Monday, August 27, 2012

Penat, Letih

hari ini.
penat tubuh badan.
penat juga fikiran.
penat juga menanggung perasaan ini.
penat dengan berita-berita yang tak sedap di dengar.

aku naik letih.
letih nak menjaga perhubungan dengan manusia.
lebih-lebih lagi manusia yang tak tahu menghargai orang.

hari ini aku letih. kerana duduk 8 jam dalam bas, dari Dungun.
terus pergi ke tempat kerja. dan nasibku baik kerana ketiadaan boss-boss.
Boss HR MC. Boss aku seperti biasa kerja diluar.
aku ambil sedikit kesempatan untuk..tidur!
haha..masuk bilik solat, tidur berbaring 15 minit sudah mencukupi.
sekurang-kurangnya tubuh ku dapat berbaring.
walau mataku sampai sekarang pedih,jerih. masih mengantuk barangkali.
alah. mengaku sajalah! memang aku mengantuk pun.

semoga aku terus sihat untuk buat thesis ku.
minggu depan akan ku alami perkara ini lagi..
tunjuk kan sekali progress thesis ku pada Prof.
tolong Ya Allah, aku nak A- pun jadilah untuk thesis ni.
Dekan kan aku lagi semester ini Ya Allah.
aku akan berusaha. cuma hari ini, aku mahu rehat sepuas-puasnya.
esok aku akan ada satu perbincangan OSHE dengan boss-boss aku.
tadi tengah hari aku dapat email daripadanya. berkaitan dengan website...
apalah yang mereka nak buatkan?
I think it is the time for me to get more serious in work. (selama ni dapat kerja senang2 jew)
dan hopefully, aku dapat jalankan thesis aku dengan terurus dan sempurna.

bye.

Monday, August 20, 2012

Man, I love this Man!

Karim Metwaly

check this out. I enjoy watched several from his video. his kind a....CUTE, FUNNY, CRAZY making faces. hahah..i think i fall in love with this guy. pprrffttt =P

bye =)

Khianat

::It's better to be hurt by the thruth, than comforted by a lie::

ayat ini ku lihat di laman mukabuka rakan sekelas ku,Bai Amat Intelligent. 
haha. sempat lagi aku nih..tatkala melihat status nya, memang benar apa yang dikatakan atau di'quote' kan olehnya. tapi apakan daya, orang disekeliling ku masih menipu. walau ada yang menyokong nya, namun tak mengapa. siapalah aku di mata kasar mu itu. yang pasti, aku hanya hamba Allah yang kerdil. yang tak lepas dari melakukan kekhilafan. namun, itu bukan alasan untuk aku sentiasa membuat silap.

di hari yang mulia ini, hari raya tidak bermakna bagi ku. seperti tahun-tahun yang lepas. kemeriahan dan keghairahan untuk menyambut nya kian pudar. entah kenapa. namun ditambah pula dengan perasaan yang tidak enak ini. satu perasaan yang sangat sakit. sehingga airmata ku melimpah keluar dari kelopak mata ku yg sepet sikit ni. 

perasaan apa? apa yang anda rasa jika ditikam dari belakang? dikhianati? ditipu? aku dikhianati oleh orang yang aku percayai, hormati, malah aku sayangi mereka. mereka? ramai kan maksudnya. aku pernah putus kawan, putus cinta. dan kini aku rasai nya kembali. pabila kawan-kawan ku mengkhianati ku. aku merasai lagi kesakitan itu. dan kali ini menjadi terlalu sukar untuk aku luahkan. dan aku menjadi seorang yang pendendam. ya, dendam itu wujud. mungkin istilah dendam itu tidak sesuai. namun, itu yang aku rasakan. 

dan aku jua merasa yang aku tidak patut mempercayai kalian lagi. sakit hati pabila aku mendahulukan kau dalam apa jua keadaan, namun kau membelakangi aku dalam apa jua keadaan. aku tak minta balasan atas setiap perbuatan baik ku. namun aku jua manusia biasa. jika kau tak mampu nak membalasnya dengan intan dan permata, jangan lah pula kau bagi ku racun sebagai balasan. aku tidak tahu sama ada kau sedar atau tidak setiap tingkah laku mu itu. namun sebagai kawan, kau patut sedar sendiri tanpa aku menegur mu. dan tolong, jangan jadi kan alasan, 'kata kawan, sepatutnya tegur aku' TIDAK. aku sudah bosan untuk menegur. buka mata dan minda mu, teman. 

