Thursday, August 25, 2011

berat hati ini....

Ya Allah, Kau beri kan lah aku kekuatan.
kerana sesungguhnya Engkau Maha Gagah.
Ya Allah, Kau berikan lah aku ketabahan.
berat hati aku untuk kembali ke Dungun.
sebelum ni, aku sudah hampir bersemangat untuk kembali ke Dungun.
entah kenapa tiba-tiba.
aku benci orang yang suka berfikir bahawa dia adalah yang terbaik.
walaupun tanpa disedari nye atau dalam keadaan sedar.
kenapa mereka masih suka menilai luaran orang lain dan menyatakan dia juga insan biasa?
apakah motifnya??
dia umpama tidak ada pendirian pada ku.

sedangkan ustaz sendiri berfikiran baik kepada mereka
yang tidak menepati tuntutan agama Islam itu sendiri.
namun kenapa kita yang belum cukup ilmu di dada sewenang-wenangnye berfikir yang tidak-tidak,
dan bersyak wasangka??
ustaz itu juga masih menimba ilmu selagi mampu.
namun tidak berprasangka sama sekali.

namun aku juga tidak mampu untuk menutup mulut orang kan?
aku boleh sedap kan hati aku.
namun sampai bila aku mampu bertahan?
kenapa orang-orang disana kebanyakan nya macam ni ya??
sebab itulah aku tertekan.
Ya Allah..
tolong lah aku..
aku letih nak berhadap dengan orang-orang mcm ni.
kau tolong la jauh kan aku dari manusia yang sebegini.
mereka hipokrit di mata aku.
sume nya tidak betul.
dia saja yang betul.
sedih nye...
rasa nak benti je belajar!!
tapi tak boleh! aku yang rugi nanti.
kuatkan semangat TIQ!
bantu aku untuk mengabaikan orang sebegini Ya Allah.
amin..
bye =(

Wednesday, August 24, 2011

alahai manusia~

kenapa lah manusia suka sangat menilai org dari luaran??
tak pernah ke terfkikir mungkin dia buat itu bersebab.
asyik nak bersangka buruk je.
negative sungguh fikiran kamu.
zaman sudah maju, patut nye kite pun haruslah maju kehadapan.
namun sayang mentality kita masih mundur.
kalau kita rasa kita hebat, sehebat manakah kita?
sedar lah, kita semua insan biasa.
manusia boleh berubah.
namun bukan mudah untuk berubah.
lebih-lebih lagi berubah untuk kebaikan.
kita hanya hamba Allah bergelar manusia.
bukan Malaikat apatah lagi Nabi.
namun kita sentiasa cuba untuk berbuat lebih baik dari semalam.
kepada orang di luar sana.
yang suka menilai dari luaran,tak kisah la bertudung atau tidak.
sudah-sudah la tu.
kamu pun patot berubah.
ubah mentality kamu.
bye

Saturday, August 20, 2011

suping~suping~

aaarrrhhhh
rindu nye nak g bersuping-suping...
waaa =(
bila la dpt lagi peluang ni.
da lame tak jalan-jalan di suping complex
untuk membeli dan membelah.
bye.

Ujrah

semalam aku dah beli setem hasil.
yang sangat ber'hasil' tuh..
2 kena beli babe. 1 bernilai ringgit malaysia sepuluh. jadi 2? berpuluh-puluh la.
haahahahaha. bye.

hari ni baru dapat print segala document yang kau nak wahai sang PTPTN.
rigid betul lah ko ni.
tapi tak apa.
untuk pengetahuan korg sume (aku baru tahu ni sebab baru baca betul & teliti apa itu ujrah)
ujrah tu pembayaran balik kaedah upah.
upah yang di tetapkan adalah RM1.5k
diploma dulu aku pinjam dgn 'ini  bukan along, ini cuma mau tolong' sebanyak RM15k.
jadi dengan lulusnya ujrah ini, aku hanya membayar sebanyak RM16.5k sahaja.
kalau tak, bayar lah kau RM21k.
say what??!!!
21k la mangkok!
ok bye.

baik kan PTPTN ni?? =))
dapat email diluluskan, tapi dengan bersyarat.
if document yang aku hantar ni sume 'pass'
maka pass la aku untuk membayar RM16.5k =)
moga dipermudah kan urusan.
bnyk hutang aku ni.
itu pun belum masuk degree lagi.
mintak-mintak degree pun ada ujrah ni nanti =)
ringan sikit beban.

jadi kawan-kawan.
rajin-rajin kan lah diri tu
kalau nak bayar hutang sikit je =)
renung-renungkan & selamat beramal
bye.

Thursday, August 18, 2011

oh tidak

adoi.
lately ni kerap sangat kene selsema.
arhhggg!
tak suka tak suka.
sakit hidung dan kepala.
adoiiyaii.

oh ya.
gamat aku ade sudaa.
hahaha.
naik dungun kena buat bekalan bnyk2 ni.
bye

Akhirnya..

kita hampir ke 10 malam terakhir ramadhan.
memang saat yang aku nanti-nanti kan.
seingat aku, sepanjang aku berpuasa tatkala sudah baligh.
aku tak pernah dapat malam 10 terakhir ini.
sedih kan?
memang. dan tahun ni, alhamdulliah.
insyaallah aku dapat mencari nya.
malam Lailatulqadar.
memang satu rahmat yang sangat besar pada aku.
walaupun kitaran haid aku masih 'pening-pening lalat'.
dan, walaupun selepas 15 hari, dia ada lagi sikit2.
tapi da kire darah kotor bukan?
so aku sudah boleh mengejar apa yang aku idam kan dari dulu lg.
dulu setiap 10 malam terakhir Ramadhan, aku tak mampu buat apa-apa.
melainkan berzikir saja dalam hati, dgn harapan.
harapan ape?
adalah.haha. sukanya dapat saat-saat ini.
moga Allah perdengarkan apa yg aku hajati.
mohon sangat-sangat.
hmm..

bersyukur sangat dapat menikmati saat ini.
tak sabar rasanya menanti 10 malam terakhir.
thank you Allah =)

bye =)

Tuesday, August 9, 2011

6! again

bersin tak habis-habis.
aku rasa resdung ni datang balik la.
hurm..nanti kat Dungun kena cari jugak menda ni.
GAMAT HEALIN : IMUNOL
terbaik dari ladang.
sebab dah bertahun-tahun tak makan ni.
resdung pun macam nak datang balik.
makcik aku kat Singapore tu suh operate.
tak nak aku.
resdung je kot.
tak kan sampai operate.
takut aku! haha.
tak kira. naik sem ni nak li jgk Imunol ni.
sang jerawat pun da naik ni.
haish. tak suka tak sukaaaa!
ini boleh mendatang kan parut di muka i...
oh tidakkkkk (gedix)
ok. bye.

Monday, August 8, 2011

6!

my nose is running
and of course sore throat as well.
but not very well huh.
aaaarrrgghhhh!
i really hate this!

Saturday, August 6, 2011

mengantuk

ok. tajuk aku hari ini adalah seperti diatas.
bulan-bulan puasa ni tak elok tidur kan?
tapi nak buat macam mana? mata macam kena gam.
lebih-lebih lagi bila bulan merah datang =)
tika 1st day puasa, aku poyo-poyo bangun sahur.
semangat lah katakan.
tengah hari je...teeetttttt!
tak akan sah puasa aku tuh.
paling kurang pun sepuluh hari.
haish! penat rasa badan bila bulan merah ni.
walaupun aku tak buat apa-apa.
aku cuma baca buku English aku je.
nak biasakan diri. next sem blaja writing plak.
last sem dah penat berspeaking kan.
so, aku kena banyak membaca untuk memantapkan lagi English aku.
dari aku tak buat pape kan?
namun, buku, kau memang sinonim dengan ubat tidur =)
zzzzzz
haha. entah pahala apa lah aku dapat awal-awal Ramadhan ni.
tawakal saja lah. zikir kuat-kuat dalam hati.
biar terang dan tenang.
tak kira lah bulan merah atau tidak.
aku tetap nak merebut hadiah di bulan barakah ini
bye =)

Thursday, August 4, 2011

it is all 'bout guys

lelaki lelaki dan lelaki.
semua nya lelaki.
semua keinginan atau impian yang sang wanita harapkan,
ada pada sang lelaki ke??
tentu kau orang semua pernah terbaca tentang puisi atau madah ini:

 Lelaki yg BAIK ---> lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNya.
-Lelaki yg COMEL ---> lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid.
-Lelaki yg SWEET ---> lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah.
-Lelaki yg ROMANTIK ---> lelaki yg mnghadiahkan sebuah doa setiap hari.
-Lelaki yg CHARMING ---> lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat.
-Itu lah LELAKI yg menjadi igauan wanita .. InsyaAllah.. =)


haa..
pernah kan??
kesian sang lelaki.
memang betul, dan tidak aku nafikan.
bahawa lelaki lah pemimpin kita.
lebih-lebih kepada sang wanita.
pemimpin kepada keluarga.
pemimpin kepada negara.
bahkan pemimpin kepada bangsa dan agama.

tapi tidak kah kita sang wanita juga perlu berdikari?
kata lain nya, berdiri di atas kaki sendiri?
aku pun tidak menafikan itu lah ciri-ciri lelaki idaman aku.
namun mereka juga manusia yang tidak sempurna.
bukan semua sang pujangga di luar sana tu beriman.
untuk bersiap menghadap Nya,
bukan kah elok jika kita sendiri juga berusaha.
tak perlu menunggu sang lelaki yang beriman.
betul tak?
tak salah kira nya kita sang wanita,
membimbing mereka yang kurang bimbingan agama nya.
kerana kita di dunia ini saling memerlukan.
jadi tak perlu lah bergantung kepada sang teruna itu sahaja.
kesian pulak kat mereka tu =P

tu pada pandangan aku lah.
ye lah. kita semua manusia.
tak akan lepas dari melakukan kesilapan.
namun jangan jadikan itu sebagai alasan.
alasan untuk kita terus melakukan kesilapan.
jangan sekali-kali.
walaupun manusia ni penuh dengan alasan.
kan??

bye =)