Friday, November 30, 2012

APA GUNANYA..


Apa lagi..remove saja..hahahaaaa. Remove dari hidup kamu jika kamu mendapat kawan yang sebegini. Tiada salahnya untuk kamu merasa aman dan tenteram. Tiada salahnya untuk kamu merasa bahagia. Dan tiada salahnya untuk kamu menghindari mereka.

Saturday, November 10, 2012

LuPa

ada seorang teman mengatakan padaku. akan perkara yang aku juga telah lupa. lupa hal apa, bahkan lupa orangnya juga. haha. 'B' bukan nama sebenar. ahaks. padahal tak ada name pun aku letak kan??lalalala...

B: aku tengok dia orang tu berkomen-komen selamba badak je..macam tak ada pape pun berlaku. tak fikir ke dia orang pasal kau? hmm (mengeluh)

Aku: Eh, dia orang tu siapa? haha.. biar lah B. Allah tu Maha Adil. Aku pun dah tak fikir pasal dia orang tu. Nak buat apa fikir pasal orang yang tak menguntungkan aku kan?? Aku pun tak heran dah. Mereka fikir mereka betul. Teruskan je. There's nothing to do with me, with my life. Aku lagi suka buat hal aku.

End of conversation. Mungkin jawapan aku sudah cukup bagi kawan aku si B tu. Aku suka dia. Biarpun baru kenal, namun kenapa dia lebih memahami aku? Mungkin, fikiran dia lebih matang. Eh tidak. Memang dia berfikiran matang. Aku nampak itu sejak dari mula aku kenal. By the way, thanks concern pasal aku. And aku rasa tak perlu lagi kita naik kan isu dan nama-nama yang aku tak nak dengar tu. Aku rasa lebih lapang sekarang. ^____^

Monday, November 5, 2012

SeBeNarNya

kali ini pendek saja aku nak coretkan.
ok janji. pendek sangat.
sebenarnya aku malas, annoyed giler tengok kau.
tapi sebab orang asyik dok tanya je.
so far ni je lah yang aku boleh buat.
yang lain?? perlu ke aku pulak terhegeh-hegeh pada kau??
bak kata orang,
masa dah time.....

kbye.

ee...malas lah nak layan.

Thursday, November 1, 2012

Hati+Kosong?

Sebahagian hati yang kosong. Kekosongan inni terserah pada kita untuk mengisinya dengan rasa benci, marah, kasih sayang, dendam, sangsi dan sebagainya. Ianya terpulang pada diri kita untuk memenuhi ruang hati kita.

Namun untuk diri ku. Aku ingin mengisi kekosongan ini dengan semua rasa. Rasa pahit dan manis nya kehidupan di bumi Allah ini. rasa masam dan masin nya kehidupan ini. Tapi...macam mana pula rasa masam dan masin nya kehidupan ini? ahaks. Terpulang pada anda untuk menafsirkan rasa dan perasaan anda sendiri. Anda yang rasa. Dan orang lain tidak boleh rasa apa yang sebenar-benarnya anda rasa. Begitu juga pada diri aku. Betul kan? *muka innocent

Dengan pelbagai perasaan yang memenuhi kekosongan tersebut, dapat mematangkan lagi kita. Insyaallah. Macam masakan. cukup rasanya. Amat sedap di lidah kita, penuh la perut kita, maka suka dan bahagia lah kita. Bukan ke orang kata kenyang perut suka hati..?? Pada aku bila cukup semua rasa ini, tidak lah boring sangat kehidupan ini. Sebab semua rasa kita telah 'miliki'. 

Cuma bila ruang kosong itu terus kosong. Itu lah orang kata, jiwa kosong. Ya, betul. Dengan berzikir, Insyaallah kita tidak akan rasa kekosongan itu. Kerana dengan zikir, kita rasa betapa indahnya zikir, betapa dekatnya Allah dengan hambaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa dekat dengan hambaNya. Cuma kita saja tidak mengendahkan Pencipta kita, sama ada secara tidak sengaja mahupun sengaja. 

Dan jika kekosongan hati ini aku isi hanya dengan rasa benci dan marah. Bodohlah aku. Bukan niat aku untuk menyakiti diri sendiri apatah lagi orang lain. Dan aku tidak juga membiarkan rasa ini menguasai diri aku. Cuma pada aku, aku lebih selesa dengan cara aku. Cara yang sebegini. Yang mereka diluar sana tidak akan faham. Susah bagi mereka untuk faham. Mungkin kerana ada dinding atau tembok. tembok yang makin hari makin meninggi. Tembok Keegoan. Aku bukanlah seego itu. Aku cuma masih menyimpan rasa kecewa. Dan aku semakin selesa dengan kekecewaan ini. Tindakan aku akan selalu bersahaja. Di hati? Tuhan yang tahu dek nonnnnn.

Ruang kekosongan ini telah ku isikan dengan sebaiknya. Anda pula bagaimana? Jangan biarkan ianya terus kosong. Apa yang penting, cintakan dan sayangilah Pencipta kita. Jatuh bangun kita, memang atas usaha kita. Namun semua itu dengan izin dariNya. Baru-baru ini terlihat satu rancangan. Denyutan nadi kita pun terukir kalimah Alif Lam Lam Kha..ALLAH. Subhanallah...Betapa kita ini milik Allah.

Oh ya, entry ini aku terilham pula selepas mendengar lagu Kosong by Najwa Latiff. Bukan aku tidak pernah dengar. Selalu dengar. Namun hari ini je, tetiba terdatang idea untuk menaip di blog aku yang tak seberapa dan entah apa-apa ini. *yawn....muke sememeh

Sumber ilham yang kedua ialah movie Cinta Vlog. Aku tengok kat u-tube je. Sebab ada Maria Elena. Ahaks *gediksss

Ok lah. Salam MC dari aku hari ini.
(sakit-sakit tak datang kerja tapi boleh tulis blog,tgk movie???WTF???!!)

Byeeeeeeee (sambil lari-lari anak)

Monday, October 29, 2012

AduHai LaH DiRi..

hai lah nasib.. hai lah nyawa... hai lah badan...
entry kali ni nak mintak kesian sikit. sikit je.
tak banyak mana pun. alah, takat 20% pun boleh lah, no hal.
eee...kedekut lah kau orang ni!

*motip??

haha..ok. aku naik gila.
sebab??
jaga office dengan diri sendiri, diri sendiri dan diri sendiri.
dalam erti kata lain, aku KESEORANGAN!
kak Ina ada, tapi kurang sihat. so dia rehat lah dulu, baring,landing.
eh. Kahar outstation bersama puan Mariah.

al-kisah, aku tukang angkat call.
*Hello HR. Kak Ina rehat jap, ada apa-apa pesanan. ok, bye.
ini lah ayat lazim aku hari ini.
pagi tadi dah sok serabut check email boss aku si mail tu.
gara-gara pekerja TM accident, tidak dilaporkan kepada pihak OSHE.
pihak jabatan aku lah tuh! kerja tak tau procedure in case of emergency payah jugak ye??
(cakap kat diri sendiri ke Tiq??)

untuk hilangkan bosan, aku call la Fatin, ex-pracxtical HR.
chit chating.
then call Pn. Ruzaidah. tanya pasal sampling.
**oh ya. laju je lecturer comel2 cayang2 aku ni call semula. persoalan sudah ada jawapannya.
tidak lupa ayat lec ku ini.