kerana jika aku mula bersuara, itu tandanya aku nekad untuk memutuskan bahawa kau bukan kawan baik ku lagi. kau bukan sebahagian dari hidupku lagi. aku tidak akan ingat kau dikala susah, senang apatah lagi. namun kau jenis kawan yang susah baru nak cari aku kan? tapi aku tak pernah kisah. dan 'tak kisah' aku itu, sudah sampai batasnya. mungkin hal ini mudah dan perkara kecil bagimu. tidak mengapa, aku masih bisa tersenyum...

dan bila aku mula bersuara, sebarang penjelasan, sudah tidak bermakna. teruskan lah dengan kehidupan kau. semoga terhibur memainkan dan memperlekehkan perasaan kawanmu. terima kasih kerana membelakangi aku tatkala aku terlalu sayang dan risau padamu. tiada apa yang mampu ku balas di atas perbuatanmu. hanya Allah yang mampu membalasnya. aku mungkin sudah memaafkan, namun tidak untuk aku melupakan. cukup lah dua kali kau membuatku begini. dan aku, masih cuba untuk menyenang kan hati kalian. HIPOKRIT kah aku? ya. kerana aku tidak terdaya untuk meluahkan rasa marah. kerana hati ku, CUKUP KECEWA. orang yang ku harapkan, ...... hmm. aku sudah kehilangan kata-kata. hanya mampu menggelengkan kepala, tunduk, dan bersedih, dengan sikap mu.

memang payah untuk kita mencari teman dunia akhirat. walaupun aku sudah jumpa. namun orang nya bukan mereka. dan aku bersyukur. namun aku tidak mahu berdosa hanya kerana memutuskan silaturrahim, mereka akan jadi kawan yang umpama ombak di lautan, yang datang dan pergi. yang menghempas pasir dan membawa pasir tersebut jauh ke tengah lautan. 

trauma. itu lah yang aku alami. sedih. itu lah yang membuat airmata ini menjadi kering. kecewa. itu lah yang ku rasa bila dikhianati. ah, sudah la. bukan aku tak pernah lalui perkara sebegini. namun, aku tetap sedih kerana, kenapa aku perlu mengalaminya lagi? adakah sepanjang hidup ku, aku akan jumpa kawan yang selalu mengkhianati aku? minta dijauhkan Ya Allah...

petikan dari blog yang aku baca:

Jika itulah yang berlaku, kita sebenarnya sedang memberi kemenangan total kepada orang yang mengkhianati kita. Dia akan berjaya memporak-perandakan kehidupan kita berkali-kali. Jangan biarkan dia menang. Sebaliknya, berhentilah mengenang perbuatannya. Jauhkan diri dan berhati-hati dengan ’gunting dalam lipatan’ ini.

Tetapkan satu jarak yang jauh tetapi jangan memutuskan. Sekiranya tidak mampu melupakan, tidak mengapa, tetapi belajarlah memaafkan. Jangan membalas. Jangan kita mengkhianati diri sendiri hasil pengkhianatan orang kepada kita!

Begitulah orang yang menikam kita dari belakang… kerana dia hakikatnya lemah, penakut dan tidak punya keyakinan diri untuk bertarung secara berdepan!

Jaga hati agar sentiasa lurus dan tulus. Jaga perlakuan agar sentiasa diikat oleh syariat. Jika itu telah dapat kita usahakan… pengkhianatan akan dapat kita hadapi dengan senyuman. Strategi liciknya akan membelit dirinya sendiri. Dan dia akan terjerumus dalam lubang yang digalinya sendiri!

Kita? Biarlah tetap menjadi hamba Allah. Tetapi menjadi raja kepada diri kita sendiri!
dan aku, menjadi teman sejati, sahabat baik, kepada diri ku sendiri.
bye.

