tajuk macam jiwang kan? tapi bukan nak cerita mengenai jiwang-jiwang nih. ceritanya bermula daripada masalah. dan masalahnya berpunca daripada mana pun aku tak tahu. banyak sangat perkara yang buatkan aku kecewa dan tertekan. dan disebabkan itu lah, susah untuk aku luahkan perasaan dan masalah. aku tau semua sibuk dengan hal masing-masing. mungkin itu juga penyebab kenapa aku memendam rasa.
sampai sekarang aku tak tahu nak bercerita pada siapa. aku selalu takut. takut aku cerita pada orang yang salah. bukan aku tak nak berhubung dengan kawan-kawan aku. my bunga tercinta. and my friends in JB. tapi aku nak bercerita pada seseorang yang boleh berada di depan aku. seseorang yang boleh mentafsir hati dan perasaan aku. seseorang yang boleh nampak betapa sakitnya atas apa yang aku alami. tapi, siapa yang sudi kan? ramai kawan di sini aku rasakan kawan yang masa senang je muka-muka dia ada. bile susah atau dapat kawan baru, kawan lama dilupakan.
ya. aku faham kamu yang rapat dengan aku sedang sibuk dengan urusan kamu. tapi entah kenapa aku masih berkecil hati. mungkin aku menjadi terlalu sensitif disebabkan banyak sangat perkara yang aku pendam? 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. mungkin silap aku ialah buat baik tidak berpada-pada. mungkin. itu tidak pasti. siapa aku untuk mengatakan diri aku baik dan suka buat baik pada org? mungkin aku juga yang terlalu emosi. tapi, aku jadi begini kerana terlalu lama tertekan dengan keadaan yang kamu semua cipta.
aku jadi letih. ya letih. hmmm =(
even dalam tulisan pun, masih tak terluah apa yang hendak aku ceritakan.
my dear..somehow kita pendam terlalu lama, jd semakin berat.x tertanggung kan.hmm..
ReplyDelete