"ha, sementara awak boring tu kan, awak pun boleh je la buat lucky draw untuk simple random sampling ni"

ahaks, agak-agak korg aku nak buat tak? print out list name, lipat-lipat kecik-kecik, tutup mata, amik! kau lah mangsa aku nak jawab questionnaire!! hahahahahahaha (gelak jahat)

cop. macam best je idea puan ni, saya nak buat! tapi lepas saya update blog =P

ok lah. mari melaksanakan Lucky Draw. dalam masa yang sama. kesian kan diri sendiri yang keseorangan di office ini. boss aku pun semua cuti...haihhhhh

***on the way nak post ni pon, ada 3 panggilan aku kena jawab. macam-macam pesanan..Kak Ina..nak kejutkan die ke idok ye??hadoi..kesian kat dia. dan kesian juga dekat aku. sebab aku bukan HR!! aku OSHE!!

tak apalah..demi pengalaman. *sigh
pengalaman angkat call....

bye!

Saturday, October 27, 2012

kek yang diniat untuk dijual

ala-ala paw kucing tak??hehe


for tester



hasil buatan aku dan kakak sulong ku.
*aku ada kakak lain ke. satu je kakak aku. ihik

aku niat nak jual kek ni.
ada jugak kuih2 lain yang bakal dibuat oleh aku dan kakak ku.
harga??belum berani nak letak.
orang tanya baru aku kasi tau.
ahaks.

bye. enjoy the view =P

Friday, October 26, 2012

Rahsia Ku

ada satu rahsia.
namun telah ku rungkai ia kepada mereka yang tertentu.
kerana tidak tertanggung apa yang ku rasakan ini.
sering aku keliru.
sering aku tidak tahu apa yang patut ku lakukan.
masalah tempat kerja, peribadi.
semak rasanya hidup ini.
namun ku cuba untuk tidak ambil peduli.
ceritaku bukan untuk pinta simpati dan ihsan pensyarah serta rakan ku.
cuma ku mohon, fahami dan selami aku sedalamnya.
insan yang amat ku sayang pun belum mengetahui hal ini lagi.
entah bila aku kuat untuk berbicara.
mungkin ini perkara biasa bagi mereka di luar sana.
namun, ianya tidak mudah bagi ku.

untuk sementara ini,
di blog ini. biarlah ianya dirahsiakan dulu.
akan tiba suatu masa.
aku sendiri merungkaikan nya di laman ini.

bye.

Saturday, October 6, 2012

HaKiKaT

"ok. dan memang, bukan mudah untuk ku menerima hakikat."

(lyric Zizan time rapping in Selamat Tinggal song)

haha. ya. aku pun tidak mudah untuk menerima hakikat.
hakikat yang aku sendiri tidak berapa pasti.
mungkin perasaan aku saja, imaginasi aku saja, atau aku menjadi terlalu sensitif.
aku rasa tidak dihiraukan oleh advisor aku.
sampai sekarang tiada sebarang berita mengenai proposal aku.
due date 14-18/10/2012.
dia suruh hantar awal so that, he can check and give me the chance to correct it before the final submission date. but then? damn.

penantian suatu penyiksaan beb!

lantas aku membuat keputusan untuk mengepos saja proposal aku tu.
even aku tak tau sama ada si advisor dah check thesis aku ke belum.
aku kecewa la. tak boleh nak terima. before defend proposal, aku dah hantar awal-awal questionnaire and proposal tu. but still, esok aku nak present, ari ni baru nak check, tgk.

if u'ollss la kan, ape yang u'ollss rasa jika berada dalam kasut i??
rase busuk-busuk je kan?? ahaks. damn it.

tapi tak apa. fine.. at least dia ada tengok jugak lah kan,,,,,,,,,,,,,,,, (mate ke atas tangan tarik telinge)

ni lagi satu yang buat aku tak puas hati.
after defend proposal, aku tak sempat nak habis bincang pasal questionnaire aku.
nak salah kan sape?? aku jugak ke? aku dah cakap dengan si dia bagi aku dulu sebab on that day aku tiket pulang ke JB aku pukul 2. kau pulak balik malam. why not settle on my Q'naire first?? then take your turn back. aku tau lah kau budak bijak, budak pandai, budak hebat. tapi please la. adoi...
aku jadi sakit hati tol lah. memang rasa nak salah kan dia je. yang prof plak macam lebihkan dia je. fine!

aku dah fed up!
my mom keep telling me to not giving up. you can do better than her.
haish. but still, after that, die dah boleh terus edar Q'naire untuk buat pilot study. aku??
sampai sekarang tergendala taw!

I AM VERY UPSET, PISSED OFF WITH HER! I THOUGHT WE ARE FRIEND!

ni lah hakikat yang aku kesal kan sekarang!

=( bye!

Friday, October 5, 2012

Friday Freak!

haloooooo

* muncung panjang *

ahahah..its Friday again!
seperti biasa...alhamdulillah ku masih bernyawa.
dan seperti biasa...katakan tak nak kepada BEKERJA!

SAY WHAAAATTTTT??!!!

betul laaa. tak nak bekerja. tak nak! tak nak!
hahahahaah (ketawa jahat)

Friday is the lazy day for me. very very lazy.
and this is the time for me to re-check my proposal and questionnaire.
I text my prof early in the morning. asking him whether he is alright or not so that I can make a phone call to him. yeah. he didn't reply. and yeah! I forgot. Terengganu-Friday-Holiday. prrffttt.

so, what to do??
I hope he is going to read and check my proposal and questionnaire that I've sent.
hopefully~~

*muka chumel, mata berkaca*

and as usually,,,the 2 of my bosses outstation..bhuahahahahahaha

ok bye -.-

Friday, September 21, 2012

If

if i'm no longer around,will u miss me?
if i'm no longer around,will u cry for me?if i'm no longer around,will u keep on remembering me?if i'm no longer around,will u feel my longing?if i'm no longer around,will u keep our memory?
b'coz i'm always around,u never feel the feeling of losing me..
b'coz i'm always around,u never really notice me..
b'coz i'm always around,u think i'll be there forever immortally..
b'coz i'm always around,u don't think i'm still n keep on longing..
well,nevermind..i'm always be the one who understand everything n holding the patience n the waiting..
but,honestly from me,i dont want u to shed a tears if i'm no longer around u,coz i'm definitely wont able to wipe it for u my dear





bye.

Tak Sedar Diri

aku marah.
ya memang aku marah.kecewa.sakit hati.
aku paling tak suka ditipu. dan manusia yang lebih kan lelaki.
lelaki itu lagi penting dari kawan kau ni.
lelaki itu lebih penting dari perasaan kawan kau ni.
yang paling penting.
aku sedar, aku dipergunakan.
dan bila aku ingat kembali. aku rasa diperbodohkan.
ada ke manusia yang suka diperbodohkan?? huh? ada??

aku dah bagi peluang itu.
aku dah tanya. kau tak nak mengaku.
berdolak dalih. kau tak tau kawan kau ni rasa diperbodohkan?
dalam masa yang sama, dua orang bodoh-bodohkan aku.
apa perasaan yang patut aku rasa masa tu??gembira ke??

aku diam, namun jangan fikir aku diam, aku bodoh.
aku tak tahu apa-apa.kau silap. tak payah nak buat innocent.
"apa salah aku?" kau tanya kat aku pun tidak kan.
kau tanya kat orang yang tak patut kau tanya.
makin buat aku rasa menyampah.
ego. bodoh sombong.
kau mintak petunjuk Dia??
Allah bagi petunjuk pada aku. dan aku yakin.
apa yang aku buat selama ni, betul.
buat apa aku nak sakitkan hati aku lagi.

aku sayang pada orang yang salah.
aku percaya pada orang yang salah.
dan itu kesalahan terbesar aku.
aku pantang orang tipu aku.
PANTANG.

dan ya. kau tak akan pernah faham aku lagi.
cukup sampai di sini.
bye.

Tuesday, September 18, 2012

HiDuP & KeHidUpAn

bernafas, nadi masih berdenyut.
ya. aku masih hidup. kita masih hidup.
dan inilah kehidupan yang aku perlu lalui ketika hidup.

bicara soal hidup.
setiap yang hidup, yang bernyawa.
pasti akan pergi menyambut panggilan Ilahi.
tatkala panggilan itu diterima, tiada yang dapat menghalang.
itulah kehendakNya.

kita sedih bila kita fikir insan yang kita sayang pergi meninggalkan kita.
pergi yang tak akan kembali.
namun bila pula tibanya masa untuk kita?
semestinya kita tidak pernah akan tahu.
cuma sudah bersediakah kita untuk menghadapNya?
aku masih belum.
banyak lagi perkara di dunia fana ini yang aku belum capai.
banyak lagi perkara di dunia fana ini yang aku belum selesaikan.
terlalu banyak.
beban, tanggungjawab.
dan bukan semata hal duniawi, malah akhirat juga aku tekan kan.
tidak, aku tidak lupa.
kerana aku tidak pernah lupa yang aku juga akan pergi.
cuma masanya saja entah bila.

namun, ku berdoa.
ku panjat kan isi hati ku agar Kau mendengar dan sudi memakbulkan.
usia ku dan orang di sekelilingku di lanjutkan usianya.
dimurahkan rezekinya, dirahmati hidupnya.
tak kira di dunia mahupun di akhirat.

moga dalam aku mengenal erti kehidupan ini,
aku tidak sesat, takbur, lalai dan leka.
cuma kadang aku perlu ruang untuk penuhi kemahuan ku.
aku masih belum bisa menggalas tanggungjawab sepenuhnya.
ia nya akan mengambil masa.
perlahan-lahan aku akan mencuba sedaya upaya.
semoga rezeki ku juga dimurahkan, 
dan segala urusan dipermudahkan.
amin...

bye

Saturday, September 15, 2012

Secret, Titanium


SECRET
I need another story

Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess



Tell me what you want to hear
Something that'll light those years
Sick of all the insincere
I'm gonna give all my secrets away



This time
Don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away




TITANIUM
You shout it out,
But I can't hear a word you say
I'm talking loud not saying much
I'm criticized but all your bullets ricochet
You shoot me down, but I get up

I'm bulletproof, nothing to lose
Fire away, fire away
Ricochet, you take your aim
Fire away, fire away
You shoot me down but I won't fall
I am titanium
You shoot me down but I won't fall
I am titanium

Cut me down
But it's you who have further to fall
Ghost town and haunted love
Raise your voice, sticks and stones may break my bones
I'm talking loud not saying much



those lyrics really meant something to me.
I do have secrets, but I am 'titanium'.
the combination of those song.
that's suits me very well.

enjoy the video.
those video are really cool ^_^
daa.

oh ya. this girl not only pretty, but got talent.
right? and this one is also my favorite.
bye ^_^

Friday, September 14, 2012

Friday For Free

yeay!
it's friday!~ fri~day~!
hahah...
serronok betul bila hari jumaat ni.
sebab apa? sebab last bekerja, sebab di office pun boss semua tak ada.
so lunch hour ni kami semua berjalan-jalan di KSL.
window shopping saja k. haha..even ada duit, tapi nafsu ku hanya untuk mu s advance!
lalalalalaaa~

oh ya.
sebelum lunch hour, aku dan fatin tak ada kerja.
jadi kami pun......
salah, aku pun buat toturial shawl kat dia.
sebab diorang suka tengok cara aku pakai tudung dan shawl.
jadi, aku ajar lah apa yang aku mampu..
hahaha..kat tempat kerja, dan disebabkan tiada kaum adam,selamba badak nya bukak tudung.
pusing sana belit sini.

ingat ya Fatin, ada empat cara shawl aku dah ajar..
akan datang kalau berkesempatan, kita buat lagi.
hahahahahaa
seronok badak sumbu aku hari ini ^_^
haish. tak dapat aku bayangkan.
bulan 12 aku akan keseorangan.
Nizam dah blah. Fatin bulan 10 ni. Miza bulan 11.
memang akan ada pengganti, namun mana sama kan?
hehe

dan sekarang.
aku melayan Maksim Mrvica.
siapa tu? cari la sendiri.
rindu akan kemerduan dan kenyaringan yang keluar dari jari jemari beliau.
ThePianoGuys pun not bad.
playing music by using technology.
see. alat music pun canggih taw ^^
kadang bila dengar music tanpa suara yang merdu juga sudah cukup menghiburkan aku =)

bye.

Alone

alone and feeling lonely.
same meaning but different situation.
when you are alone, you might feeling lonely.
normal people should be lonely for that. (palm face)
but sometimes, when you are not alone, there's a friends around you.
family, or maybe your pets, but deep inside your heart.
you feel the loneliness.
now that makes the different.

right now these kind of question keep distract my mind.
"AM I ALONE IN THIS FIGHT?"

living this life kind a "fighting" things for me.
but on a second thought, i love to fight. even though it may hurt me, makes
me feeling exhausted, bla bla bla.
but, this is life right?
fight for your life. not love. but live your life with love and passion.

but now I wanna take a break.
leaving those stress.
just wait with the new me.
it will be coming soon. (smile face)

lots of love,
TiQ

bye.

Tuesday, September 11, 2012

Mungkin?

mungkin tak ada makna nya aku di TM ini.
mungkin aku kena cari kerja part-time.
hanya untuk mengisi masa terluang.
rugi betul bila ada 3 bulan lagi masa terluang ni.
baik aku cari kerja yang gaji tidak seberapa, penat pun tidak seberapa.
itu lagi berbaloi. dapat jugak aku duit.
di TM ni, ilmu kurang, duit langsung tak dapat.
apa pun tak boleh la.

i am wasting my time.
i think so.
sangat banyak masa terluang.
hingga thesis aku hampir 85% siap.
teman semua berkata 'cepat giler ko buat...'
bro's and babe's. wa banyak sangat masa.
that's why la cepat siap.

minta izin dulu dengan family nak kerja part time.
ayat yang dijangka keluar,
"jangan lah dik..penat nanti"
"tok sah la dik..focus practical ni dulu k"
"adik nak duit ke?"

actually, aku nak sangat beli smart phone.
tapi dalam masa yang sama tak nak perhabih wit ptptn aku tuh.
so?? nantikan keputusan nya ^_^

bye.

