Monday, August 20, 2012

Khianat

::It's better to be hurt by the thruth, than comforted by a lie::

ayat ini ku lihat di laman mukabuka rakan sekelas ku,Bai Amat Intelligent. 
haha. sempat lagi aku nih..tatkala melihat status nya, memang benar apa yang dikatakan atau di'quote' kan olehnya. tapi apakan daya, orang disekeliling ku masih menipu. walau ada yang menyokong nya, namun tak mengapa. siapalah aku di mata kasar mu itu. yang pasti, aku hanya hamba Allah yang kerdil. yang tak lepas dari melakukan kekhilafan. namun, itu bukan alasan untuk aku sentiasa membuat silap.

di hari yang mulia ini, hari raya tidak bermakna bagi ku. seperti tahun-tahun yang lepas. kemeriahan dan keghairahan untuk menyambut nya kian pudar. entah kenapa. namun ditambah pula dengan perasaan yang tidak enak ini. satu perasaan yang sangat sakit. sehingga airmata ku melimpah keluar dari kelopak mata ku yg sepet sikit ni. 

perasaan apa? apa yang anda rasa jika ditikam dari belakang? dikhianati? ditipu? aku dikhianati oleh orang yang aku percayai, hormati, malah aku sayangi mereka. mereka? ramai kan maksudnya. aku pernah putus kawan, putus cinta. dan kini aku rasai nya kembali. pabila kawan-kawan ku mengkhianati ku. aku merasai lagi kesakitan itu. dan kali ini menjadi terlalu sukar untuk aku luahkan. dan aku menjadi seorang yang pendendam. ya, dendam itu wujud. mungkin istilah dendam itu tidak sesuai. namun, itu yang aku rasakan. 

dan aku jua merasa yang aku tidak patut mempercayai kalian lagi. sakit hati pabila aku mendahulukan kau dalam apa jua keadaan, namun kau membelakangi aku dalam apa jua keadaan. aku tak minta balasan atas setiap perbuatan baik ku. namun aku jua manusia biasa. jika kau tak mampu nak membalasnya dengan intan dan permata, jangan lah pula kau bagi ku racun sebagai balasan. aku tidak tahu sama ada kau sedar atau tidak setiap tingkah laku mu itu. namun sebagai kawan, kau patut sedar sendiri tanpa aku menegur mu. dan tolong, jangan jadi kan alasan, 'kata kawan, sepatutnya tegur aku' TIDAK. aku sudah bosan untuk menegur. buka mata dan minda mu, teman. 

kerana jika aku mula bersuara, itu tandanya aku nekad untuk memutuskan bahawa kau bukan kawan baik ku lagi. kau bukan sebahagian dari hidupku lagi. aku tidak akan ingat kau dikala susah, senang apatah lagi. namun kau jenis kawan yang susah baru nak cari aku kan? tapi aku tak pernah kisah. dan 'tak kisah' aku itu, sudah sampai batasnya. mungkin hal ini mudah dan perkara kecil bagimu. tidak mengapa, aku masih bisa tersenyum...

dan bila aku mula bersuara, sebarang penjelasan, sudah tidak bermakna. teruskan lah dengan kehidupan kau. semoga terhibur memainkan dan memperlekehkan perasaan kawanmu. terima kasih kerana membelakangi aku tatkala aku terlalu sayang dan risau padamu. tiada apa yang mampu ku balas di atas perbuatanmu. hanya Allah yang mampu membalasnya. aku mungkin sudah memaafkan, namun tidak untuk aku melupakan. cukup lah dua kali kau membuatku begini. dan aku, masih cuba untuk menyenang kan hati kalian. HIPOKRIT kah aku? ya. kerana aku tidak terdaya untuk meluahkan rasa marah. kerana hati ku, CUKUP KECEWA. orang yang ku harapkan, ...... hmm. aku sudah kehilangan kata-kata. hanya mampu menggelengkan kepala, tunduk, dan bersedih, dengan sikap mu.

memang payah untuk kita mencari teman dunia akhirat. walaupun aku sudah jumpa. namun orang nya bukan mereka. dan aku bersyukur. namun aku tidak mahu berdosa hanya kerana memutuskan silaturrahim, mereka akan jadi kawan yang umpama ombak di lautan, yang datang dan pergi. yang menghempas pasir dan membawa pasir tersebut jauh ke tengah lautan. 

trauma. itu lah yang aku alami. sedih. itu lah yang membuat airmata ini menjadi kering. kecewa. itu lah yang ku rasa bila dikhianati. ah, sudah la. bukan aku tak pernah lalui perkara sebegini. namun, aku tetap sedih kerana, kenapa aku perlu mengalaminya lagi? adakah sepanjang hidup ku, aku akan jumpa kawan yang selalu mengkhianati aku? minta dijauhkan Ya Allah...

petikan dari blog yang aku baca:

Jika itulah yang berlaku, kita sebenarnya sedang memberi kemenangan total kepada orang yang mengkhianati kita. Dia akan berjaya memporak-perandakan kehidupan kita berkali-kali. Jangan biarkan dia menang. Sebaliknya, berhentilah mengenang perbuatannya. Jauhkan diri dan berhati-hati dengan ’gunting dalam lipatan’ ini.

Tetapkan satu jarak yang jauh tetapi jangan memutuskan. Sekiranya tidak mampu melupakan, tidak mengapa, tetapi belajarlah memaafkan. Jangan membalas. Jangan kita mengkhianati diri sendiri hasil pengkhianatan orang kepada kita!

Begitulah orang yang menikam kita dari belakang… kerana dia hakikatnya lemah, penakut dan tidak punya keyakinan diri untuk bertarung secara berdepan!

Jaga hati agar sentiasa lurus dan tulus. Jaga perlakuan agar sentiasa diikat oleh syariat. Jika itu telah dapat kita usahakan… pengkhianatan akan dapat kita hadapi dengan senyuman. Strategi liciknya akan membelit dirinya sendiri. Dan dia akan terjerumus dalam lubang yang digalinya sendiri!

Kita? Biarlah tetap menjadi hamba Allah. Tetapi menjadi raja kepada diri kita sendiri!
dan aku, menjadi teman sejati, sahabat baik, kepada diri ku sendiri.
bye.

No comments:

Post a Comment