Sunday, September 9, 2012

sebagai peringatan

"Janganlah kamu menyakiti hati sesama manusia, kerana Allah tidak akan meMAAFkan kamu selagi mana orang yang disakiti itu TIDAK memaafkan kamu"

Allah sendiri telah berfirman di dalam kitab suci,
yang kita sesama manusia perlu lah berbuat baik, saling bermaafan,
jangan saling menyakiti antara sesama umat Nya.
ya, kita sebagai manusia yang tidak sempurna, kerana hanya Allah yang Maha sempurna.
kita tidak lari dari melakukan kesilapan. 
namun, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita terus melakukan kesilapan.
alasan bodoh. alasan orang yang tidak mahu berubah.

dan aku.
aku memaafkan makhluk-mahkluk ini.
walaupun rasa marah masih ada. namun cukup la sampai di sini.
aku mendiamkan diri kerana masih lemah dan rapuh.
mungkin kalian tidak pernah merasa diperbodohkan, diperlekehkan oleh kenalan rapat.
semoga kalian tidak merasakan semua itu.
semoga kalian dilindungi. aku tidak meminta balasan yang buruk terhadap kalian.
namun, aku yakin. Allah Maha Adil.
dan aku tenang menghadapi semua ini.
kerana hatiku telah terubat.
namun jika Allah membalas perbuatan kalian di muka bumi ini.
semoga kalian terpukul dan sedar atas perbuatan kalian dengan manusia yang lain.
janji Allah itu pasti, balasan Allah itu benar.

dan kisah ini, sebagai peringatan kepada diri ku buat kedua kalinya.
semoga aku terus kuat dan bersemangat.
ampunkan aku ya Allah.
kerana aku terlupa apa yang aku harus ingat.
dan uji ku dengan ujian yang hampir sama.
dan Insyaallah, aku akan ingat kesilapan ku ini.

apa silap aku?
mudah sangat mempercayai dan menyayangi teman.
3tahun adalah waktu yang cukup singkat untuk berkawan sebenarnya.
tempoh itu bukan sebagai penentu, kita kenal hati budi mereka.
mereka tetap tidak mengenang jasa, tetap tidak sedar.
mereka saja yang betul.
ya, aku saja yang salah.
memang aku salah. salah berkawan.
salah dan silap aku yang paling besar.
hati aku umpama kaca yang retak.
dan aku tertarik dengan kata-kata ini.

aku belajar diam dari
banyaknya bicara.
aku belajar sabar dari
sebuah kemarahan.
aku belajar mengalah dari
suatu keegoisan.
aku belajar menangis dari
kebahagiaan.
aku belajar tegar dari
kehilangan.

namun, dengan izin Allah, aku tidak hirau akan kehilangan kalian.
tidak menguntungkan apa-apa jika aku teruskan.
dan buat apa jika aku teruskan hubungan yang penuh penipuan?
kawan lelaki lebih penting dari kawan perempuannya.
yalah, aku ni bukan manis mulut orangnya.
aku akui itu. namun, tidak mengapa.
hal ini ku tanam sedalam-dalamnya.
hati ku yang masih retak, semoga tidak terus pecah.
hubungan sesama manusia, cukup sampai disini.
aku tidak akan mengambil langkah lagi.
cukup lah aku mengalah dan biar diri diperbodohkan.
bak kata orang tu, aku tak perlu nak terangkan apa-apa.
malah kepada sesiapa pun.
cukup lah, Allah yang Maha Mengetahui atas apa yang aku lakukan ini.
namun, aku tidak akan memohon maaf. bukan salah aku.
hal ini harus aku tegak kan.
biarlah mereka yang merasa diri mereka bagus.teruskan lah.
kerana aku PENAT mengalah dan diam.

terima kasih atas penghargaan dan menghargai diri ku.
walau pun aku tak rasa begitu.
terima kasih dengan penipuan itu.
walau kalian tidak tahu bahawa aku telah mengetahui segalanya.
aku maafkan kerana takut Allah tidak memaafkan kalian.
ustaz juga berpesan, minta maaf dengan sesama manusia jika kamu berbuat silap dengan mereka.
bukan dengan Allah. melainkan kamu dah berusaha untuk meminta maaf.
barulah kamu bertawakal kepada Allah.

jadi aku putuskan. untuk memaafkan walau tanpa diminta.
aku juga yang tenang, hati pun lapang =)
hanya aku minta Ya Allah.
Ampuni dosaku selama aku hidup ini.
lindungilah aku dari mereka yang seperti ini.
aku sudah tidak mampu untuk mengatasinya Ya Allah.
cukuplah hanya aku memaafkan, namun jangan dipertemukan lagi Ya Tuhan.
selagi hatiku masih rapuh, jangan Ya Allah..
amin....amin...amin.....



No comments:

Post a Comment