Monday, September 10, 2012

kebosanan

sudah sebulan tiga hari aku berpraktikal.
namun pengalaman ku masih cetek dalam department ini.
yalah, Occupational Safety & Health Environment bukan boleh buat main.
dan aku pula bukan degree dalam course ini. aku Operation Management.
pada meeting lepas di Property Operation bersama kontraktor-kontraktor
TM dan orang-orang kuat TM.
telah membuka mataku. hati aku berkata, patut nya aku diletakkan di bahagian ini!
sesuai dengan bidang aku, handle project. namun mungkin disana tiada tempat
kosong untuk aku.
tapi aku sudah bosan disini.......!
elaun tak ada, kerja kurang, aku rasa macam apa pun tak boleh (aptb).
buang tenaga, masa aku je.
dan hari ini, bukan setakat big boss(En. Hashim) saja tak masuk,
pengganti boss (En. Ismail) juga tak masuk.
apa guna aku datang kerja? buat thesis Tiq... ok fine...

ahh..sungguh aku bosan tahap gaban o_o, x_x
bye

Sunday, September 9, 2012

sahabat


semoga dia sudah berada di sisi kamu.
semoga kamu tidak sia-sia kan dia.
semoga kamu pandai menghargai dia.
semoga kamu benar-benar menjumpai dia.

sebagai peringatan

"Janganlah kamu menyakiti hati sesama manusia, kerana Allah tidak akan meMAAFkan kamu selagi mana orang yang disakiti itu TIDAK memaafkan kamu"

Allah sendiri telah berfirman di dalam kitab suci,
yang kita sesama manusia perlu lah berbuat baik, saling bermaafan,
jangan saling menyakiti antara sesama umat Nya.
ya, kita sebagai manusia yang tidak sempurna, kerana hanya Allah yang Maha sempurna.
kita tidak lari dari melakukan kesilapan. 
namun, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita terus melakukan kesilapan.
alasan bodoh. alasan orang yang tidak mahu berubah.

dan aku.
aku memaafkan makhluk-mahkluk ini.
walaupun rasa marah masih ada. namun cukup la sampai di sini.
aku mendiamkan diri kerana masih lemah dan rapuh.
mungkin kalian tidak pernah merasa diperbodohkan, diperlekehkan oleh kenalan rapat.
semoga kalian tidak merasakan semua itu.
semoga kalian dilindungi. aku tidak meminta balasan yang buruk terhadap kalian.
namun, aku yakin. Allah Maha Adil.
dan aku tenang menghadapi semua ini.
kerana hatiku telah terubat.
namun jika Allah membalas perbuatan kalian di muka bumi ini.
semoga kalian terpukul dan sedar atas perbuatan kalian dengan manusia yang lain.
janji Allah itu pasti, balasan Allah itu benar.

dan kisah ini, sebagai peringatan kepada diri ku buat kedua kalinya.
semoga aku terus kuat dan bersemangat.
ampunkan aku ya Allah.
kerana aku terlupa apa yang aku harus ingat.
dan uji ku dengan ujian yang hampir sama.
dan Insyaallah, aku akan ingat kesilapan ku ini.

apa silap aku?
mudah sangat mempercayai dan menyayangi teman.
3tahun adalah waktu yang cukup singkat untuk berkawan sebenarnya.
tempoh itu bukan sebagai penentu, kita kenal hati budi mereka.
mereka tetap tidak mengenang jasa, tetap tidak sedar.
mereka saja yang betul.
ya, aku saja yang salah.
memang aku salah. salah berkawan.
salah dan silap aku yang paling besar.
hati aku umpama kaca yang retak.
dan aku tertarik dengan kata-kata ini.

aku belajar diam dari
banyaknya bicara.
aku belajar sabar dari
sebuah kemarahan.
aku belajar mengalah dari
suatu keegoisan.
aku belajar menangis dari
kebahagiaan.
aku belajar tegar dari
kehilangan.

namun, dengan izin Allah, aku tidak hirau akan kehilangan kalian.
tidak menguntungkan apa-apa jika aku teruskan.
dan buat apa jika aku teruskan hubungan yang penuh penipuan?
kawan lelaki lebih penting dari kawan perempuannya.
yalah, aku ni bukan manis mulut orangnya.
aku akui itu. namun, tidak mengapa.
hal ini ku tanam sedalam-dalamnya.
hati ku yang masih retak, semoga tidak terus pecah.
hubungan sesama manusia, cukup sampai disini.
aku tidak akan mengambil langkah lagi.
cukup lah aku mengalah dan biar diri diperbodohkan.
bak kata orang tu, aku tak perlu nak terangkan apa-apa.
malah kepada sesiapa pun.
cukup lah, Allah yang Maha Mengetahui atas apa yang aku lakukan ini.
namun, aku tidak akan memohon maaf. bukan salah aku.
hal ini harus aku tegak kan.
biarlah mereka yang merasa diri mereka bagus.teruskan lah.
kerana aku PENAT mengalah dan diam.

terima kasih atas penghargaan dan menghargai diri ku.
walau pun aku tak rasa begitu.
terima kasih dengan penipuan itu.
walau kalian tidak tahu bahawa aku telah mengetahui segalanya.
aku maafkan kerana takut Allah tidak memaafkan kalian.
ustaz juga berpesan, minta maaf dengan sesama manusia jika kamu berbuat silap dengan mereka.
bukan dengan Allah. melainkan kamu dah berusaha untuk meminta maaf.
barulah kamu bertawakal kepada Allah.

jadi aku putuskan. untuk memaafkan walau tanpa diminta.
aku juga yang tenang, hati pun lapang =)
hanya aku minta Ya Allah.
Ampuni dosaku selama aku hidup ini.
lindungilah aku dari mereka yang seperti ini.
aku sudah tidak mampu untuk mengatasinya Ya Allah.
cukuplah hanya aku memaafkan, namun jangan dipertemukan lagi Ya Tuhan.
selagi hatiku masih rapuh, jangan Ya Allah..
amin....amin...amin.....



Friday, September 7, 2012

BoSaN

disebabkan aku bosan, aku mengedit blog aku ni.ni lah hasil nya.
tak seberapa. bosan. idea pun tak datang.cam hampeh je. haha..
penat dah edit.biar la begini saja rupanya.
nanti-nanti lah aku cantik kan kau lagi ye wahai diari elektronik ku

bye ^_^

TIRED


tired of everything.
nasib baik hari ini hari Jumaat.
aku sudah pening kepala.
macam nak demam rasa.
esok dan lusa rehat sepuas-puasnya.
rasa lepas segala beban.
mampu tersenyum sekarang.
hati pun lapang.
lepaskan orang yang tidak menghargai kita.
bersama mereka yang menyayangi kita.
heavan nya rasa ^_^
penat?? alhamdulillah.
tidak lagi..
Insyaallah..

besides, Allah says: Just remember me, I will give you everything.
I believe in God. Janji Allah itu pasti.
Janji manusia? tepuk dada, tanya iman.
sorry to all if I am being rude for this while we have been friend, for a long time.
Tiq,,,still saying that you are sorry??
even though it is not your mistake?
never mind Tiq,, I am just being myself.
keep saying sorry, cakap serupa bikin juga.
that is what my parent taught me.

salam semuanya.
selamat beramal.
cakap serupa bikin ya =)
bye.. ^^

Photobucket

Wordless Friday

The Reality of Fear

You're not scared of the dark.
You're scared of what is in it.

