeetttttt!
tak akan sah puasa aku tuh.
paling kurang pun sepuluh hari.
haish! penat rasa badan bila bulan merah ni.
walaupun aku tak buat apa-apa.
aku cuma baca buku English aku je.
nak biasakan diri. next sem blaja writing plak.
last sem dah penat berspeaking kan.
so, aku kena banyak membaca untuk memantapkan lagi English aku.
dari aku tak buat pape kan?
namun, buku, kau memang sinonim dengan ubat tidur =)
zzzzzz
haha. entah pahala apa lah aku dapat awal-awal Ramadhan ni.
tawakal saja lah. zikir kuat-kuat dalam hati.
biar terang dan tenang.
tak kira lah bulan merah atau tidak.
aku tetap nak merebut hadiah di bulan barakah ini
bye =)

Thursday, August 4, 2011

it is all 'bout guys

lelaki lelaki dan lelaki.
semua nya lelaki.
semua keinginan atau impian yang sang wanita harapkan,
ada pada sang lelaki ke??
tentu kau orang semua pernah terbaca tentang puisi atau madah ini:

 Lelaki yg BAIK ---> lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNya.
-Lelaki yg COMEL ---> lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid.
-Lelaki yg SWEET ---> lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah.
-Lelaki yg ROMANTIK ---> lelaki yg mnghadiahkan sebuah doa setiap hari.
-Lelaki yg CHARMING ---> lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat.
-Itu lah LELAKI yg menjadi igauan wanita .. InsyaAllah.. =)


haa..
pernah kan??
kesian sang lelaki.
memang betul, dan tidak aku nafikan.
bahawa lelaki lah pemimpin kita.
lebih-lebih kepada sang wanita.
pemimpin kepada keluarga.
pemimpin kepada negara.
bahkan pemimpin kepada bangsa dan agama.

tapi tidak kah kita sang wanita juga perlu berdikari?
kata lain nya, berdiri di atas kaki sendiri?
aku pun tidak menafikan itu lah ciri-ciri lelaki idaman aku.
namun mereka juga manusia yang tidak sempurna.
bukan semua sang pujangga di luar sana tu beriman.
untuk bersiap menghadap Nya,
bukan kah elok jika kita sendiri juga berusaha.
tak perlu menunggu sang lelaki yang beriman.
betul tak?
tak salah kira nya kita sang wanita,
membimbing mereka yang kurang bimbingan agama nya.
kerana kita di dunia ini saling memerlukan.
jadi tak perlu lah bergantung kepada sang teruna itu sahaja.
kesian pulak kat mereka tu =P

tu pada pandangan aku lah.
ye lah. kita semua manusia.
tak akan lepas dari melakukan kesilapan.
namun jangan jadikan itu sebagai alasan.
alasan untuk kita terus melakukan kesilapan.
jangan sekali-kali.
walaupun manusia ni penuh dengan alasan.
kan??

bye =)

Sunday, July 31, 2011

Panjang Umur Kita Berjumpa

selamat datang Ramadhan
sang bulan yang mulia & penuh barakah.
semoga kali ini ianya lebih bermakna buat kita semua.
ingatan untuk teman dan juga diri ini.
jadi lah hamba kepada Allah,
bukan menjadi hamba kepada bulan Ramadhan ini.
renung-renung kan, dan selamat beramal =))

buat Adi.
aku minta maaf atas apa yang telah terjadi.
tapi kalau kita tak berhubung lagi adalah satu keputusan yang baik untuk kau.
aku hormati.
aku meminta maaf bagi pihak aizad nasir.
dia tak faham tentang kita.
dan aizad pun tak faham keadaan aku.
mungkin kerana aku tak mencerita kan kesemua nya.
tapi aku sendiri tak tahu nak mula dari mana.
yang penting, Adi, aku sentiasa anggap kau kawan aku.
walau kau mengangap kita tidak pernah kenal.
terima kasih atas segala nasihat & dorongan yang pernah kau berikan.
dan juga atas segala hiburan tatkala aku berduka sewaktu ketika dulu.
aku minta maaf sekali lagi.
aku harap kau maaf kan aku.
aku hormat kau dan keputusan kau.
buat aizat nasir.
tolong la jangan cemburu sangat.
kadang-kadang lawak kau bukan menggelikan hati saja.
dalam masa yang sama menyakitkan hati juga.

