Sebahagian hati yang kosong. Kekosongan inni terserah pada kita untuk mengisinya dengan rasa benci, marah, kasih sayang, dendam, sangsi dan sebagainya. Ianya terpulang pada diri kita untuk memenuhi ruang hati kita.
Namun untuk diri ku. Aku ingin mengisi kekosongan ini dengan semua rasa. Rasa pahit dan manis nya kehidupan di bumi Allah ini. rasa masam dan masin nya kehidupan ini. Tapi...macam mana pula rasa masam dan masin nya kehidupan ini? ahaks. Terpulang pada anda untuk menafsirkan rasa dan perasaan anda sendiri. Anda yang rasa. Dan orang lain tidak boleh rasa apa yang sebenar-benarnya anda rasa. Begitu juga pada diri aku. Betul kan? *muka innocent
Dengan pelbagai perasaan yang memenuhi kekosongan tersebut, dapat mematangkan lagi kita. Insyaallah. Macam masakan. cukup rasanya. Amat sedap di lidah kita, penuh la perut kita, maka suka dan bahagia lah kita. Bukan ke orang kata kenyang perut suka hati..?? Pada aku bila cukup semua rasa ini, tidak lah boring sangat kehidupan ini. Sebab semua rasa kita telah 'miliki'.
Cuma bila ruang kosong itu terus kosong. Itu lah orang kata, jiwa kosong. Ya, betul. Dengan berzikir, Insyaallah kita tidak akan rasa kekosongan itu. Kerana dengan zikir, kita rasa betapa indahnya zikir, betapa dekatnya Allah dengan hambaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa dekat dengan hambaNya. Cuma kita saja tidak mengendahkan Pencipta kita, sama ada secara tidak sengaja mahupun sengaja.
Dan jika kekosongan hati ini aku isi hanya dengan rasa benci dan marah. Bodohlah aku. Bukan niat aku untuk menyakiti diri sendiri apatah lagi orang lain. Dan aku tidak juga membiarkan rasa ini menguasai diri aku. Cuma pada aku, aku lebih selesa dengan cara aku. Cara yang sebegini. Yang mereka diluar sana tidak akan faham. Susah bagi mereka untuk faham. Mungkin kerana ada dinding atau tembok. tembok yang makin hari makin meninggi. Tembok Keegoan. Aku bukanlah seego itu. Aku cuma masih menyimpan rasa kecewa. Dan aku semakin selesa dengan kekecewaan ini. Tindakan aku akan selalu bersahaja. Di hati? Tuhan yang tahu dek nonnnnn.
Ruang kekosongan ini telah ku isikan dengan sebaiknya. Anda pula bagaimana? Jangan biarkan ianya terus kosong. Apa yang penting, cintakan dan sayangilah Pencipta kita. Jatuh bangun kita, memang atas usaha kita. Namun semua itu dengan izin dariNya. Baru-baru ini terlihat satu rancangan. Denyutan nadi kita pun terukir kalimah Alif Lam Lam Kha..ALLAH. Subhanallah...Betapa kita ini milik Allah.
Oh ya, entry ini aku terilham pula selepas mendengar lagu Kosong by Najwa Latiff. Bukan aku tidak pernah dengar. Selalu dengar. Namun hari ini je, tetiba terdatang idea untuk menaip di blog aku yang tak seberapa dan entah apa-apa ini. *yawn....muke sememeh
Oh ya, entry ini aku terilham pula selepas mendengar lagu Kosong by Najwa Latiff. Bukan aku tidak pernah dengar. Selalu dengar. Namun hari ini je, tetiba terdatang idea untuk menaip di blog aku yang tak seberapa dan entah apa-apa ini. *yawn....muke sememeh
Sumber ilham yang kedua ialah movie Cinta Vlog. Aku tengok kat u-tube je. Sebab ada Maria Elena. Ahaks *gediksss
Ok lah. Salam MC dari aku hari ini.
(sakit-sakit tak datang kerja tapi boleh tulis blog,tgk movie???WTF???!!)
Byeeeeeeee (sambil lari-lari anak)
No comments:
Post a Comment