Wednesday, August 15, 2012

7th day practicum

Assalamualaikum youls...

diam tak diam sangat dah genap tujuh hari aku praktikal semalam.
so, hari ni hari ke lapan lah kan. tapi aku nak cerita kisah semalam.
bukan hari ni. sebab, suka hati aku lah!hahahaha

semalam, boss seperti biasa. tiada di office. memang dia banyak kerja di luar.
al-kisah, aku nak cerita yang aku tertidur je. baca-baca journal, tiba-tiba aku tersengguk.
eh, baru sedar aku tertidur?? senyum sorang-sorang di atas kerusi ku sendiri.
kerusi inilah yg menjadi saksi. hahaha =P

meja ku yg besar ini dibekalkan 2 buah kerusi.
kaki aku letak di kerusi yang satu lagi. huh, sedap betul. mana tak tertidur nya...
tangan je pegang journal, mata tutup rupanya..
sebelum tu memang aku dah mengantuk sangat dah. sampai naik juling mata menahan ngantuk ni.
tiba-tiba teringat pula semester 3 di kelas subjek OSH jika aku tak silap.
walaupun duduk di depan, mata ni mengantuk jeee. sampai juling-juling mata. =D
bila teringat saat dan tika itu, aku senyum sorang-sorang.
rindu pula nak belajar.
lumrah manusia kan? dah ada itu, nak ini. dah ada ini, nak itu pula.

bye =)
salam 1 TM ^_^

Tuesday, August 7, 2012

#2: Practical

Day 2: Buletin oh Buletin

hari ini aku hanya sibuk buat buletin OSHE. menarik jugak berita nya. namun, bak kata orang putih-putih tu.. a picture is worth a thousand words. hanya gambar-gambar dahulu yang diberi,  dan ada aku tersalah tafsir mengenai gambar tersebut. haha! dan sedikit coretan dari ku. hehe..rasa macam wartawan >.<

hari ini aku dan budak-budak office lain tak seriuh semalam. mungkin sebab masing-masing banyak tugasan. tugas aku tak banyak pun, sibuk edit gambar untuk masuk kan di dalam buletin, dan fikir nak buat apa untuk thesis. sambil-sambil itu, aku belajar semula OSH. haha..lupa sudaaa.

namun En Hashim boss a.k.a penyelia aku sangat baik. nak bagi buku, siap fikirkan topic untuk aku! aku dah kata nak buat ergonomic, cume belum fikir secara specificnya lah. tup, tup, dia bagi topic, idea! great!! you really help me boss! hehe..dia ajak berbuka bersama, dan sambung buat kerja bersama. tapi maaf lah boss, saya penat la asyik duduk je. memang rasa nak sangat balik. sebelum pulang, aku pesan nak pinjam buku ergonomic dia. dan dia suruh aku mesej dia as reminder. bila aku sampai rumah hampir pukul 6, aku pun mesej la boss sporting aku tuh...

aku  :  salam En Hashim, saya nak pinjam buku ergonomic ye nanti. please and tq =)
boss:  bila aku balik melaka, aku bagi kat kau.
aku: baik boss. selamat berbuka =)
boss: belum masuk waktu lagi lah. dan aku masih di office.

-.-' adoiyai..boss aku..boss aku..

okbye.

Monday, August 6, 2012

#1 : Practical

AWAS! ENTRY AGAK PANJANG.

day 1: serabut sikit

aku sampai di bangunan Wisma TM Tmn Sentosa jam 7 pagi. 1 jam terlebih lebih awal nya untuk masuk ke office. nak buat macam mana, dah ayah aku kerja masuk pukul 7 pagi. tuju ke bangunan Landmark dahulu untuk ayah ku punch gunalan. eh, punch card. =P
kemudian, baru hantaar aku ke tempat kerjaku pula. ah, tak kisah la awal pun, daripada kene menapak naik 2kali bus, dan kawasan tu bahaya sikit. banyak kes ragut. baik pergi dgn ayah, sampai je, masuk bangunan TM, mesra-mesra lah dgn pak guard dan mak guard di sana. apa ada hal....

di loby, ketika menunggu sehingga pukul 8, berkenalan dgn seorang pemuda comel bernama Ismail. borak-borak lah kami..jam tepat pukul 8, kami pun naik lift bersama menuju ke level 4 untuk daftar diri di HR. hal Ismail di 'settle' kan dulu. kami pun berpisah...(padahal sama office, still nampak lagi muka dia. cuma dia dah dapat meja, dan aku, masih perlu menunggu penyelia ku masuk).