Saturday, July 30, 2011

NaK sAngAt-SangaT! 2#





Ya Allah!
termimpi-mimpi kan baju ini!
tapi duit da abis suping utk raya.
duit ada lagi sebenarnya.
cuma risau bila aku beli aku tak pakai.
yang atas tu konsep jubah.
yang bawah tu lak konsep blouse/tshirt.
dua-dua aku suka.
lagi-lagi warna kelabu & purple.hurm.
nak li ke tak ea?
closing date esok ni!
adoiiiiiiiiii

Friday, July 29, 2011

WinK *_^

alhamdulillah.
result intersesi yg tak disangka.
M.E dapat A+
sungguh tak sangka.
sebab masa final tak sempat nak cek.
dan ada soalan yg tak terjawab dan tak yakin untuk menjawab nya.
namun rezeki aku ada di situ.
alhamdulillah ya Allah.
bersyukur sangat-sangat.
hope rakan-rakan yang lain pun begitu.
bye =)

Thursday, July 28, 2011

My PaSSionAtE..

1.   teringin sangat nak belajar/bekerja di oversea
2.   teringin sangat nak bergambar ala-ala model
3.   teringin sangat nak jadi model sebenarnye (ok.lupakan lah.)
4.   teringin sangat nak belajar bermain music (gitar & piano.seems no opportunity in tiz sem break)
5.   teringin sangat nak belajar menari
6.   teringin sangat nak melancong di setiap pelusuk Malaysia
7.   teringin sangat nak belajar memasak (tapi tak pandai-pandai jugak "-.- )
8.   teringin sangat nak membeli sebuah kereta & ofcoz membawanya
9.   teringin sangat nak membeli sebuah rumah untuk keluarga
10. teringin sangat nak menambah & menguatkan iman di dada =)

semoga aku mendapat kesemua 10 perkara ini.
its a perfect 10!
bye =)

oh yea...
lupe. nak add lagi satu.
11. teringin sangat nak menambahkan berat badan =)

yang ni memang sangat susah. hehe
ok. aku akan berusaha untuk kesemua 11 ini.
perfect 11! hehe (tak pernah aku dengar)
bye =)

Wednesday, July 27, 2011

2 TahUn DaH

selamat ulang tahun 
yang ke 2 aizad nasir
semoga hubungan kita kekal
dan direstui oleh Nya
i u
bye =)

Monday, July 18, 2011

TahU kah AndA

Kecantikan seorang wanita bukan lah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita haruslah dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya; tempat dimana cinta itu ada.

renung-renung kan
dan selamat beramal..
bye =)

Wednesday, July 13, 2011

PuAs Hati AkU!

HAHAHAHAHAHAHAHAHA
aku dah block kau.
mana tahu kau gatal-gatal nak tgk fb aku kan.
tu lah..
kali ni aku tak akan lembut hati lagi lah.
lebih-lebih lagi dengan orang macam kau.
sampai fb sis aku kau remove jugak ye??
tak mengapa lah wahai manusia.
aku pun boleh buat ape yang kau buat.
lebih jauh dari yang kau sangka.
sayonara.
sia-sia lah kawan dengan kau.
wasting my time.
bye.huh

BukAn-bUkaN jE

lately ni aku selalu mimpi bukan-bukan.
kadang tu ngeri.
kadang tu mengarut.
ape lagi mencarut je la aku.
hee~
tak lah..
istighfar banyak-banyak.
mimpi je kot.
tak ada maksud apa-apa pun kan??
mungkin aku terlalu banyak berfikir sebelum tidur.
hurm..
it's ok TiQ.
chill out.
bye.

Tuesday, July 12, 2011

kaU SunDaL

perghhh!
hangin betul aku.
maaf cakap lah kan.
kau yang add aku dulu kat mukabuku.
so bile aku da terbuka hati nak approve kau sebagai kawan.
sekarang kau pulak remove aku??

oh shit!
kau memang sundal!
kau fikir aku nak sangat kawan balik dengan kau??!!
aku terima kau dulu pun sebab aku fikir kau dah sedar.
tapi tak! perbuatan kau tu macam aku ni pulak yang bersalah!
aarrhhh!! pergi mampus lah kau syiaalll!
huh! sumpah aku tak nak tengok muka kau!
menyesal lah aku approve kau!
dan paling-paling aku menyesal pernah jadi kawan kau!!
SYIAL!SUNDAL! HAK TUIH KAT MUKA KAU!!!
bye!