You're not afraid of heights.
You're afraid of falling.

You're not afraid of the people around you.
You're just afraid of rejection.

You're not afraid to love.
You're just afraid of not being loved back.

You're not afraid to let go.
You're are just afraid to accept the reality that he/she is gone.

You're not afraid to try again.
You're just afraid of getting hurt for the same reason.


dan aku, aku masih 'dikotori' dengan alasan yang sama. aku hilangkan kotoran degil dalam hidupku menggunakan vanish. kotoran hilang, kesan tiada. mudah kan? ohh. tips untuk memulakannya? mulakan dengan lafaz bismillah, dan bibir melukir senyuman =) indahnya dunia.

Thursday, September 6, 2012

PEOPLE

I'm just fine with these people.
I'm just fine left them with their attitude.
The attitude that they proud of for NOTHING actually.
yes. proud for nothing.
so..what I am gonna do is, remove these people in my life.
as simple as that.
I will do what I said, not like OTHERS.
OTHERS just say it without try to make work on what they said.
old folks said,"CAKAP TAK SERUPA BIKIN"
and this kind old folks also said that,"BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI"
I'm done my good deeds and the best of me.
I'm done with it. now it is my time to show the 'devil' in me.
and I am willing to the the small evil thing towards these PEOPLE.
tired of being kind for those STUPID, UNGRATEFUL PEOPLE.

bye.
(berterabur. marah sangat)

Wednesday, September 5, 2012

Duhai Perempuan..

I like to use the word Perempuan instead of Wanita.
because this poem,(taktaulajadiketak) I dedicated to all Perempuan. Wanita ni sering dikaitkan dengan perempuan yang dah matang kan. so, this 'thing' I dedicated to Perempuan baik remaja mahupun dewasa. kanak-kanak is out! get loss kiddo! haha.. and I wrote this 'thing' because, I don't know. Terkeluar kata-kata ini dari kotak fikiran dan balang hati aku pabila teringat peristiwa yang menyakitkan hati bersama insan bergelar teman. (don't get me wrong readers!)

Duhai perempuan, jagalah hatimu.
kerana disakiti dan dilukai adalah perkara yang paling kamu takuti.
Duhai perempuan, jagalah air matamu.
kerana air matamu amat berharga bagi orang yang menghargaimu.
Duhai perempuan, jagalah tingkah lakumu.
kerana mereka di luar sana mudah mengambil kesempatan atasmu.
Duhai perempuan, jagalah akalmu.
kerana mereka di luar sana mudah memperbodoh kan mu.
Duhai perempuan, jagalah katamu.
kerana katamu menyebabkan mereka mudah tergoda(terperasan je tuh, duhh)
Duhai perempuan, jagalah IMANmu.
kerana dengan itu, mereka sering memperdayakan mu dengan perbuatan baik mereka.
dan dengan itu juga, kau bisa menilai sesuatu yang baik dan yang buruk.

Duhai perempuan, jangan lah kau mudah terpedaya.
Jangan dengan hanya satu kebaikan yang kau lihat, maka kau simpulkan mereka seperti Malaikat.
Sampai satu masa, kau sendiri yang lemas dengan apa yang kau simpulkan.

Duhai perempuan, jangan kau lupa walau sekali.
apa yang disakiti mahupun menyakiti.
pengalaman itu mengajar kamu, mendewasakan kamu, bahkan me'waras'kan mu.
namun jika kau pilih untuk mengulanginya,
BODOH namanya. (mungkin best kot bodoh2 kan orang. LOL)

ok that is it.
sebelum aku merepek lagi. haha.
but seriusly, ni lah luahan hati aku.
persetan kan lah korg nak kate aku ape pun.
tapi aku tak sanggup lagi nk dibodoh-bodohkan oleh mereka.
bila terkena, sakitnya hati, kecewanya hati, Tuhan saja yang tahu.

bye.

Tuesday, September 4, 2012

like...

seriusly, aku nampak nama kau je pun.
i was like, uurrgghhh! semak!
gedik. ni last lah eh. tapi pape pun mmg aku tak amik port dah pasal kau.
hati ni dah mati dah. sebab sakit sangat.
aku rasa nak remove je. tak apa. baik aku buat tak tau.
keras hati aku kan? sepadan lah dengan apa yang kau orang buat pada aku.
cukup sekali aku diperbodohkan dan diperbodoh-bodohkan, dan diperbodoh-bodoh-bodohkan.
kau pandai kira kan. walau aku kata sekali, namun sebenarnya?

bye!

Monday, August 27, 2012

Penat, Letih

hari ini.
penat tubuh badan.
penat juga fikiran.
penat juga menanggung perasaan ini.
penat dengan berita-berita yang tak sedap di dengar.

aku naik letih.
letih nak menjaga perhubungan dengan manusia.
lebih-lebih lagi manusia yang tak tahu menghargai orang.

hari ini aku letih. kerana duduk 8 jam dalam bas, dari Dungun.
terus pergi ke tempat kerja. dan nasibku baik kerana ketiadaan boss-boss.
Boss HR MC. Boss aku seperti biasa kerja diluar.
aku ambil sedikit kesempatan untuk..tidur!
haha..masuk bilik solat, tidur berbaring 15 minit sudah mencukupi.
sekurang-kurangnya tubuh ku dapat berbaring.
walau mataku sampai sekarang pedih,jerih. masih mengantuk barangkali.
alah. mengaku sajalah! memang aku mengantuk pun.

semoga aku terus sihat untuk buat thesis ku.
minggu depan akan ku alami perkara ini lagi..
tunjuk kan sekali progress thesis ku pada Prof.
tolong Ya Allah, aku nak A- pun jadilah untuk thesis ni.
Dekan kan aku lagi semester ini Ya Allah.
aku akan berusaha. cuma hari ini, aku mahu rehat sepuas-puasnya.
esok aku akan ada satu perbincangan OSHE dengan boss-boss aku.
tadi tengah hari aku dapat email daripadanya. berkaitan dengan website...
apalah yang mereka nak buatkan?
I think it is the time for me to get more serious in work. (selama ni dapat kerja senang2 jew)
dan hopefully, aku dapat jalankan thesis aku dengan terurus dan sempurna.

bye.

Monday, August 20, 2012

Man, I love this Man!