sampai la pukul 9 aku tunggu, seorang lagi jejaka datang menegur. nampak matured. mmg matured pun. 26 umurnya. sambung degree lambat sikit, kerja dulu katanya. bnyk jugak dia berkongsi pengalaman nya. oleh kerana penyelia kami tak masuk2 lagi, kak Siti, staf HR, bersama 2 orang praktikal di bhgn HR meletakkan kami di Consumer Sale. aku teragak-agak sebab bhgn tu more to marketing. sesuai lah dgn pemuda tadi. Faiz namanya, degree in Marketing. setelah berbincang dgn big boss di Consumer Sale, tuan haji tersebut nasihatkan aku untuk memilih OSHE or Procurement setelah beliau meneliti resume aku. hah! tu baru betul sesuai dgn bidang aku... =) (kejadian di level 3)

aku pun naik semula di level 4 untuk minta penukaran. budak HR yg praktikal tu kata, bila dah ditetapkan tak boleh minta tukar. aku terangkan yang aku perlu buat thesis. lelaki tersebut Nizam masih cakap perkara yang sama. tidak boleh. aku terus bertegas untuk jumpa dengan penyelia aku yg pertama. jawapan nya "oh, en. kahar cuti 2 hari" aku pun decide nak jumpa penyelia bahagian OSHE pula. Nizam, "die ada urusan di luar" aku mmg tak putus asa. "boleh saya jumpa Pn. Maria?" Pn Maria ketua di bahagian HR. Nizam," awak tggu sekejap ye" "maaf la sebab menyusahkan Nizam, but I have too" . "tak apa..tunggu ya." agak tegang la masa tu. sebab muka aku dah berkerut. dah fikir nak cari tempat lain trs. hahaha!
tiba-tiba dapat surat yg aku dah ditempatkan di OSHE. hah..kan senang..nmpk sgt mula-mula tu xnk layan aku..hehe..nasib aku tegas sikit td =)

OSHE dibahagian yg sama dgn HR. nasib la aku ni peramah jugak orangnya =P
jadi keadaan tegang tadi tu, lupakan je lah...kami pun dah happy & saling berkenalan, bertukar-tukar nombor telefon. kerja pertama ku??? menghiasai pejabat sempana Raya yg bakal tiba. tak apa lah, sebab supervisor aku pun, ada urusan luar. so, enjoy that moment! 1st day aku dah buat mcm office sendiri.
ok lah kan..hehe...


^__^/

Sunday, August 5, 2012

ready kah aku?

yehaaa.
lama dah tak update blog ni kan?
if ayat 'cliche' dah berhabuk dah. ooo wat ever [gaya nabil]

check list:
1. beg- checked
2. shoes - checked
3. document penting - checked
4. telekung - checked
5. make up - errrr (garu kepala)

comment:
ok, yg no. 1,2 dan 5 ni buat aku pening sikit. beg yang mana la yang sesuai untuk aku bawak ke praktikal. but the most important thing is beg tu perlu lah mempunyai ruang yang luas untuk aku isi barang2 solat dan fail aku yang penuh dengan document penting. biasa girls kan bwk beg penuh dengan barang makeup je kannn. wat ever........[gaya aku sendiri]
kesudahannya..mak aku pun pening, dah macam-macam beg die bagi untuk aku pakai. yelah, aku tak dowh beg ladies nih. elak aku nak bawak beg pack je! bercamping lah di tempat kerja! haha! (its not funny ok) -.-' selongkar selagi mampu.....yezzzz! beg kakak ku lah jadi mangsa. pinjam ya sis ^___^ tq...

kasut..hmmm...aku punya la mencari kasut flat, yang sesuai..selongkar punya selongkar..tak jumpa jugak. maknanya apa?? TAK ADA LAH!!! so..pakai je lah wages yg ade. (tol ke aku eja ni aku pun tak sure)
nampak kurang formal..tapi..tibai je lah. ok la kot kasut tu..Insyallah.. ^___^

berkenaan baju. memang aku pakai baju kurung hari-hari. tiba-tiba teringat sesuatu. dulu, zaman dulu la. zaman diploma. pernah bercita-cita, ke kelas berbaju kurung setiap hari. nak belajar jadi perempuan sejati la konon nya. keputusan nya? MEMANG TAK LAA. ikut syarat je. isnin dan jumaat je aku pakai baju kurung tuh. sekarang. hambik kau Tiq! sila lah pakai baju kurung hari-hari. hahahahaha T_T [ketawa muka masam, macam mana tuh??]

so... physically dah ready. mentally? not really. mesti lah aku nervous sebab pertama kali nya bekerja di office. hopefully ok lah ^_*

ok bye. selamat berbuka!