Saturday, July 9, 2011

ChOt ^_*

seronok bile dapat ber'chat' dengan family ijat.
semalam chat dgn pak lang dia.
hari ini dengan mak ngah dia.
atau lebih senang dengan panggilan nyah miza.

check this out ^_*

hehe~
seronok sangat.
senyum sampai telinga

Photobucket
bye..(*_^)

NaK sAngAt-SangaT!

style siot!

teringin gile la nak ade kasut nih!

teringin nak pakai..
ade sesapa nak li kan?
cantik nyeeeeeee!!!

empat jenis kasut idaman aku.
bila lah aku dapat beli.
haish.
jumpa da selalu.
duit je tak de.
cit! susah tol.
lagi satu hal.
sebab kasut ni ala-ala high cut
so ok ke kai dgn jeans bese?
if kai pendek sikit nampak la cantik kan.
masalah nye aku ni bertudung.
ke jeans tu masuk kan dalam kasut tuh?
alalalala~
banyak plak mende nak di fikir kan.
ok lah.
bye.

haha. FYI.
aku tambah lagi satu gambar.
jumpa kat mukabuku.
yang last tu rm79.
takut lak li kasut on9 ni.
kang salah saiz kang.
haish.
bye

Friday, July 8, 2011

ToLoNG LaH ToLong LaH~

haish.
kawan-kawan tolong jangan gaduh.
tak sedap dengar.
every single things can be fixed up.
just don't let it go too far.
don't split up.
come on guyz.
chill up.
what the hell is going on huh?

i love u all.
mmuah.

ok aku tension ada orang main mercun sekarang nih!!
raya apa pulak ni hah!!!
ggrrrrrrr
bye.

Tuesday, July 5, 2011

EntAh kEnaPa

maaflah. aku memang susah nak letak tajuk. jadi, tak tahu lah tajuk ni ada kena mengena atau tidak.
kadang aku terfikir. hidup aku ni menyedihkan. mungkin ada sebab kenapa hidup ini ditakdirkan begini.
bila fikir masa depan, mampu kah aku? *sigh
aku sendiri tak tahu apa yang mampu aku buat. entah kenapa. semua nya jadi ralat.janggal.
kadang bila terasa sunyi, tiada siapa jadi peneman. dimana orang tersayang? keluarga? aku tak mampu untuk berkongsi segalanya dengan mereka. hmm.

kadang kita fikir orang disekeliling memahami kita. tapi sebenarnya tidak. kadang kita fikir mereka suka & sayang kita. namun, sayang yang bagaimana? adakah sebagaimana aku sayang mereka semua? dan sejauh mana aku dapat mengukur kasih sayang tersebut?atau ianya memang tidak boleh diukur langsung? hipokrit kah mereka? atau aku yang tidak pernah bersyukur? tapi di hati kecil, selalu aku tertanya-tanya. kalau sayang, hmm. mereka sayang disebabkan apa? rupa? pangkat? popular or famous? pandai? apa lagi selain ini semua??

hmm. you know what. the best part is, unfortunately, i had not any one of them in me. even, not any one of them. yes. that is the truth. and one thing is, i am lack of self-confidence in myself. when it comes to being loved by others, i'm a weak person. i try to build up the confidence in me. seems to be failed. and i don't know why.

but it's alright  =)
i'm still hoping. hoping till the end. till the end of my life. i leave this to God. with a hope. a hope that i will brings my dreams comes true.
ya. really hope that. dreams that i'm dying for it. who cares who loved me or not.
bye

Saturday, July 2, 2011

ArMpiT =D

mak.
terima kasih mak.
terima kasih kerana...
sudi cabut kan bulu tiak adik =P
hahahaha.

bukan nak buli mak.
saje nak mintak manja-manja =)
da lama tak bermanja.
thanks again.
kui kui kui...

