Monday, August 27, 2012

Penat, Letih

hari ini.
penat tubuh badan.
penat juga fikiran.
penat juga menanggung perasaan ini.
penat dengan berita-berita yang tak sedap di dengar.

aku naik letih.
letih nak menjaga perhubungan dengan manusia.
lebih-lebih lagi manusia yang tak tahu menghargai orang.

hari ini aku letih. kerana duduk 8 jam dalam bas, dari Dungun.
terus pergi ke tempat kerja. dan nasibku baik kerana ketiadaan boss-boss.
Boss HR MC. Boss aku seperti biasa kerja diluar.
aku ambil sedikit kesempatan untuk..tidur!
haha..masuk bilik solat, tidur berbaring 15 minit sudah mencukupi.
sekurang-kurangnya tubuh ku dapat berbaring.
walau mataku sampai sekarang pedih,jerih. masih mengantuk barangkali.
alah. mengaku sajalah! memang aku mengantuk pun.

semoga aku terus sihat untuk buat thesis ku.
minggu depan akan ku alami perkara ini lagi..
tunjuk kan sekali progress thesis ku pada Prof.
tolong Ya Allah, aku nak A- pun jadilah untuk thesis ni.
Dekan kan aku lagi semester ini Ya Allah.
aku akan berusaha. cuma hari ini, aku mahu rehat sepuas-puasnya.
esok aku akan ada satu perbincangan OSHE dengan boss-boss aku.
tadi tengah hari aku dapat email daripadanya. berkaitan dengan website...
apalah yang mereka nak buatkan?
I think it is the time for me to get more serious in work. (selama ni dapat kerja senang2 jew)
dan hopefully, aku dapat jalankan thesis aku dengan terurus dan sempurna.

bye.

2 comments:

  1. best la da de tajuk..da siap prepare untuk thesis...aq xpkir pe pun ag..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...ntah la..aku cm pnt giler..ade tajuk pon, nk proceed cm xlarat dah..haha..ssh nye bt sorg2 research..

      Delete