Monday, August 6, 2012

#1 : Practical

AWAS! ENTRY AGAK PANJANG.

day 1: serabut sikit

aku sampai di bangunan Wisma TM Tmn Sentosa jam 7 pagi. 1 jam terlebih lebih awal nya untuk masuk ke office. nak buat macam mana, dah ayah aku kerja masuk pukul 7 pagi. tuju ke bangunan Landmark dahulu untuk ayah ku punch gunalan. eh, punch card. =P
kemudian, baru hantaar aku ke tempat kerjaku pula. ah, tak kisah la awal pun, daripada kene menapak naik 2kali bus, dan kawasan tu bahaya sikit. banyak kes ragut. baik pergi dgn ayah, sampai je, masuk bangunan TM, mesra-mesra lah dgn pak guard dan mak guard di sana. apa ada hal....

di loby, ketika menunggu sehingga pukul 8, berkenalan dgn seorang pemuda comel bernama Ismail. borak-borak lah kami..jam tepat pukul 8, kami pun naik lift bersama menuju ke level 4 untuk daftar diri di HR. hal Ismail di 'settle' kan dulu. kami pun berpisah...(padahal sama office, still nampak lagi muka dia. cuma dia dah dapat meja, dan aku, masih perlu menunggu penyelia ku masuk).

sampai la pukul 9 aku tunggu, seorang lagi jejaka datang menegur. nampak matured. mmg matured pun. 26 umurnya. sambung degree lambat sikit, kerja dulu katanya. bnyk jugak dia berkongsi pengalaman nya. oleh kerana penyelia kami tak masuk2 lagi, kak Siti, staf HR, bersama 2 orang praktikal di bhgn HR meletakkan kami di Consumer Sale. aku teragak-agak sebab bhgn tu more to marketing. sesuai lah dgn pemuda tadi. Faiz namanya, degree in Marketing. setelah berbincang dgn big boss di Consumer Sale, tuan haji tersebut nasihatkan aku untuk memilih OSHE or Procurement setelah beliau meneliti resume aku. hah! tu baru betul sesuai dgn bidang aku... =) (kejadian di level 3)

aku pun naik semula di level 4 untuk minta penukaran. budak HR yg praktikal tu kata, bila dah ditetapkan tak boleh minta tukar. aku terangkan yang aku perlu buat thesis. lelaki tersebut Nizam masih cakap perkara yang sama. tidak boleh. aku terus bertegas untuk jumpa dengan penyelia aku yg pertama. jawapan nya "oh, en. kahar cuti 2 hari" aku pun decide nak jumpa penyelia bahagian OSHE pula. Nizam, "die ada urusan di luar" aku mmg tak putus asa. "boleh saya jumpa Pn. Maria?" Pn Maria ketua di bahagian HR. Nizam," awak tggu sekejap ye" "maaf la sebab menyusahkan Nizam, but I have too" . "tak apa..tunggu ya." agak tegang la masa tu. sebab muka aku dah berkerut. dah fikir nak cari tempat lain trs. hahaha!
tiba-tiba dapat surat yg aku dah ditempatkan di OSHE. hah..kan senang..nmpk sgt mula-mula tu xnk layan aku..hehe..nasib aku tegas sikit td =)

OSHE dibahagian yg sama dgn HR. nasib la aku ni peramah jugak orangnya =P
jadi keadaan tegang tadi tu, lupakan je lah...kami pun dah happy & saling berkenalan, bertukar-tukar nombor telefon. kerja pertama ku??? menghiasai pejabat sempana Raya yg bakal tiba. tak apa lah, sebab supervisor aku pun, ada urusan luar. so, enjoy that moment! 1st day aku dah buat mcm office sendiri.
ok lah kan..hehe...


^__^/

2 comments: