Tuesday, September 18, 2012

HiDuP & KeHidUpAn

bernafas, nadi masih berdenyut.
ya. aku masih hidup. kita masih hidup.
dan inilah kehidupan yang aku perlu lalui ketika hidup.

bicara soal hidup.
setiap yang hidup, yang bernyawa.
pasti akan pergi menyambut panggilan Ilahi.
tatkala panggilan itu diterima, tiada yang dapat menghalang.
itulah kehendakNya.

kita sedih bila kita fikir insan yang kita sayang pergi meninggalkan kita.
pergi yang tak akan kembali.
namun bila pula tibanya masa untuk kita?
semestinya kita tidak pernah akan tahu.
cuma sudah bersediakah kita untuk menghadapNya?
aku masih belum.
banyak lagi perkara di dunia fana ini yang aku belum capai.
banyak lagi perkara di dunia fana ini yang aku belum selesaikan.
terlalu banyak.
beban, tanggungjawab.
dan bukan semata hal duniawi, malah akhirat juga aku tekan kan.
tidak, aku tidak lupa.
kerana aku tidak pernah lupa yang aku juga akan pergi.
cuma masanya saja entah bila.

namun, ku berdoa.
ku panjat kan isi hati ku agar Kau mendengar dan sudi memakbulkan.
usia ku dan orang di sekelilingku di lanjutkan usianya.
dimurahkan rezekinya, dirahmati hidupnya.
tak kira di dunia mahupun di akhirat.

moga dalam aku mengenal erti kehidupan ini,
aku tidak sesat, takbur, lalai dan leka.
cuma kadang aku perlu ruang untuk penuhi kemahuan ku.
aku masih belum bisa menggalas tanggungjawab sepenuhnya.
ia nya akan mengambil masa.
perlahan-lahan aku akan mencuba sedaya upaya.
semoga rezeki ku juga dimurahkan, 
dan segala urusan dipermudahkan.
amin...

bye

No comments:

Post a Comment