hadoi..
topic lain lak.
mature.
atau bahasa melayu nya matang.
dah matang ke aku?
aku selalu fikir macam ni.
bukan apa.
sebab dari segi penampilan, aku tak matang langsung.
yes. aku akui.
macam mana nak nampak matang?
kena pakai baju macam ladies-ladies kew?
atau kena bermake-up kew?

adoi.
if macam tuh. penat lah aku.
make-up pun bukan reti sangat pun.
aku ni da la kecik.
hehe~lagi orang kata aku ni budak sekolah.
paling koman pun org tanya,"skolah ke dik?"
senang je nk jwb "skolah tak lah.blaja ye lah"
so ko paham-paham je lah apa beza nya tuh.

haha. adoi..
maybe step pertama kene besarkan badan kot.
atau dalam erti kata lain, GEMUK!
yeah! tu lah paling payah sebenar nya.
kat shah alam, 2x lunch(with friend then out together with aizad)
makan malam kol 6 cm tu. da mlm tu mkn lagi.
satu hari tak pekena ABC Fradoo tak sah.
tak naik-naik jgk bdn ni hah.
yang naik si aizad.
adoi. dia plak makin gemuk.
hahaha~
jangan salah kan i, sape suh u pun sibuk nak makan.
lalalalala~
jadi apa lagi cara utk gemuk?
aku pun da malas nak fikir.
lantak lah org nak kata apa.
yang penting aku sihat & kuat =)
aku makan jew.
if ade rezeki nak gemuk, adelah.
if tak ade. tak ade lah.
saya bersyukur apa saja adanya =)
cukup sifat.
alhamdulillah.
terima kasih Ya Allah =)

Photobucket
bye =)

Thursday, June 30, 2011

BeRanGaN

bangun pagi je tak tahu ape yang nak dibuat.
makan?
alamak..puasa la pulak.
apa lagi.
mencantik kan blog la.
ok.settle.

terfikir plak pasal dslr ku :)
aduhai.
bila agaknya?? :)
laptopda tak perlu nak dibeli.
maka aim saya adalah.....
da cakap kan kat atas tu.
hahaha.

sedihnya.
sebab nanti tak dapat nak konvo bersama bunga-bunga.
haish. yang penting jangan pakai heels yang gigit kaki :)
amboi.belajar tak habis da fikir konvo??
hacik kau.
TiQ! Dekan every sem!!
try to get it!
dipLoma dulu ko banyak main kan!
ok. bye :)

Photobucket

Wednesday, June 29, 2011

Baru PunyE~

baru?
tak ade lah yang nak baru sangat
baru update blog jew.
haha~
eh tak.
tukar layout je.
actually aku pun da lupe cam ne nak tukar & edit ni. 
ni je lah yang mampu

Photobucket

Sunday, June 19, 2011

Jum TouChinG BerSama

justin bieber feat rascal
that should be me
enjoy tiz song :)

Friday, June 17, 2011

Result oh result

alhamdulillah..
dapat dekan.
cukup makan pun cukup makan lah.
next sem usaha lagi.

terima kasih ALLAH :)
tinggal M.E ni saja untuk di 'kerja' kan.
mintak2 aku dapat A.
Amin..

terima kasih sekali lagi Ya Allah...
menggeletar tangan ni nak tengok result.
fuhhh. nasib baik lah.
syukur syukur dan syukur.
semoga aku kuat untuk hidup di Dungun lepas ni.
hmmm.
terus hilang mood aku.
bila fikirkan untuk kembali ke Dungun.

tabah kan hati ku Ya Allah.
Amin~~

Thursday, June 16, 2011

wa bosan bro

adoi..
tak pernah lah aku bosan tahap gaban ni
adoi..
tak tau lah nak buat apa.
study??
tak ada mood lah.
tidor??
adoi. sampai tidur pun da naik bosan lah dengan aku.

nak hang out, aku terhang plak kat bilik ni.
tak ade sapa pun yang nak keluar malam ni.
apa lagi la yang gua nak buat nih.
buat taik mata pun da tak larat dah.
apatah lagi nak lukis peta dunia.
OMG...

wa nak layan ML dari episod 1 untill the latest lah.
bye :)

kesilapan & keterlanjuran

entah kenapa.
sekian lama dia add aku di mukabuku.
baru hari ni aku nak terima dia sebagai kawan.
aku pun tak tahu kenapa.
mungkin sebab aku tengah bosan.