Karim Metwaly

check this out. I enjoy watched several from his video. his kind a....CUTE, FUNNY, CRAZY making faces. hahah..i think i fall in love with this guy. pprrffttt =P

bye =)

Khianat

::It's better to be hurt by the thruth, than comforted by a lie::

ayat ini ku lihat di laman mukabuka rakan sekelas ku,Bai Amat Intelligent. 
haha. sempat lagi aku nih..tatkala melihat status nya, memang benar apa yang dikatakan atau di'quote' kan olehnya. tapi apakan daya, orang disekeliling ku masih menipu. walau ada yang menyokong nya, namun tak mengapa. siapalah aku di mata kasar mu itu. yang pasti, aku hanya hamba Allah yang kerdil. yang tak lepas dari melakukan kekhilafan. namun, itu bukan alasan untuk aku sentiasa membuat silap.

di hari yang mulia ini, hari raya tidak bermakna bagi ku. seperti tahun-tahun yang lepas. kemeriahan dan keghairahan untuk menyambut nya kian pudar. entah kenapa. namun ditambah pula dengan perasaan yang tidak enak ini. satu perasaan yang sangat sakit. sehingga airmata ku melimpah keluar dari kelopak mata ku yg sepet sikit ni. 

perasaan apa? apa yang anda rasa jika ditikam dari belakang? dikhianati? ditipu? aku dikhianati oleh orang yang aku percayai, hormati, malah aku sayangi mereka. mereka? ramai kan maksudnya. aku pernah putus kawan, putus cinta. dan kini aku rasai nya kembali. pabila kawan-kawan ku mengkhianati ku. aku merasai lagi kesakitan itu. dan kali ini menjadi terlalu sukar untuk aku luahkan. dan aku menjadi seorang yang pendendam. ya, dendam itu wujud. mungkin istilah dendam itu tidak sesuai. namun, itu yang aku rasakan. 

dan aku jua merasa yang aku tidak patut mempercayai kalian lagi. sakit hati pabila aku mendahulukan kau dalam apa jua keadaan, namun kau membelakangi aku dalam apa jua keadaan. aku tak minta balasan atas setiap perbuatan baik ku. namun aku jua manusia biasa. jika kau tak mampu nak membalasnya dengan intan dan permata, jangan lah pula kau bagi ku racun sebagai balasan. aku tidak tahu sama ada kau sedar atau tidak setiap tingkah laku mu itu. namun sebagai kawan, kau patut sedar sendiri tanpa aku menegur mu. dan tolong, jangan jadi kan alasan, 'kata kawan, sepatutnya tegur aku' TIDAK. aku sudah bosan untuk menegur. buka mata dan minda mu, teman. 

kerana jika aku mula bersuara, itu tandanya aku nekad untuk memutuskan bahawa kau bukan kawan baik ku lagi. kau bukan sebahagian dari hidupku lagi. aku tidak akan ingat kau dikala susah, senang apatah lagi. namun kau jenis kawan yang susah baru nak cari aku kan? tapi aku tak pernah kisah. dan 'tak kisah' aku itu, sudah sampai batasnya. mungkin hal ini mudah dan perkara kecil bagimu. tidak mengapa, aku masih bisa tersenyum...

dan bila aku mula bersuara, sebarang penjelasan, sudah tidak bermakna. teruskan lah dengan kehidupan kau. semoga terhibur memainkan dan memperlekehkan perasaan kawanmu. terima kasih kerana membelakangi aku tatkala aku terlalu sayang dan risau padamu. tiada apa yang mampu ku balas di atas perbuatanmu. hanya Allah yang mampu membalasnya. aku mungkin sudah memaafkan, namun tidak untuk aku melupakan. cukup lah dua kali kau membuatku begini. dan aku, masih cuba untuk menyenang kan hati kalian. HIPOKRIT kah aku? ya. kerana aku tidak terdaya untuk meluahkan rasa marah. kerana hati ku, CUKUP KECEWA. orang yang ku harapkan, ...... hmm. aku sudah kehilangan kata-kata. hanya mampu menggelengkan kepala, tunduk, dan bersedih, dengan sikap mu.

memang payah untuk kita mencari teman dunia akhirat. walaupun aku sudah jumpa. namun orang nya bukan mereka. dan aku bersyukur. namun aku tidak mahu berdosa hanya kerana memutuskan silaturrahim, mereka akan jadi kawan yang umpama ombak di lautan, yang datang dan pergi. yang menghempas pasir dan membawa pasir tersebut jauh ke tengah lautan. 

trauma. itu lah yang aku alami. sedih. itu lah yang membuat airmata ini menjadi kering. kecewa. itu lah yang ku rasa bila dikhianati. ah, sudah la. bukan aku tak pernah lalui perkara sebegini. namun, aku tetap sedih kerana, kenapa aku perlu mengalaminya lagi? adakah sepanjang hidup ku, aku akan jumpa kawan yang selalu mengkhianati aku? minta dijauhkan Ya Allah...

petikan dari blog yang aku baca:

Jika itulah yang berlaku, kita sebenarnya sedang memberi kemenangan total kepada orang yang mengkhianati kita. Dia akan berjaya memporak-perandakan kehidupan kita berkali-kali. Jangan biarkan dia menang. Sebaliknya, berhentilah mengenang perbuatannya. Jauhkan diri dan berhati-hati dengan ’gunting dalam lipatan’ ini.

Tetapkan satu jarak yang jauh tetapi jangan memutuskan. Sekiranya tidak mampu melupakan, tidak mengapa, tetapi belajarlah memaafkan. Jangan membalas. Jangan kita mengkhianati diri sendiri hasil pengkhianatan orang kepada kita!

Begitulah orang yang menikam kita dari belakang… kerana dia hakikatnya lemah, penakut dan tidak punya keyakinan diri untuk bertarung secara berdepan!

Jaga hati agar sentiasa lurus dan tulus. Jaga perlakuan agar sentiasa diikat oleh syariat. Jika itu telah dapat kita usahakan… pengkhianatan akan dapat kita hadapi dengan senyuman. Strategi liciknya akan membelit dirinya sendiri. Dan dia akan terjerumus dalam lubang yang digalinya sendiri!

Kita? Biarlah tetap menjadi hamba Allah. Tetapi menjadi raja kepada diri kita sendiri!
dan aku, menjadi teman sejati, sahabat baik, kepada diri ku sendiri.
bye.

Wednesday, August 15, 2012

7th day practicum

Assalamualaikum youls...

diam tak diam sangat dah genap tujuh hari aku praktikal semalam.
so, hari ni hari ke lapan lah kan. tapi aku nak cerita kisah semalam.
bukan hari ni. sebab, suka hati aku lah!hahahaha

semalam, boss seperti biasa. tiada di office. memang dia banyak kerja di luar.
al-kisah, aku nak cerita yang aku tertidur je. baca-baca journal, tiba-tiba aku tersengguk.
eh, baru sedar aku tertidur?? senyum sorang-sorang di atas kerusi ku sendiri.
kerusi inilah yg menjadi saksi. hahaha =P

meja ku yg besar ini dibekalkan 2 buah kerusi.
kaki aku letak di kerusi yang satu lagi. huh, sedap betul. mana tak tertidur nya...
tangan je pegang journal, mata tutup rupanya..
sebelum tu memang aku dah mengantuk sangat dah. sampai naik juling mata menahan ngantuk ni.
tiba-tiba teringat pula semester 3 di kelas subjek OSH jika aku tak silap.
walaupun duduk di depan, mata ni mengantuk jeee. sampai juling-juling mata. =D
bila teringat saat dan tika itu, aku senyum sorang-sorang.
rindu pula nak belajar.
lumrah manusia kan? dah ada itu, nak ini. dah ada ini, nak itu pula.

bye =)
salam 1 TM ^_^

Tuesday, August 7, 2012

#2: Practical

Day 2: Buletin oh Buletin

hari ini aku hanya sibuk buat buletin OSHE. menarik jugak berita nya. namun, bak kata orang putih-putih tu.. a picture is worth a thousand words. hanya gambar-gambar dahulu yang diberi,  dan ada aku tersalah tafsir mengenai gambar tersebut. haha! dan sedikit coretan dari ku. hehe..rasa macam wartawan >.<

hari ini aku dan budak-budak office lain tak seriuh semalam. mungkin sebab masing-masing banyak tugasan. tugas aku tak banyak pun, sibuk edit gambar untuk masuk kan di dalam buletin, dan fikir nak buat apa untuk thesis. sambil-sambil itu, aku belajar semula OSH. haha..lupa sudaaa.

namun En Hashim boss a.k.a penyelia aku sangat baik. nak bagi buku, siap fikirkan topic untuk aku! aku dah kata nak buat ergonomic, cume belum fikir secara specificnya lah. tup, tup, dia bagi topic, idea! great!! you really help me boss! hehe..dia ajak berbuka bersama, dan sambung buat kerja bersama. tapi maaf lah boss, saya penat la asyik duduk je. memang rasa nak sangat balik. sebelum pulang, aku pesan nak pinjam buku ergonomic dia. dan dia suruh aku mesej dia as reminder. bila aku sampai rumah hampir pukul 6, aku pun mesej la boss sporting aku tuh...

aku  :  salam En Hashim, saya nak pinjam buku ergonomic ye nanti. please and tq =)
boss:  bila aku balik melaka, aku bagi kat kau.
aku: baik boss. selamat berbuka =)
boss: belum masuk waktu lagi lah. dan aku masih di office.

-.-' adoiyai..boss aku..boss aku..

okbye.

Monday, August 6, 2012

#1 : Practical

AWAS! ENTRY AGAK PANJANG.

day 1: serabut sikit

aku sampai di bangunan Wisma TM Tmn Sentosa jam 7 pagi. 1 jam terlebih lebih awal nya untuk masuk ke office. nak buat macam mana, dah ayah aku kerja masuk pukul 7 pagi. tuju ke bangunan Landmark dahulu untuk ayah ku punch gunalan. eh, punch card. =P
kemudian, baru hantaar aku ke tempat kerjaku pula. ah, tak kisah la awal pun, daripada kene menapak naik 2kali bus, dan kawasan tu bahaya sikit. banyak kes ragut. baik pergi dgn ayah, sampai je, masuk bangunan TM, mesra-mesra lah dgn pak guard dan mak guard di sana. apa ada hal....

di loby, ketika menunggu sehingga pukul 8, berkenalan dgn seorang pemuda comel bernama Ismail. borak-borak lah kami..jam tepat pukul 8, kami pun naik lift bersama menuju ke level 4 untuk daftar diri di HR. hal Ismail di 'settle' kan dulu. kami pun berpisah...(padahal sama office, still nampak lagi muka dia. cuma dia dah dapat meja, dan aku, masih perlu menunggu penyelia ku masuk).

sampai la pukul 9 aku tunggu, seorang lagi jejaka datang menegur. nampak matured. mmg matured pun. 26 umurnya. sambung degree lambat sikit, kerja dulu katanya. bnyk jugak dia berkongsi pengalaman nya. oleh kerana penyelia kami tak masuk2 lagi, kak Siti, staf HR, bersama 2 orang praktikal di bhgn HR meletakkan kami di Consumer Sale. aku teragak-agak sebab bhgn tu more to marketing. sesuai lah dgn pemuda tadi. Faiz namanya, degree in Marketing. setelah berbincang dgn big boss di Consumer Sale, tuan haji tersebut nasihatkan aku untuk memilih OSHE or Procurement setelah beliau meneliti resume aku. hah! tu baru betul sesuai dgn bidang aku... =) (kejadian di level 3)

aku pun naik semula di level 4 untuk minta penukaran. budak HR yg praktikal tu kata, bila dah ditetapkan tak boleh minta tukar. aku terangkan yang aku perlu buat thesis. lelaki tersebut Nizam masih cakap perkara yang sama. tidak boleh. aku terus bertegas untuk jumpa dengan penyelia aku yg pertama. jawapan nya "oh, en. kahar cuti 2 hari" aku pun decide nak jumpa penyelia bahagian OSHE pula. Nizam, "die ada urusan di luar" aku mmg tak putus asa. "boleh saya jumpa Pn. Maria?" Pn Maria ketua di bahagian HR. Nizam," awak tggu sekejap ye" "maaf la sebab menyusahkan Nizam, but I have too" . "tak apa..tunggu ya." agak tegang la masa tu. sebab muka aku dah berkerut. dah fikir nak cari tempat lain trs. hahaha!
tiba-tiba dapat surat yg aku dah ditempatkan di OSHE. hah..kan senang..nmpk sgt mula-mula tu xnk layan aku..hehe..nasib aku tegas sikit td =)

OSHE dibahagian yg sama dgn HR. nasib la aku ni peramah jugak orangnya =P
jadi keadaan tegang tadi tu, lupakan je lah...kami pun dah happy & saling berkenalan, bertukar-tukar nombor telefon. kerja pertama ku??? menghiasai pejabat sempana Raya yg bakal tiba. tak apa lah, sebab supervisor aku pun, ada urusan luar. so, enjoy that moment! 1st day aku dah buat mcm office sendiri.
ok lah kan..hehe...


^__^/

Sunday, August 5, 2012

ready kah aku?

yehaaa.
lama dah tak update blog ni kan?
if ayat 'cliche' dah berhabuk dah. ooo wat ever [gaya nabil]

check list:
1. beg- checked
2. shoes - checked
3. document penting - checked
4. telekung - checked
5. make up - errrr (garu kepala)

comment:
ok, yg no. 1,2 dan 5 ni buat aku pening sikit. beg yang mana la yang sesuai untuk aku bawak ke praktikal. but the most important thing is beg tu perlu lah mempunyai ruang yang luas untuk aku isi barang2 solat dan fail aku yang penuh dengan document penting. biasa girls kan bwk beg penuh dengan barang makeup je kannn. wat ever........[gaya aku sendiri]
kesudahannya..mak aku pun pening, dah macam-macam beg die bagi untuk aku pakai. yelah, aku tak dowh beg ladies nih. elak aku nak bawak beg pack je! bercamping lah di tempat kerja! haha! (its not funny ok) -.-' selongkar selagi mampu.....yezzzz! beg kakak ku lah jadi mangsa. pinjam ya sis ^___^ tq...

kasut..hmmm...aku punya la mencari kasut flat, yang sesuai..selongkar punya selongkar..tak jumpa jugak. maknanya apa?? TAK ADA LAH!!! so..pakai je lah wages yg ade. (tol ke aku eja ni aku pun tak sure)
nampak kurang formal..tapi..tibai je lah. ok la kot kasut tu..Insyallah.. ^___^

berkenaan baju. memang aku pakai baju kurung hari-hari. tiba-tiba teringat sesuatu. dulu, zaman dulu la. zaman diploma. pernah bercita-cita, ke kelas berbaju kurung setiap hari. nak belajar jadi perempuan sejati la konon nya. keputusan nya? MEMANG TAK LAA. ikut syarat je. isnin dan jumaat je aku pakai baju kurung tuh. sekarang. hambik kau Tiq! sila lah pakai baju kurung hari-hari. hahahahaha T_T [ketawa muka masam, macam mana tuh??]

so... physically dah ready. mentally? not really. mesti lah aku nervous sebab pertama kali nya bekerja di office. hopefully ok lah ^_*

ok bye. selamat berbuka!