bila tengok gambar dia.
tak ada apa yang menarik pun.
ye ke? entah lah.
mungkin hati masih sakit.
berparut tentu lah ada.
tapi bila terbaca post-post dia yang lepas.
aku tertarik.
"kesilapan mematangkan kita. jangan mudah patah semangat"

ya.
betul.
semua orang pernah melakukan kesilapan.
aku sendiri pun tak terkecuali.
aku cuba lupakan kisah lampau antara kita.
tapi entah lah.
sudah hampir 5 tahun kita putus kawan.
aku memang salahkan engkau.
memang aku terkejut dengan tingkah laku kau.
sayang dah bertukar jadi benci.
rasa diri di tikam dari belakang.
tapi..entah lah.

aku boleh memaafkan.
tapi masih sukar untuk aku memulakan semula hubungan sebagai kawan.
macam dulu-dulu.
sekarang jiwa terasa kosong bila terfikir pasal kau.
tak tahu nak buat apa, nak kata apa.
masih terasa kekok antara kau dan aku.
kau sudah terlalu asing bagi aku.
aku juga memberi kan ruang dan masa untuk aku.
untuk menghulurkan salam sebagai kawan.
tapi sudah terlalu lama.
5 tahun??
dah berdosa ke aku?
putus kan silaturrahim antara kawan?
tapi bukan salah aku.
hmm..

kawan-kawan..
tolong saya..
bye :(

Wednesday, June 15, 2011

bertuah punya hari

semalam aku rasa kan hari itu adalah hari aku.
kenapa??
sebab seronok sangat.
hari isnin lepas test 2 M.E
semalam terus dapat result.
aku dapat full mark??!
tak sangka  betul.
aku ingat aku ada buat careless mistake.
tapi, alhamduillah..semua nya betul :)
keep it up Tiq!

then aku keluar dengan aizad.
sapa lagi kan??
main bowling.
untuk pertama kalinya aku strike!!!!
hahahahahah.
memang wa rasa wa ong sangat lah itu hari.
dapat test 2 100%, meningkat dari test 1 yg 80 lebih je.
tu pun sebab careless mistake.
then main bowling dapat pulak strike!
the best part. aizad nasir kalah woooo.
hahahahahaha!!
seronok2..
pastu makan macam-macam.
ok. jangan seronok sangat Tiq!
final is just around your neck!!

Ya Allah, dapatkan lah aku A+ dalam subjek M.E ni.
chayookk!!
bye :)

Sunday, June 12, 2011

CuTi-CuTi CinTuN

12/6/2011

tgk kl gengster.
well. for me cerita tu klishe laa.
tp best n funny.
cume jln cerita dia tuh.
tym tgk tu aku da leh agak ape akan berlaku seterusnya.
neway, zizan terbaik!haha.

next, g makan domino's pizza & lepak tanjung jew.
tangkap gambar sampai lebam :)




ngee~~






Ya Allah.nampak sudaa.haha
chumel :)



Monday, May 30, 2011

konvo??

ya tak ya.
ada juga yang bertanya.
tak tulis or masuk kan pic konvo?
tulis?
ramai yang dah bertulis.
jadi saya pun malas.
hehehe.
the best part, aizad ada.
dah jumpa dengan family aku :)
baru kau tau ya nervous dia macam mana!!
padan muka kau!! :)

pic konvo??
nanti budak-budak ni tag di mukabuku.
kan senang :)
kakak aku tanya, ko tak banyak pon gambo ramai-ramai.
jawapan nya senang je.
aku malas nak berebut sapa nak ke depan.
da lah kaki aku sakit.
amik pic pun nak kena berebut??
memang tak lah.
bia je lah pic aku terselit.
nanti aku da ada nikon sendiri, aku amik la pic sampai mati :)
tak perlu nak berebut.
hape pun tak jadi.
hape pun tak boleh.
tunggu lah konvo degree nanti.
mintak-mintak dapat la nikon tuh.
tak pun, hopefully aizad nasir dah ada.
saya boleh jadi model 24jam :))

tata :)

Sunday, May 29, 2011

al-kisah kenegerian

aku orang johor.
anak jati johor.
lahir di kota tinggi.
family aku semua nya orang melaka.
anak jati melaka.
boyfriend pula orang selangor.


aku bukan orang yang selfish.
tapi, terkadang selfish itu penting.
kadang orang tak faham situasi kita.
baru saja tadi ber'chat' dengan kak eryn.
post dia tak habes² dengan sikap PENTINGKAN DIRI kau tu..!