Friday, June 15, 2012

Ungkapkan kata-kata, gambarkan perasaan mu.

tajuk macam jiwang kan? tapi bukan nak cerita mengenai jiwang-jiwang nih. ceritanya bermula daripada masalah. dan masalahnya berpunca daripada mana pun aku tak tahu. banyak sangat perkara yang buatkan aku kecewa dan tertekan. dan disebabkan itu lah, susah untuk aku luahkan perasaan dan masalah. aku tau semua sibuk dengan hal masing-masing. mungkin itu juga penyebab kenapa aku memendam rasa.

sampai sekarang aku tak tahu nak bercerita pada siapa. aku selalu takut. takut aku cerita pada orang yang salah. bukan aku tak nak berhubung dengan kawan-kawan aku. my bunga tercinta. and my friends in JB. tapi aku nak bercerita pada seseorang yang boleh berada di depan aku. seseorang yang boleh mentafsir hati dan perasaan aku. seseorang yang boleh nampak betapa sakitnya atas apa yang aku alami. tapi, siapa yang sudi kan? ramai kawan di sini aku rasakan kawan yang masa senang je muka-muka dia ada. bile susah atau dapat kawan baru, kawan lama dilupakan.

ya. aku faham kamu yang rapat dengan aku sedang sibuk dengan urusan kamu. tapi entah kenapa aku masih berkecil hati. mungkin aku menjadi terlalu sensitif disebabkan banyak sangat perkara yang aku pendam? 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. mungkin silap aku ialah buat baik tidak berpada-pada. mungkin. itu tidak pasti. siapa aku untuk mengatakan diri aku baik dan suka buat baik pada org? mungkin aku juga yang terlalu emosi. tapi, aku jadi begini kerana terlalu lama tertekan dengan keadaan yang kamu semua cipta.

aku jadi letih. ya letih. hmmm =(
even dalam tulisan pun, masih tak terluah apa yang hendak aku ceritakan.

Tuesday, May 22, 2012

kenangan hidupku

bukan niat nak buka cerita lama.
bukan niat nak teringat pada si dia.
tapi bila dgr lagu ni..hurmmmm

p/s: click pada tulisan ni ye

Kenangan Hitam Ku ='(

Wednesday, May 16, 2012

kenapa tidak menangis?

seminar survival for student UiTM yg dianjurkan khas oleh VC UiTM kita, Dato' Sahul.
bagus kan seminar tu? pada aku sebagai tanda peringatan kepada diri aku.
bukan sebagai suatu kesedaran. sebab nya aku dah lama sedar. cuma sekarang ni adalah masa untuk kita bertindak di atas kesedaran kita tu. da 23 tahun dah. if baru nak sedar tak tahu lah aku. mungkin sebab tekanan hidup yang membuatkan aku tersedar lebih awal.

dan mungkin kerana itu aku tidak menangis. kerana aku sudah penat nak tangisi untuk diri sendiri dan juga keluarga. di kotak fikiran aku hanya perancangan untuk keluarga dan masa depan ku. kesedaran itu telah lama timbul. alhamdulillah.

Kisah Semalam.

my phone's ringing...

sis: adik..mintak tolong boleh? pinjam rm50 sekarang..bank in kat akak. (maybank)
aku: alamak, maybank xde duit dah. bank islam tinggal rm163 je nih. tunggu adik kuar kan ASB boleh?

jap ye kak,,

Aku: awie, mintak tolong anto aku g maybank leh skrg?
Awie: ala tiq, aku skt perut ni...

Sis: xpelah dik, jgn ssh kan kawan2..xpe lah xpe... (suara sedih)
Aku: xpe lah, alah..tunggu jap eh, adik cari org lain. nanti adik call blk. ok bye. (nk cepat punye pasal)
Wani: tak pun kai wit aku dulu aku transfer.
Aku: boleh? tq wani..dlm bank ade berapa?
Wani: dalam rm150 gitu..
Aku: owh..rm50 je lah aku pnjm dulu..

text my sis,"kak, wit da transfer rm50 dulu k."
sis: cepatnya?
Aku: maybank2u..ni pnjm org dulu.hehehe
sis: maseh..

sebenarnya ingat nak pinjam rm100, tapi xpe lah. kang abis pulak duit wani dlm bank tu. better rm50 je. le bg by hand xpyh bank in. ni esok nk kuar kan ASB, byr htg, bg duit kat family. xpe..akan ada rezeki itu nanti...Insyaallah..

dan tadi baru berborak2 dgn lecturer. aku tak suka nk jual kisah sedih kat org ni. tapi bila lecturer ramai berfikiran yang student2 nya kaya. i have to shout my voices. aku yg student ni, fmly mintak duit kat aku. so, if aku tak dapat nk g dinner dgn alasan aku xde duit, i really meant it. AKU TAK ADA DUIT. hope adelah lecturer yg faham. dan lega..sudah ade lecturer yg nampak, golongan-golongan kecil seperti aku ni.

penat nak sedih dgn diri sendiri. sebab tu aku da tak menangis even melibat kan hal2 ibu bapa. bukan nak bangga, bukan nak takbur. tapi sepatutnya, kalau betul kita ni harapan keluarga, jgn tunjukkan kita ni lemah. tak penat ke menangis? dapat apa dgn menangis? ape guna menangis dlm dewan bukan main lagi, tapi after that??nothing changed deep inside your soul. your mind are still not widely opened. insaf utk 3jam kat dewan tu je?? hopefully my beloved friends are not like that.

semoga Allah permudah kan segala urusan ku. semoga aku dapat cepat jawapan praktikal ni....hurm..
risau juga tak dapat feedback lagi.
maaf untuk coretan yang agak panjang ini.

salam semut semuanyaaaa ^_^''

Tuesday, May 8, 2012

teringin

nak sangat samsung galaxy note
nak sangat balik rumah tiz week.
ok out of story.haha
bye =)

Thursday, April 26, 2012

malam yang sepi...

oky dooky..
malam ni aku tak dapat tidur..
and i don't know why..
and suddenly i flash back my memories to....
and i looked at those pictures, seeing him died...
how i really miss my Citam..
and i know now that you're gone but i hope u won't blame my family and i..
because right here right now i'm feeling guilty...
i've tried my best to safe u Citam..
and now i really miss your voice, your gedix and so on..
may God blesss my family and i..
and may u'd be peace in 'there'..

and suddenly i going crazy..
i felt empty..
i remember how it was back then, being dumped.
and i feel sad of course, and don't know why i remembered that moment..
maybe because i just feeling lonely...
and i merepek tah pape kat blog ni..
i'm so sorry...bye.

Tuesday, April 17, 2012

yehaaaaa

haloooooo~

oh. my. God!!! agak lama kan aku tak update blog. well..busy sangat tersangat sangat lah busy.
nak buat macam mana. life as a student. redha! haha.

neway tak ade ape pun nk coret panjang-panjang nih. just aku dah baca blog kawa-kawan ku yg aktif berblogging. i don't why you have so much time??!! i am envy with you guys lah!haha.

neway...
i miss my bunga like crazy.
i am craving for their hugs!
hehehe~ =')
oh tidak. pedih-pedih mata (berair sudah)
muah! that's all.

sincerely coret-coret from,
TiQ ^^

Wednesday, February 1, 2012