--> kenapalah kau selalu KACAU hidup AKU?? *DAMN*

menarik perhatian aku apabila kak eryn buat comment orang pantai timur memang macam ni ke??
aku pun apa lagi.
bagi kak eryn panas lagi.
aku komen "bukan nak kata apa, most of them macam ni lah yg iqa jumpa kat sana"
kat sana yang aku maksudkan ialah dungun.
dari pemerhatian aku.
aku dikelilingi spesis yang nak kita aje yang ikut kepala dia.
if dapat kat aku, memang siap la kau.
aku lawan balik.

tetiba ada mamat ni komen pulak kat post kak eryn.
"awak nak, awak salahkan dia je..xpayah nak salah kan negeri."
tetiba aku teringat kisah aku dulu.
tergelak aku.
nampak sangat lah bukti nya kan??
yang jelas terpampang dah ada 2 bukti.
yang hanya aku saja yang nampak, sudah terlebih-lebih bukti.
namun aku tak pernah nak diskriminasi.
tapi if orang sana buat aku, boleh la plak??

kenapalah kau orang terlalu hipokrit ye?
atau mungkin terlalu diskriminasi??
apa sejarah kisah orang pantai timur & orang selatan.
sampai terkeluar kata-kata "ah, pantai timur, bese arh."
pernah aku kena kacau dengan mat klate.
dia berniaga di kedai hp di bandar.
nak try aku la konon.
jap g bile aku sound "nak berniaga ke tak ni??"
terus keluar telo kelantan dia.
ngutuk aku plak. ingat aku tak paham ke ape.
nak aje aku sound pergi arh niaga kat KAMPUNG kau tuh!
tapi aku malas nak cari gaduh.
blah cam tu je lah.

so, aku tak kisah la kau orang mana sebenarnya.
paling penting respect each other.
kata satu malaysia.
tapi kenapa antara melayu pun nak ada perkauman??
renung-renungkan lah.

bye :)

bla bla bla

sibuk betul jantan tuh.
baru sekarang nak terhegeh-hegeh cari aku.
sekarang??
sebelum ni pon ada juga.
ah. malas lah nak layan.
lagu jar of heart tu memang sesuai untuk kau.
memang khas aku tujukan untuk kau.
orang yang macam kau.
ade aku kisahhh??!!

bye

lagu khas untuk "novelis": jar of heart.

No, I can't take one more step towards you
‘Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live, half alive
And now you want me one more time

[Chorus:]
Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?


I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live, half alive
And now you want me one more time

[Chorus]

It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
‘Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back


Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all


Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all


Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are? 

Monday, May 23, 2011

BulaN BerChinTa

sekarang rasa malas bebenor nak update blog.
masa yang ada banyak terluang untuk aktiviti santai.
belajar pun sambil bersantai.
tapi kenapa aku malas.
sebab laptop da jahanam lahhhh!!!!
ni pon pinjam laptop cik awie yang kuat tidur.
tq miss sleeping beauty :)

1 bulan di shah alam.
tak kan aku sia-sia kan peluang ini untuk makan & berjimba puas-puas!
hahahahahaha.
ye la. kat dungun tuh, tercatu makanan aku.
kat shah alam ni, ada orang bagi makan kat kita :)
lunch & dinner together :)
tak gemuk jugak tak tau lah aku.
dok bilik, makan tidur mengunyah.
itu saja keje aku.
hehehehe...
happy nya aku di sini :))

Thursday, May 12, 2011

terluah segala yang terpendam

rindu betul.
saat kita gelak bersama.
makan bersama.
menghina dan mengeji bersama.
pukul sana, belasah sini bersama.
ada certain tu, tidur pon bersama :)
rindu dengan semua ni.

tanggal 9hb 5 2011.
ke shah alam menaiki kereta bersama izzat & apex.
sampai saja jumpa pula dengan sue, dip & azly :)
esok nye jumpa aziah :)
pastu jumpa biha, fifa, opex, fara, waji dan ramai lah :)
and the best part is, D6B1 bersatu kembali!!
even ramai lagi yang tiada di sisi.
namun tarikh 15hb akan menyatukan kita semua.
wajib ambil gambar konvo bersama ok!!!!

macam-macam cheritera cinta aku dengar.
pahit ada manis pun ada.
terluah la segala cerita-cerita.
baik cerita dari dungun, perak, segamat.
macam-macam... :))
lumrah hidup kan?
apa-apa pun, moga persahabatan kami tak kan pernah putus.
tak sabar rasa nya nak jumpa kalian semua.
sekali lagi :)
jumpa sekali je mana cukup!!

lots of luv,
TiQ_QuE

Thursday, April 7, 2011

Final? Sense of Belonging? prfftt

erm..
da naik berhabuk blog aku ni.
tapi nak buat macam mana.
busy kan.
serius shit.
sangat penat dan busy.
ni pon curi masa sikit untuk berehat.
sikit? banyak la jugak sebenarnya.
tapi berbaloi lah.
qada' kan tidur yang tertangguh dan tak cukup tuh :)
banyak benda nak story sebenarnya.
tapi tak tahu mana nak mula.
tapi yang penting, semua nya berjalan lancar.
cuma...
sense of belonging di Dungun ni masih belum ada lagi.
haish. bila lah nak ada ni.
tak apa. sabar keyh Tiq.
final dah nak dekat.
tapi rasa macam tak ada ilmu pula di dada.
adoi...
jangan ikut perasaan sangat lah TiQ!!
TiQ bolehhhh!

bye.

Monday, March 28, 2011

SeDeTik LeBiH

sedetik lebih.
nyanyian Anuar Zain.
alah. adik si Ziana Zain tuh.
lagu ni selalu berkumandang serta diulang-ulang di laptop dan hp aku.
jadi manusia-manusia yang ada dekat dengan aku
sebilik dengan aku akan sentiasa dengar lagu ni.
sampai lah diorang semua termuntah-muntah.
ah. ada aku kisah??!!
hahaha. nasib telinga korang  arh.

lepas aku tengok cerita ni.
terus ligat mencari lagu ni.
kenapa??
lirik dia sangat simple.
tapi sudah memadai untuk mengungkap kan semua yang terbuku di hati.
ya. pada aku lagu ni merungkai setiap apa yang ada di hati kita.
dalam hati ada apa?
taman? cinta?
lalalala

yang penting aku rasa macam nak tengok lagi je Hikayat Merong Mahawangsa ni
sebab movie ni sangat best.
lebih-lebih lagi dari segi visual nya.
fuhhh!
macam tengok cerita orang putih la sioott.
and i hope movie anak melayu kita ni mendapat tempat yang tertinggi
dalam carta wayang di luar negara.
yelah, kan hampir keseluruhan cerita ini berbahasa inggeris.
best best best.
best sangat!! saya bangga menjadi anak malaysia dan melayu!!!hehehee

tapi sang jantung pisang berkata "tak best la hero mati"
"sayang...if hero tak mati tak jadi lah hikayat" balas ku sambil tersengih :)
oh please...
aku sampai suh aizad nasir download cerita ni.
nak tgk lagi.........................!!
ok dah. nak layan lagi lagu ni.
:) semoga korang pon suka ya.
daaa :)
bye :)

Monday, March 14, 2011

AkU SuDaH JaTuH..........

ye....
buat pertama kali nya.
setelah bertahun-tahun aku tidak jatuh.
akhirnya. malam ni.
tarikh 14 March 2011.
aku jatuh.
bukan jatuh hati.
tapi jatuh basikal.
lalalalala~

kecederaan aku.
tak teruk mana.
tapi sangat tragis.
sampai kaki sebelah kiri dah tercacak ke atas :))
ye..saya masih boleh tersenyum & ketawa.
padahal bahu dan muka dah terseret kat jalan tar.
aduh..pedih!
habis aset muka aku.
kah kah kah.

accident dengan si noona bird.
a.k.a eliz.
aku ni punye la laju.
straight je aku bawak.
tak macam si eliz tuh.
bawak cam orang mabuk.
kesudahan nya dia langgar aku.
dah la langgar, hempap plak tuh. terserat lak tuh.
sedap tol aku rasa kat bawah tuh.
hempap dek eliz+seret dengan dua-dua basikal.

tapi masalah nyaaaa.
kitorang ni gelak-gelak je.
macam kartun rasa.
sungguh. :))

rupanya sebelum accident antara aku & eliz, awie da accident dulu.
langgar tiang.hahaha.
gara-gara bawak basikal sambil tengok hp.
ok :)
moral of value:
jangan bawak basikal laju-laju.
di larang memotong di kawasan gelap & sunyi.
bawak basikal tengok jalan, bukan hp :))

mak....
bahu saya sudah bengkak.
tangan sudah darah.
lutut dan muka bercalar-calar.
aaarrghhhh..
pedih.
tak apa.
TIQ kuat!!
ok. bye :)

anyway,,ni sweet memory sebenarnya :)
sungguh. mungkin sebab da lama tak jatuh.
rindu barangkali :)
terima kasih eliz sebab langgar saya.
tapi jangan la sampai awak tak ada apa-apa.
saya pula yang teruk gila :)
ok.
betul-betul nak bye :)
bye....

aduh..nak senyum pedih la muka :)
bye :))

oh. ye tak ye.
tetiba aku teringat sesuatu.
tarikh ni juga...
tarikh keramat.
kisah hitam.
tarikh asri bernikah.
hmmm. :(
bye

Thursday, March 10, 2011

FuHHH..LeGa

lame betul aku tinggal kan entry nih.
rindu untuk menaip di sini.
hehe. poyo tol.

tapi betul lah. lega rasa nya bila semua sudah beres.
oppss. silap.
hampir semuanya beres.
7,8 & 9 ada test.
sepatutnya (hb ptg tu ada big presentation. OSH presentation.
tapi kelas di batal kan.
lega rasa hati.
boleh focus untuk test procurement malam itu.

sekarang hanya tinggal presentation, test RM.
test RM tanggal 14hb March nanti.
seiring dengan presentation.
yezzah. pada hari yang sama.
mesti pressure.
tapi kurang sikit.
sebab segala persediaan yang diperlukan untuk presentation dah ada.
sonang kojo den. hahaha.

tak sabar rasanya untuk ke KL.
nak beli external punya pasal.
memandangkan keadaan lappy ku ini nazak-nazak ayam.
external  adalah ubat yang paling mujarab.
before barang-barang berharga ni hilang sekelip mata.
baik aku simpan dalam external dulu kan??
hahahahaha.

sambil-sambil makan megi ni.
taip blog.
tapi di kotak fikiran terkenang zaman-zaman diploma.
haish.
bye semua...
peace :)

Tuesday, March 1, 2011

SaMbiL meNyeLaM miNuM AiR

Tanggal 24, 25 n 26 February 2011.
akhirnya...
berjumpa juga aku dengan jantung pisang aku :)
tujuan sebenar hanya untuk pergi trip procurement.

at the first day we met, aku dapat cup cake :)

cukup sorang satu makan :)














second day we met, aku dapat macam-macam lak.. :)

music box
baju dari tioman dan gelang tangan dari siput-siput yang halal :P
*bukan siput babi














thanx b :)
lurf u soo much
mmuuahh :)

Wednesday, February 23, 2011

PeNaT..pEnAt SaNgAt

semalam aku and the geng berpindah.
ke kolej Duyung yang sangat cantik dan besar :))
suka saangaaatttt :)
tapi dalam suka pulak ada penat.
penat habissss
sampai sakit belakang aku datang balik.
memang aku tak boleh angkat berat sangat after injured dulu.
tapi nak buat macam mana, terpaksa lah...

semua suh g clinic.
tapi aku je degil.
tak nak.
hehehe.
sebab dulu masa g clinic kena bukak seluar.
then injit kat punggung lak tuh.
MALU taw tak!!
tapi nasib masa tuh doc Azizah.
da biasa je dengan dia.
if kat clinic UiTM nih,,,,
tak tau lah laki ke pompuan doc nya.
sebab tuh aku tak nak.
cukup lah sapu minyak sahaja.
hehe. tak pe. lama-lama nanti baik lahhh
(tapi risau juga)

ok. tu je nak cite.
hehehe.
best rasanya hari ini :)
bye semua :)